Langkawi Trip

dari 15hb hingga 21hb Mac yang lalu,aku telah menghabiskan cuti sekolah seminggu dengan bercuti sakan di Langkawi. Kebetulan ayah ada meeting di sana, so dapatlah kami sekeluarga pergi ‘menyelam sambil minum air’..harap korang faham2 la maksudnye ye.

pagi Ahad, aku dan Yana bertolak ke Alor Setar dengan menaiki MaraLiner jam 12 tengahari. Kami pergi ke Alor Setar dulu sebab ayah ada urusan kerja di sana. perjalanan agak lama..dekat 7 jam. penat juga duduk dalam bas tu. selama ni tak pernah aku naik bas selama tu. paling lama pun dalam 3-4 jam je, dari Shah Alam/KL ke JB. perjalanan biasa mungkin dalam 6 ham. tapi menjadi 7 jam kerna ada kemalangan yang berlaku di lebuhraya tu, tak ingat pula kat area mana. trapi ada dalam 5-6 kereta juga yang terlibat dan semua remuk teruk, malah ada satu kereta tu yang siap terbabas ke dalam longkang lagi. Takut juga tengok kejadian macam tu, sebab tu la kena selalu beringat. Sentiasa lah berhati-hati di jalan raya, malang tidak berbau. Hargailah nyawa kita dan insan-insan yang kita sayangi. Jangan sudah terhantuk kang, baru nak terngadah!

Sampai di Hentian Bas Shahab Perdana, Alor Setar…agak terkejut juga aku bila melihat sebuah restoran dua tingkat yang sangat ramai pengunjungnya walhal restoran tu baru lagi dibuka rasanya, malah belum lagi mempunyai cawangan di serata Malaysia.   nak tahu restoran apa? Radix Fried Chicken namanya…amboi, apa yang istimewa sangat tu sampai beratur panjang orang nak membelinya?

Rupanya baru ku tahu Radix Fried Chicken ni keistimewaannya, ayam yang digunakan tu merupakan ayam yang diternak secara organik, selain dijamin halal kerna ianya adalah produk keluaran orang Islam. patut pun penuh je restoran tu. Boleh menandingi KFC dan McDonald ni sekiranya cawangan-cawangannya dibuka di serata Malaysia memandangkan sekarang ni pun ramai yang sedang memboikot KFC dan McD kerna marah dengan tindakan US yang menyokong kekejaman Israel di Gaza.

Di Alor Setar tak banyak sangat berjalan pasal sampai pun dah lewat petang, esok pagi2 nak bertolak ke Langkawi pula naik feri.

16hb Mac bersamaan hari Isnin, kami menaiki feri ke Langkawi dari jeti Kuala Perlis tepat jam 11.30 pagi. Perjalanan dalam 45 minit jadi sampai di sana jam 12.15 tengahari. Sampai kat sana, kami terus sewa satu kereta dan menuju ke hotel City Bayview yang telah siap ditempah. Seronoknya bila duduk di City Bayview ni ialah, ia terletak betul2 di dalam pekan Kuah tu. Dari hotel tu, boleh berjalan kaki je kalau nak pergi bershopping di kedai2 duty free yang ada di Pekan Kuah tu terutamanya kedai Haji Ismail Group, kedai Ram’s,  kedai Cote de Perfume (perfume dia agak mahal berbanding kedai lain), RFA Perfumes (harga boleh tahanla jugak), Warisan Gaya (perfume kt sini memang murah2 cuma tak banyak pilihan perfume yg latest), Coco Valley, Zeno dan sebagainya.

Kalau nak membeli coklat terutamanya Hershey’s, aku cadangkan pergila ke kedai coklat dalam Billion. Lebih murah daripada kedai-kedai coklat yang lain. Pasaraya Billion ni terletak kat Kompleks Langkawi Fair. berdekatan dengan Jetty Point.

Sepanjang berada di Langkawi, aktiviti utama kami hanyalah berjalan2 cari makan dan bershopping. Tempat-tempat menarik yang sempat kami singgah termasuklah Langkawi Underwaterworld, Pantai Cenang dan Padang Matsirat.

Satu je pesanan aku kalau korang teringin nak bermandi-manda di Pantai Cenang…iaitu sewa jela motel2 yang ada kat situ. psl pe? kat situ memang takde toilet awam, kalo korang dtg dr jauh semata2 nak mandi kat situ, jawapnye korang balik la dengan baju yang basah tu dan badan penuh dengan pasir. memang takde toilet awam untuk salin2 baju atau bersihkan badan. sadis kan?

Sesetengah orang kate Langkawi Underwaterworld tu lebih kurang je mcm Aquaria KLCC malahan Aquaria lebih syo dan best gamaknye. Pesanan aku lak, kalo korang ade duit lebih dan memang berminat dengan haiwan2 yang hidup di dalam air ni, singgah jela ke Uderwaterworld ni. Bukan apa, bagi aku tak membazir kalau korang memang berminat. Memang seronok bila masuk ke situ dan melihat pelbagai jenis ikan dan hidupan laut. Ada ikan pari yang bersaiz gergasi, bermacam2 jenis pula tu ikan parinya.ada ikan pari yang kulitnya macam kulit harimau bintang, kemudian boleh juga tengok penguin berenang di dalam air dan sangat tertarik pada sebarang benda yang bergerak di muka cermin. kalau kita gerak2kan jari kita di permukaan cermin tu, konfem penguin tu akan ikut je gerakan tangan kita.

Secara overall, aku enjoy juga la berada di Langkawi. Paling utama sebab coklat die murah2 ….hehe…bole shopping banyak2. Tapi lain kali kalau berpeluang pergi lagi, aku teringin nak naik Cable Car dan naik bot pergi menjelajah ke Pulau Payar, Tasik Dayang Bunting dan Tg. Kilim. Hopefully one day i can go to Langkawi again, yeay!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: