Sosialisasi
salah satu masalah yang sering aku hadapi di mana-mana sahaja kawasan yang aku pergi ialah masalah untuk berkawan dan sekiranya masalah itu sudah selesai, satu lagi masalah pula timbul iaitu bagaimana untuk memastikan perhubungan ‘kawan’ itu kekal mesra dan intim.
susah nak cakap samaada ianya takdir atau kebiasaan. iaitu berkaitan dengan diri aku yang agak berat mulut..bukan berat mulut untuk memulakan perkenalan. mulakan perkenalan bukan masalah utama bagi aku, tapi untuk mencari suatu topik perbualan yang dapat dibincangkan dengan rancak, itu yang aku rasa berat. aku sendiri tak pasti apakah topik yang boleh dibincangkan untuk memaStikan sesuatu perbualan itu kekal rancak, melainkan aku sudah terbiasa dengan orang tersebut atau topik yang sedang dibincang baru lah mudah bagi aku untuk membina topik perbualan atau mencelah dalam perbualan sedia ada.
kadang2 ada sesetengah orang yang boleh berbual rancak hanya tentang kisah bas ekspress dan perjalanan balik ke kampungnya, ada juga yang boleh terus berbual laju bila diungkit tentang kisah rumah sewa, ada juga yang dapat berkongsi cerita tentang anak-anak murid..sebenarnya itu semua terletak pada menarik atau tidak gaya penceritaan seseorang itu. kadang2 ada DUA orang yang berbeza membawakan SATU topik dan kisah yang sama, tapi cenderung lagi kita untuk mendengar cerita dari satu orang ini sahaja, mengapa?? mungkin gaya dan aksi penceritaannya lebih menarik dan mudah difahami, manakala satu pihak lagi itu pula hanya bercerita dalam nada yang hambar dan aksi biasa walaupun berkaitan dengan satu isu atau cerita yang sama.
kadang-kadang aku sendiri bingung kerna di dalam memastikan bahawa aku dapat terus kekal aktif di dalam perbualan, aku perlu memberikan pandangan-pandangan yang disokong dan mampu dicelah oleh orang lain, tetapi masalahnya kadangkala pandangan itu kemungkinannya memerlukan kecenderungan ke arah sudut yang kurang positif kerna kebiasaannya manusia lebih suka mendengar dan bersetuju dengan pandangan mengkritik berbanding dengan komen memuji. dan sekiranya aku perlu mengkritik aku harus berhati-hati memandangkan usia aku yang masih muda dan mentah di dalam arena kerjaya yang sedang aku ceburi ini, khuatir sekiranya tersalah memberi pandangan nanti akan hanya dipandang enteng/dikutuk semula oleh rakan-ralan sekerja yang lebih senior, lebih buruk lagi jika pandangan itu menjadi buah mulut orang dan seterusnya menjadi suatu negative point untuk aku di mata orang lain terutama yang belum mengenali aku. Negative point amat mudah untuk kekal di ingatan setiap individu berbanding positive point, ini mungkin disebabkan oleh hakikat masyarakat kita yang suka pada cerita panas, khabar angin dan gosip liar berbanding berita biasa. jadi bila orang dah dapat cerita panas tentang kita, bile mereka dapat tahu tentang ciri2 positif kita pun mungkin mereka akan berfikir 2 – 3 kali sebelum mempercayainya atau,mungkin mereka dapat menerima tetapi ia masih tidak dapat mengubah negative perception mereka terhadap kita disebabkan oleh cerita panas yang mula2 sekali didengar tadi.
bagi aku sukar untuk mengadaptasi di dalam dunia sosial tempat kerja memandangkan aku masih belum terbiasa bergaul dengan insan-insan yang lebih senior dan yang kebanyakan sudah berkahwin serta mempunyai anak. ditambah lagi dengan minat aku yang agak kurang terhadap penjagaan anak dan masakan yang sangat sinonim dengan dunia mereka yang sudah berumahtangga ini. (tapi aku suka sangat budak kecil, buktinya? aku terlalu sayang akan anak sedara aku yg sorang tu walaupun dia agak degil dan mengada-ngada…huhu)