Pengganti Guru Tuisyen: Seronok juga ajar murid sekolah rendah!

Jumaat yang lalu, terlupa pula aku nak kemaskini cerita hangat di sini. (Hangat ke?Tak hangat sangat tapi ada rasa macam hangit)

Cikgu Lady Gaga tanya aku..

“Akak nak gantikan cikgu tuisyen kat tempat saya tak?Hari ni dia tak dapat datang.”

“Eh memang nak ganti sangat-sangat.Akak kan guru dedikasi yang cemerlang lagi terbilang.Semua kelas tusiyen akak nak ajar tak cukup dengan kelas kat sekolah.” —>>> percaya ke ini jawapan aku?Jangan mimpilah aku nak jawab macam ini. Boleh pengsan semua orang dengar. Mungkin aku sudah hilang kewarasan kata mereka kalau terdengar jawapan sebegini. Aduh!

Jawapan yang sebenar —> “Boleh juga. Pukul berapa?”

“Pukul 8. Kita terus pergi lah.Naik satu kereta”

“Ok.”

Sampai saja di pusat tuisyen,hati rasa berdebar juga. Walaupun sudah berpengalaman mengajar berpuluh-puluh pelajar di kelas,tapi yang ini ada sedikit berbeza. Kenapa?

1)Kena mengajar murid/pelajar sekolah rendah. Tidak pernah ada pengalaman dengan murid sekolah rendah.Adik aku yang masih bersekolah pun pelajar Tingkatan 5. Masa praktikal dulu pun mengajar pelajar Tingkatan 1. Dengar kata murid sekolah rendah ini nakal dan banyak ragam. (Betulkah?)

2)Kena ganti mengajar Sains. Aku sangat tidak berkeyakinan untuk mengajar subjek Sains,kali terakhir aku beramah mesra dengan subjek Sains ialah semasa di Tingkatan 5. Itu pun aku cuma berjaya skor subjek Biologi dengan cemerlang. Fizik dan Kimia..hmm boleh lah juga (sila faham-faham maksud bolehlah juga.OK!)

3)Tidak pernah bertemu dengan mereka sebelum ini. Tidak pasti macam mana lah agaknya persepsi pertama mereka melihat aku. (Persepsi pertama sangat penting! Aku kena pakai baju manik-manik dan labuci yang sangat bergemerlapan supaya mata mereka berpinar-pinar dan tidak nampak muka berkilat aku ini.Hahaha…gelak jahat)       –> ok..ini hanyalah rekaan semata-mata.lansung tidak berlaku di dunia nyata saya.terima kasih sudi membaca!

4)Lepas sekolah petang terus pergi..tidak bersedia lansung dengan baju tambahan. Rasa macam rimas juga sebab badan melekit. Nasib baik pusat tuisyen ada kemudahan hawa dingin (aircond). Sangatlah sejuk hati dan badan ini.Terima kasih tuan punya pusat tuisyen. (i love u lah!)

Ternyata segala persepsi dan telahan yang bermain-main dalam minda aku jauh berbeda dengan keadaan sebenar.

1)Murid-murid sekolah rendah yang pergi tuisyen ini rupanya budak-budak pandai.Tugas aku hanyalah memantau latihan mereka dan berbincang jawapan sambil memberi penerangan yang  lebih terperinci.

2)Mereka lansung tidak banyak ragam.Dapat asuhan yang betul agaknya. Syabas ibu bapa kalian!

3)Sains sekolah rendah sangatlah senang rupanya.Sangat berkait-rapat dengan kehidupan seharian. Cuma kena pandai cari contoh yang tepat sahaja untuk lebih faham konsep-konsepnya.Contohnya konsep geseran (friction) dan pergerakan (movement). Konsep geseran itu seperti brek kereta. Makin dibrek,makin perlahan kereta. Makin kuat bergeser (brek kena pada tayar), makin kurang kelajuan sesuatu objek.

4)Lansung tidak terasa seperti tidak mandi seharian kerana terlalu seronok mengajar mereka.

Terima kasih Cikgu Lady Gaga yang telah memberi peluang untuk aku menggantikan guru tuisyen yang tidak hadir di pusat tuisyen tempat dia mengajar dan menyebabkan aku telah memperoleh secebis pengalaman berharga pada malam itu. Terima kasih juga pada kalian yang datang pada malam itu, kalian juga telah mengajar cikgu beberapa perkara penting dalam kehidupan dan juga dalam pendidikan.Terima kasih setinggi gunung~

Kalau kalian sukakan cikgu,sila vote untuk kekalkan cikgu di minggu hadapan.

Taip UNDI100 (jarak) Cikgu Umi dan hantar terus ke dalam hati…Hati korang akan hantar mesej lansung ke hati cikgu.Hihi….munasabah tak? Tak munasabah?Okey..okey…cikgu banyak berangan..Dah,tutup entri. Sila pejam mata.

Sekian.Terima Kasih.

Bisik: Sakit badan sebab terlalu lama duduk di depan laptop.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: