Terima Kasih buat kamu ^_^

Assalamualaikum…

terima kasih buat kamu

siapa pun kamu

kamu ceriakan hariku

walaupun kamu bukan peminat aku

tapi kamu tetap gembirakan aku

aku tahu banyak kelemahanku

aku mahu yang terbaik juga untukmu

tapi inilah yang terbaik dariku

terimalah aku

sepertimana aku terima kamu

Wahai kamu..

secebis ucapan ini khas untukmu

aku berterima kasih pada mu

kerna telah menceriakan hariku

walaupun kau hanya tersenyum padaku

tapi senyuman itu penawar dukaku

penerang kelam hatiku

membuatkan ku tahu

yang aku tidak sendiri di situ

kamu selalu menemaniku

walau bukan selalu

cukuplah sedetik itu

kerna itu yang terbaik darimu

untukku…

terima kasih sekali lagi buat kamu ^_^

#siapa-siapa pun boleh rasa kot…setiap hari berjumpa dengan kamu…dan kamu…dan kamu..dan kamu…owh..ramainya kamu *_* pening jap…hehe

#Mixed Up ^_^

assalamualaikum…

salam-salam to semua orang…owh hari ni sangat mixed up. post entri untuk blog hari ini pun ikut sama. mix Malay n English *_* huhu…pening tak???
tak kan???

ok..bagus…boleh start berceloteh…

tadi ada observation..kalau tak tahu apa tu?? tolong cari di google transalate..ahah…kalau tau baca blog, mesti tau tengok google translate. betul tak? kalau setuju,sep satu kali ^_^ (blaja sep dari puteri syakila)

selalu bila nak kena observe, aku akan buat preparation yang heavy…sampai tak tidur malam. so untuk hari ini, aku dah buat keputusan.like they said..” just go with the flow”… aku pun tak buat apa-apa preparation. semua aku biarkan steady sahaja. buku rekod pun tulis last minute. BBM pun last minute baru plan..semua last minute and spontaneous. aku taknak berlakon dalam kelas. last time being observed, aku cuba berlakon dan berlagak sempurna sampai tersasul masa bercakap di hadapan. masa tu aku rasa weird sangat. kenapa boleh terketar-ketar .. macam tak pernah bercakap kat depan. sedangkan aku dah biasa kan?

so this time,aku taknak lagi berlakon. aku cuba buat macam biasa dan tengok apa komen pemantau…adakah kebiasaan itu perlu diubah atau dah cukup bagus?? itu yang penting kan? learn from our mistakes… bukannya berlagak perfect.

so ada beberapa penambahbaikan (perkataan sopan yang Puan tersebut gunakan.. TQ so much Puan..aku perlu tabik dia sebab pandai guna perkataan yang tidak buat aku rasa demotivated..kalau dia tulis kelemahan,mungkin aku dah pengsan kat situ) yang perlu dilakukan…

TQ for the comments… aku akan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. semua orang ada kelemahan kan? aku tak berapa expert tentang perasaan orang lain, tapi kalau perasaan aku sendiri…erm.. aku akan rasa sedih dan kecewa sangat kalau orang sebut kelemahan aku depan-depan. tak boleh terima kenyataan kot. lemah semangat rupanya aku ni… >_<

so, please jaga perasaan aku ye? hihi…

salah satu kelemahan/penambahbaikan yang disenaraikan ialah nada suara. Puan tulis kat situ kena lebih profesional sebagai seorang ______. so kena tukar sikit nada suara itu. mungkin nada suara aku macam budak2 kot..atau cara bercakap tu macam tengah bercakap dgn kawan2…pdhal kan tgh demonstrate kat __________. so be professional.

lepas ni kena lebih serius. ok kids?? ya, awak tak faham ye *dgn nada serius* saya akan cuba terangkan semula *dgn suara besar*

huhu…okla aku akan perbaiki diri. aku nak perbaiki diri dan aku mesti perbaiki diri…. untuk jadi lebih baik kita kena terima kelemahan kita dan tambah baik. aku taknak jadi orang biasa yang tak ada apa-apa. at least nak jadi orang biasa yang ada something awesome!!     ahah…apa itu awesome? cr google translate pliiiiiizzzzz~~

oh ya ada satu happy news…tak tahu happy news ke…tp happy la juga for me…so i want to share it with u readers ^_^

aku dapat email beritahu yang aku kena pergi written examination…mesti korang pelik exam apa lah aku kena pergi ni. bukan ke aku dah tua??exam apa lagi utk org mcm aku ni?? (Oii…aku belum tua lagi…matured je..still 20-an OK!!)

actually, tempoh hari aku apply for Japanese Scholarship …no need to explain further…korg Google jela nanti ye. long story cut short, aku dipanggil utk pergi exam bertulis for english and japanese (khas utk Scholarship tu). tak pasti dia nak test apa…test language skills kot. nanti aku review balik email contents tu and identify apa yang dia nak ye pastu aku tulis balik dalam ni.

aku kena study cepat sebab exam tu 20 May ni…adoii….takut sangat2…

Ya Allah,tolonglah bantu aku…permudahkanlah segala urusan bagiku. sekiranya ini yang terbaik untukku, permudahkanlah laluannya. sekiranya tidak, tunjukkanlah kebenarannya. namun gantikanlah dengan sesuatu yang dapat mengubat jiwaku..sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. amin.

ok. terima kasih korang sebab sudi baca. lain kali aku sambung lagi.

k.tata…~~ LuV u 2345678 ^_^

Sabar itu lebih baik

Salam

Lama juga saya tidak menjengah blog ini. Maaf, saya bukan penulis tegar. Lebih biasa bermain fikiran daripada bermain dengan tulisan.

Namun apabila fikiran berkecamuk, emosi kabut, segalanya serabut…di sinilah tempatnya untuk saya meluahkan segala.

Ya, di sini mungkin medium yang sesuai.

Sesuai seperti tajuk, saya sedang menahan sabar. Dalam hati tadi penuh dengan rasa marah..rasa geram..rasa kecewa. Namun kini saya cuba kembali ke dunia ketenangan. Mungkin ada sesuatu yang saya terlepas pandang. Mungkin Allah ingin menguji saya. Mungkin saya patut lebih kerap menemuiNya.

Seperti yang saya selalu kata pada diri sendiri..saya hanya Manusia Biasa. Ya, saya bukan Robot mahupun Android. Saya bukan SuperMak. Bukan juga CicakGirl. Saya tidak punya kuasa istimewa. Malah mungkin saya sendiri bukan insan yang istimewa. Hanya seorang manusia lemah sama seperti yang lainnya.

Kerna itu, saya cuba menahan sabar. Cuba berlagak tabah. Cuba mengawal emosi yang hendak membakar ini. Jika tidak dikawal, apinya bakal memusnahkan seluruh ketenangan dan keseimbangan saya.

Mungkin soalan ini belum saya jawab lagi..mengapa emosi saya bergelodak? Ya, mengapa amarah saya tiba-tiba ingin menyerang diri ini?

Kerna saya baru saja dimarah seseorang yang seolah-olah menyalahkan saya untuk segalanya. Oh, saya bukan insan istimewa kan. Kenapa saya yang bertanggungjawab ke atas segalanya?? Itu kan lebih kepada orang besar? Dan sebaliknya kalau saya orang besar, kenapa saya pula yang dimarah oleh orang kecil?

Saya tidak mengerti mengapa dalam dunia yang penuh dengan kemajuan teknologi ini, masih ada orang yang tiada Internet?? Kemudahan Internet pada hari ini lebih mudah diperoleh berbanding dua atau tiga tahun lepas. Harga untuk alatan dan langganan juga semakin murah. Malah ada juga pek prepaid sekiranya cuma ingin membayar penggunaan apabila memerlukan sahaja. Mengapa masih ada manusia yang tidak mahu berubah??????

Apabila dirinya tiada Internet, saya pula yang harus dimarah kerna meminta dia menyiapkan tugasan pada waktu yang singkat??? Saya hanya menjalankan tugas saya, bukan sengaja ingin mendesak dia. Adakah saya yang bersalah atas segalanya?? Kalau tak boleh memberi bantuan kepada orang lain, jangan harap satu hari nanti ada orang ingin membantu kita. Bantuan yang saya minta hanya sekecil hama.

Sedarlah..kita di dunia ini bukan sebatang kara. Semua orang di sisi kita sangat berharga. Hari ini masa dia, esok lusa mungkin hari kita. Takkan nak tunggu tiba hari kita baru nak buat muka bersalah?

Ya, sabar itu lebih baik..terutama apabila kita sedar dengan sabar sahaja kita mampu menghadapinya.

Seharian di rumah…umpama berada di sauna

Salam

beberapa hari…mungkin beberapa minggu juga tiada entri terkini di sini. kesuntukan masa, kesesakan ruang dan timbunan tugasan adalah antara alasan popular yang boleh aku senaraikan untuk menyatakan kenapa aku tidak mengemaskini blog kesayangan aku ni sekian lamanya…

abaikan alasan-alasan itu…yang penting aku sudah menaip di sini sekali lagi pada waktu ini…mengetengahkan satu topik hangit..ya,hangit..sekali lagi…

topik seharian di rumah…(rumah aku) bagaikan berada di sauna atau mandi wap. kepanasan yang terlalu hebat, sehingga kalau tidak berpeluh sampai basah lencun baju memang tidak sah. aku pun tak tahu kenapa panas berbahang sangat dalam rumah aku ni. barangkali kurang pokok di kiri kanan rumah dan matahari memancar tepat ke rumah di waktu tengahari menjadi antara faktor penyumbang utama.

kerna itu lah juga, hari minggu memang sangat ditunggu-tunggu di rumah aku…sebab kami boleh berpeluh tanpa perlu berjalan kaki ke KFC..atau berjoging di tasik Putrajaya…atau berjalan mundar-mandir ke kelas…atau bercucuk tanam di tepi rumah. kami hanya perlu duduk di rumah, tidur ayam di waktu tengahari atau tak perlu tidur pun tak apa, pasti peluh akan menitik-nitik dari seluruh muka. kalau tidur, lagi banyak berpeluh…terasa macam baru lepas mandi kalau baru bangun tidur tu…

aku tak pasti berapa liter peluh tu kalau dikumpul dalam satu bekas, tapi peluh yang menitik cukupla untuk buat aku terasa macam baru lepas berlari turun naik Menara KL 10 kali (yeke??) dan aku pun tidak pasti berapa agaknya lemak yang terbakar bila berpeluh sebanyak itu. Dengar kata..

“Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.” ini dari sumber Internet. tidak dapat aku nak pastikan kesahihannya. tapi kalau betul, tidak perlu lah aku pergi mandi wap di sauna, cukuplah berada di rumah ini pun sudah boleh membakar kalori…

isyh…berpeluh buat aku rasa tidak selesa. untunglah berada di rumah. bila tidak selesa, boleh terus capai tuala dan mandi. tapi kalau di tempat kerja? sangat-sangat rimas!

okla cukup sampai di sini sahaja…aku sudah mula rimas…kena capai tuala dan mandi…

kalian dah mandi ke? macam terbau hangit je…barangkali bau kari yang dipanaskan tadi masih tak ditutup apinya…atau mungkin ke bau __________ mandi?
hehe

sekian.terima kasih.

Bisik: kalau hari minggu ni,aku kena tukar ganti baju 2-3 kali. tak selesa baju basah dengan peluh.

Memang banyak alasan..(Eh,takkan masih tak faham?)

Salam

selalunya bila hati tidak suka,memang banyak sahaja alasan yang akan muncul tiba-tiba. tidak perlu berfikir lama, tidak perlu menokok-tambah, tidak perlu sebarang cerita..

ada seseorang yang mengatakan…(aku tafsir mengikut pemahaman aku)..aku ini banyak alasan.
kerna bila mesej,tidak pernah berjawab.
bila ditanya,ada sahaja alasannya.

eh,takkan masih tak faham?
kalau orang itu banyak sangat alasannya untuk membalas mesej kita..apa maksudnya?
sila jawab sendiri bagi pihak sendiri…
bagi pihak aku,pasti aku rasakan orang itu tidak sudi untuk berbalas mesej dengan aku. jika begitu,mengapa harus membuang masa lagi? abaikan saja niat murni untuk mengirim mesej padanya…pasti tidak akan berbalas.

jika hati suka, tidak perlu sebarang tujuan atau alasan..pantas saja tindakannya. sekali lagi tanpa perlu berfikir lama…tindakan mendahului pemikiran. itu bila hati suka…

jadi masih tak faham ke? kalau dia tak balas mesej..apa maksudnya…

Muafakat membawa berkat: Jangan gaduh-gaduh!

Semua orang sudah tahu dan faham dengan pernyataan muafakat membawa berkat.Yakin. Tidak perlu dijelaskan dengan terperinci.

Tapi kenapa lebih mudah untuk menyebut dan memahami berbanding dengan melakukannya? Kenapa sangat susah untuk mendapatkan muafakat dan kesepakatan antara semua pihak atau semua orang?? Takkan nak dapatkan muafakat dari haiwan pula?

Manusia yang sukar untuk bersepakat atau bersatu dalam sesuatu perkara/tindakan seolah-olah haiwan pula. Hendak makan pun berebut-rebut dan bergaduh. Tidak tahu hendak berkongsi atau bertolak-ansur. Adakah manusia mahu disamakan seperti itu?

Kalau kita sudi bekerjasama dan bertolak-ansur dengan keputusan/tindakan orang lain pada hari ini,manalah tahu esok lusa orang lain pula yang akan memberikan kerjasama dan bersepakat dengan keputusan/tindakan kita. Sekiranya tindakan yang hendak/telah diambil itu merupakan suatu tindakan yang baik,mengapa kita hendak membangkang atau membantah dengan beriya-iya? Dan yang lebih menyedihkan, ibarat anjing,hanya lantang menyalak namun tidak memberi hasil apa-apa pun sama ada idea, pendapat, pandangan mahupun kerjasama untuk memantapkan atau menambah-baik tindakan/keputusan tersebut.

Apa sudah jadi dengan perbincangan terbuka? Apa sudah jadi dengan kerjasama? Apa sudah jadi dengan muafakat? Apa sudah jadi dengan toleransi? Apa sudah jadi dengan hati kita?

Kena bagi mereka dengar lagu Kekanda Adinda-Atilia barulah boleh bertoleransi agaknya.

Sedih.Tapi itulah hakikatnya bila semua manusia hanya tahu mementingkan diri sendiri dan tiada lansung sifat perikemanusiaan dan belas kasihan sesama manusia lain. Kejam!

Sekian.Sila renungkan.

Bisik: Jangan sampai suatu hari nanti orang memandang hina dan tidak mahu bekerjasama dengan kita kerana kekejaman kita itu.

Pengganti Guru Tuisyen: Seronok juga ajar murid sekolah rendah!

Jumaat yang lalu, terlupa pula aku nak kemaskini cerita hangat di sini. (Hangat ke?Tak hangat sangat tapi ada rasa macam hangit)

Cikgu Lady Gaga tanya aku..

“Akak nak gantikan cikgu tuisyen kat tempat saya tak?Hari ni dia tak dapat datang.”

“Eh memang nak ganti sangat-sangat.Akak kan guru dedikasi yang cemerlang lagi terbilang.Semua kelas tusiyen akak nak ajar tak cukup dengan kelas kat sekolah.” —>>> percaya ke ini jawapan aku?Jangan mimpilah aku nak jawab macam ini. Boleh pengsan semua orang dengar. Mungkin aku sudah hilang kewarasan kata mereka kalau terdengar jawapan sebegini. Aduh!

Jawapan yang sebenar —> “Boleh juga. Pukul berapa?”

“Pukul 8. Kita terus pergi lah.Naik satu kereta”

“Ok.”

Sampai saja di pusat tuisyen,hati rasa berdebar juga. Walaupun sudah berpengalaman mengajar berpuluh-puluh pelajar di kelas,tapi yang ini ada sedikit berbeza. Kenapa?

1)Kena mengajar murid/pelajar sekolah rendah. Tidak pernah ada pengalaman dengan murid sekolah rendah.Adik aku yang masih bersekolah pun pelajar Tingkatan 5. Masa praktikal dulu pun mengajar pelajar Tingkatan 1. Dengar kata murid sekolah rendah ini nakal dan banyak ragam. (Betulkah?)

2)Kena ganti mengajar Sains. Aku sangat tidak berkeyakinan untuk mengajar subjek Sains,kali terakhir aku beramah mesra dengan subjek Sains ialah semasa di Tingkatan 5. Itu pun aku cuma berjaya skor subjek Biologi dengan cemerlang. Fizik dan Kimia..hmm boleh lah juga (sila faham-faham maksud bolehlah juga.OK!)

3)Tidak pernah bertemu dengan mereka sebelum ini. Tidak pasti macam mana lah agaknya persepsi pertama mereka melihat aku. (Persepsi pertama sangat penting! Aku kena pakai baju manik-manik dan labuci yang sangat bergemerlapan supaya mata mereka berpinar-pinar dan tidak nampak muka berkilat aku ini.Hahaha…gelak jahat)       –> ok..ini hanyalah rekaan semata-mata.lansung tidak berlaku di dunia nyata saya.terima kasih sudi membaca!

4)Lepas sekolah petang terus pergi..tidak bersedia lansung dengan baju tambahan. Rasa macam rimas juga sebab badan melekit. Nasib baik pusat tuisyen ada kemudahan hawa dingin (aircond). Sangatlah sejuk hati dan badan ini.Terima kasih tuan punya pusat tuisyen. (i love u lah!)

Ternyata segala persepsi dan telahan yang bermain-main dalam minda aku jauh berbeda dengan keadaan sebenar.

1)Murid-murid sekolah rendah yang pergi tuisyen ini rupanya budak-budak pandai.Tugas aku hanyalah memantau latihan mereka dan berbincang jawapan sambil memberi penerangan yang  lebih terperinci.

2)Mereka lansung tidak banyak ragam.Dapat asuhan yang betul agaknya. Syabas ibu bapa kalian!

3)Sains sekolah rendah sangatlah senang rupanya.Sangat berkait-rapat dengan kehidupan seharian. Cuma kena pandai cari contoh yang tepat sahaja untuk lebih faham konsep-konsepnya.Contohnya konsep geseran (friction) dan pergerakan (movement). Konsep geseran itu seperti brek kereta. Makin dibrek,makin perlahan kereta. Makin kuat bergeser (brek kena pada tayar), makin kurang kelajuan sesuatu objek.

4)Lansung tidak terasa seperti tidak mandi seharian kerana terlalu seronok mengajar mereka.

Terima kasih Cikgu Lady Gaga yang telah memberi peluang untuk aku menggantikan guru tuisyen yang tidak hadir di pusat tuisyen tempat dia mengajar dan menyebabkan aku telah memperoleh secebis pengalaman berharga pada malam itu. Terima kasih juga pada kalian yang datang pada malam itu, kalian juga telah mengajar cikgu beberapa perkara penting dalam kehidupan dan juga dalam pendidikan.Terima kasih setinggi gunung~

Kalau kalian sukakan cikgu,sila vote untuk kekalkan cikgu di minggu hadapan.

Taip UNDI100 (jarak) Cikgu Umi dan hantar terus ke dalam hati…Hati korang akan hantar mesej lansung ke hati cikgu.Hihi….munasabah tak? Tak munasabah?Okey..okey…cikgu banyak berangan..Dah,tutup entri. Sila pejam mata.

Sekian.Terima Kasih.

Bisik: Sakit badan sebab terlalu lama duduk di depan laptop.

Cita-cita saya:Kisah dari darjah Satu

Kalau boleh di putar balik masa ke waktu semasa aku masih di sekolah rendah,aku akan imbas (scan) kad 001 aku (ala,kad yang warna biru dan ada tulis semua maklumat peribadi kita tu) pada waktu itu dan letakkan gambarnya di sini supaya semua orang boleh tengok cita-cita aku masa sekolah rendah.

Masa Darjah Satu cikgu tanya “Apa cita-cita awak?”

Aku pula laju saja menjawab seolah-olah ada skrip dalam minda..

“Ha..nombor satu…Peniaga”

“Lepas tu…saya nak jadi …Guru”

“Akhir sekali…apa ye?haa….cikgu letak saja ….Jururawat”

Itulah cita-cita yang kononnya telah aku angankan sejak berusia 7 tahun.

Kemudian, bila usia semakin meningkat, segalanya pun bertukar. Dari sekolah rendah,aku menginjakkan kaki ke sekolah menengah. Dari budak rendah,jadi budak sederhana rendah (tambah sikit 2cm kot?)

Cita-cita pun turut bertukar. Dari cita-cita sebagai guru, bertukar pula menjadi pakar pemakanan (eh,layak ke jadi pakar pemakanan?makan sendiri pun tak pernah ada pantang larang,macam mana nak nasihatkan orang lain?Heee….tolonglah sedar diri)

Kadang-kadang ada juga sebut cita-cita nak jadi usahawan.(Usahakan bilik sendiri untuk jadi cantik pun masih tak lepas…heee…sedarlah diri.ketuk sikit kepala.ting tong!!! adui..sakitlah)

Kemudian usia meningkat lagi.Ketinggian pun nasib baik turut meningkat  juga (tambah sikit lagi..5cm ada kot?) Dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA pula, jadi cita-cita pun turut berubah lagi. Bila ditanya cita-cita, jawapanku: Pegawai Sistem Maklumat. Pernah juga aku menjawab : Pensyarah (Lecturer). Dalam minda memang terbayang kerja lecturer, masuk dan keluar bila-bila masa saja.Kalau ada kelas pukul 10,datang pukul 9.Kelas habis pukul 2 petang,boleh terus balik. Masa itu minda tengah naif lagi,tak terfikir lansung hakikat dunia pekerjaan yang sebenar.

Dan..bila akhirnya tamat sudah pengajianku di IPTA, dari pelbagai cita-cita yang sibuk aku angan-angankan..yang sangatlah pelbagai itu…..yang asyik bertukar itu…akhirnya cita-cita masa sekolah rendah juga yang tercapai.

Aku ada terdengar orang tanya…..

“Yang mana satu??”

“Kalian sila jawab sendiri.”

Sekian.Terima Kasih.

Bisik: Seronok juga dengan kerja sekarang. Tidak bosan kerana walaupun rutin harian agak sama tapi cabaran dan kaedahnya setiap hari berbeza.

Saya Nak Kahwin?

Ada beberapa kenalan yang bertanya ..

“Betul ke kau nak kahwin?”

“Siapa kata?”

“*****tanya.Sebab komen yang kau tulis kat status *****”

“Oh,itu main-main saja.”

Bila kita aktif sangat di laman rangkaian sosial (social network) dan selalu komen pada status orang, ayat gurauan pun orang akan fikir betul. Nasib baik belum jadi bahan gosip lagi,cuma disebut oleh seorang dua. Kalau dah 50 orang yang tanya,mahu juga aku buat satu laman web khas untuk beri penjelasan. (eh,ini pun dah kira macam satu entri khas untuk penjelasan kan?)

Tapi kalau ramai orang yang tanya,aku anggap itu satu doa. Amin! Semoga doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Semoga saya cepat ketemu jodoh! (Oh ya,ini bukan ayat untuk promosi diri.Ini doa saya dan kalian okey!)

Kadang-kadang terfikir juga,bila selalu terima kiriman kad undangan orang lain..bila pula nama aku yang akan tertaip dalam kad undangan itu?

Urusan jodoh ini ialah urusan Allah. Manusia seperti saya dan kalian hanya mampu merancang. Kalau menjadi perancangan kita,alhamdulillah. Syukurlah sebab kita dijodohkan dengan kekasih pujaan hati yang sudah jadi pacaran (couple) kita sejak alam persekolahan lagi. Tapi kadangkala perancangan kita mungkin tidak menjadi, Sebaliknya kita dinikahkan dengan  anak jiran sebelah rumah yang baru balik dari mengaji (belajar) di UIAM.

Aku pun boleh saja merancang untuk berkahwin pada bulan November. Tahun saja yang belum muktamad. Calonnya aku serahkan bulat-bulat pada ketentuan Allah. Siapa pun dia, aku pasti itulah yang terbaik dari Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya. Tapi, itu perancangan di pihak kita. Yang  tentukan perancangan itu akan terlaksana atau tidak..hanyalah Dia.  Jadi aku berserah sepenuhnya pada Dia.

Lepas ini kalau ada lagi yang tanya:

“Kau nak kahwin ke?”

“Ya.Semua orang nak kahwin.”

“Bila?Dengan siapa?”

“Tanya Allah.Dia Maha Mengetahui.”

Sekian.Terima Kasih.

Bisik: Jangan percaya pada gosip liar atau khabar angin.Tapi boleh saja bertanya untuk dapatkan kepastian.Lagipun pertanyaan itu ibarat doa.Jadi tanyalah lagi banyak-banyak bila saya nak kahwin ye. LOL (^^,)

waa…menci kuasa 3

waaa…aku menci menci menci…(bahasa ngade2 untuk BENCI..ahaks)

kenapa lah aku selalu aje terkena…nampak dalam internet…dalam gambar web tu macam lawa…biler da dapat,macam hampeh la pulak. waaa…menci la aku mcm ni.membazir duit aku jer…

korang mesti ade yang pernah terkena gak kan??ala…shopping online ni…mesti pernah buat kan?? kan??

kalau pernah,satu kapal la kita.

aku ni memang kaki shopping.pantang nampak benda best skit…lawa jer…mule la hati berkenan.tapi kalau pergi kat kedai,bole try…bole la tengok cun ke tak bile dipakai..so xde masalah ar bile shopping kat kedai or shopping complex.mmg insyaAllah puas hati punye…cume yang jadi membazir tu bile asik-asik beli baju je..padahal baju dah berlambak dalam almari…isyk3…..hah,ketepikan kisah tu…

kisah yg buat aku sakit hati ni ..psl shopping onliine….dah name pun aku ni  kaki shopping…memang tak boleh tengok benda yang cantik…yg lawa…apatah lagi bile banyak pula tu…dan kadang-kadang nak pergi jenguk ke kedai,tengok n try sendiri tak ada masa…jadi online website atau facebook ni lah yang jadi tempat window shopping ke-2 aku…

kadang-kadang memamng seram juga nak beli.yelah…dalam gambar nampak je cantik,tapi realiti belum tentu.

yang susahnye nak kawal nafsu aku ni ialah bile tengok ramai orang dok beli benda tu…dalam hati rase gusar gak..cmne kalau benda tu sold-out ke tak ada stock ke…dah melepas..gigit jari…hati kuciwa…

itu lah penggoda no 1 aku…bile tgk benda lawa..and stok pula limited.orang pulak ramai yang berkenan.yang kite ni takkan nak tengok je benda tu terlepas depan mate…hah..cepat-cepat aku sambar~belum siasat betul2 lagi,laju je tangan menaip order form kat seller tu…bile seller pun da konfem,tangan pun laju je transfer duit kat seller.takut kang seller ingat kita ni main-main kang kena blacklist plak….

bile da bayar,hati lega sikit….sekarang tinggal menunggu je…tunggu…tunggu….hah,van poslaju dah hon depan rumah.konfem barang aku dah sampai ni.laju je kaki ni melangkah keluar…belum sempat orang tu tanya ni rumah siapa…aku terus tadah tangan nak minta mane form yang perlu di’sign’…excited sungguh aku ni.terkesima orang tu menonton gelagat aku….bile form siap di’sign’,parcel pun bertukar tangan…

masuk je rumah…gunting dulu yang dicari…habis rabak parcel tu aku koyakkan dengan gunting…malas nak buka sopan-sopan..bukan ada contest pown..hah,benda dah ade depan mate…waaaaaaa…..aik?!!APASAL KALER TAK SAME MACAM YANG AKU TENGOK DALAM GAMBAR????? Menciiiiii…..aku terkena lagi……

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.