Terima Kasih buat kamu ^_^
07 Mei 2012 Tinggalkan Komen
in Cinta Hati, Daily Life, Experience, Guru, Pelajar, Personal, School, Sweet Candy
Assalamualaikum…
terima kasih buat kamu
siapa pun kamu
kamu ceriakan hariku
walaupun kamu bukan peminat aku
tapi kamu tetap gembirakan aku
aku tahu banyak kelemahanku
aku mahu yang terbaik juga untukmu
tapi inilah yang terbaik dariku
terimalah aku
sepertimana aku terima kamu
Wahai kamu..
secebis ucapan ini khas untukmu
aku berterima kasih pada mu
kerna telah menceriakan hariku
walaupun kau hanya tersenyum padaku
tapi senyuman itu penawar dukaku
penerang kelam hatiku
membuatkan ku tahu
yang aku tidak sendiri di situ
kamu selalu menemaniku
walau bukan selalu
cukuplah sedetik itu
kerna itu yang terbaik darimu
untukku…
terima kasih sekali lagi buat kamu ^_^
#siapa-siapa pun boleh rasa kot…setiap hari berjumpa dengan kamu…dan kamu…dan kamu..dan kamu…owh..ramainya kamu *_* pening jap…hehe
Cita-cita saya:Kisah dari darjah Satu
20 Jan 2011 Tinggalkan Komen
in Cinta Hati, Daily Life, Guru, Miscellaneous, Personal, School, Sweet Candy
Kalau boleh di putar balik masa ke waktu semasa aku masih di sekolah rendah,aku akan imbas (scan) kad 001 aku (ala,kad yang warna biru dan ada tulis semua maklumat peribadi kita tu) pada waktu itu dan letakkan gambarnya di sini supaya semua orang boleh tengok cita-cita aku masa sekolah rendah.
Masa Darjah Satu cikgu tanya “Apa cita-cita awak?”
Aku pula laju saja menjawab seolah-olah ada skrip dalam minda..
“Ha..nombor satu…Peniaga”
“Lepas tu…saya nak jadi …Guru”
“Akhir sekali…apa ye?haa….cikgu letak saja ….Jururawat”
Itulah cita-cita yang kononnya telah aku angankan sejak berusia 7 tahun.
Kemudian, bila usia semakin meningkat, segalanya pun bertukar. Dari sekolah rendah,aku menginjakkan kaki ke sekolah menengah. Dari budak rendah,jadi budak sederhana rendah (tambah sikit 2cm kot?)
Cita-cita pun turut bertukar. Dari cita-cita sebagai guru, bertukar pula menjadi pakar pemakanan (eh,layak ke jadi pakar pemakanan?makan sendiri pun tak pernah ada pantang larang,macam mana nak nasihatkan orang lain?Heee….tolonglah sedar diri)
Kadang-kadang ada juga sebut cita-cita nak jadi usahawan.(Usahakan bilik sendiri untuk jadi cantik pun masih tak lepas…heee…sedarlah diri.ketuk sikit kepala.ting tong!!! adui..sakitlah)
Kemudian usia meningkat lagi.Ketinggian pun nasib baik turut meningkat juga (tambah sikit lagi..5cm ada kot?) Dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA pula, jadi cita-cita pun turut berubah lagi. Bila ditanya cita-cita, jawapanku: Pegawai Sistem Maklumat. Pernah juga aku menjawab : Pensyarah (Lecturer). Dalam minda memang terbayang kerja lecturer, masuk dan keluar bila-bila masa saja.Kalau ada kelas pukul 10,datang pukul 9.Kelas habis pukul 2 petang,boleh terus balik. Masa itu minda tengah naif lagi,tak terfikir lansung hakikat dunia pekerjaan yang sebenar.
Dan..bila akhirnya tamat sudah pengajianku di IPTA, dari pelbagai cita-cita yang sibuk aku angan-angankan..yang sangatlah pelbagai itu…..yang asyik bertukar itu…akhirnya cita-cita masa sekolah rendah juga yang tercapai.
Aku ada terdengar orang tanya…..
“Yang mana satu??”
“Kalian sila jawab sendiri.”
Sekian.Terima Kasih.
Bisik: Seronok juga dengan kerja sekarang. Tidak bosan kerana walaupun rutin harian agak sama tapi cabaran dan kaedahnya setiap hari berbeza.