Arkib untuk Kategori Daily Life

Selamat Hari Guru 2009

Posted in Daily Life, School on Mei 16, 2009 by mirid284

Salam semua…

Hari ini bersamaan dengan 16 Mei 2009, semua guru di serata pelosok Malaysia akan diraikan. Segala jasa dan pengorbanan mereka akan dikenang dan dikalungkan penghargaan. Setiap pelajar yang menghargai dan menghormati guru-guru mereka akan sibuk membuat dan membalut kad ucapan serta hadiah buat guru sanjungan mereka. Guru-guru dapat merasai satu hari di dalam satu kalendar penuh tahunan di mana mereka datang ke sekolah hanya untuk dihiburkan dan dihargai oleh para pelajar mereka dan satu hari di mana mereka tidak perlu mengisi masa dengan merancang pengajaran dan pembelajaran sebaliknya hanya perlu duduk berehat dan berbual-bual dengan rakan sekerja tentang segala memori pahit manis dan suka duka yang ditempuh sepanjang berada di dalam profesion keguruan.

Bagaimana bermulanya sambutan perayaan hari guru dan mengapa tarikh 16 Mei yang terpilih?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 telah diadakan pada 16 Mei 2009 iaitu hari ini di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu Darul Iman. Sambutan pada tahun ini disambut dengan tema baru iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’.

Tema yang cukup jelas harus difahami dan diselami oleh setiap warga pendidik yang berada di setiap peringkat institusi pendidikan dan pengajian yang mana ia termasuklah tadika, sekolah rendah , sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik serta universiti. Sebagai seorang pendidik, matlamat berasaskan tema utama ini harus dipegang setiap kali merancang P&P dan setiap kali sebelum melangkah masuk ke kelas. Guru harus berfungsi sebagai penggerak dan pembina jatidiri negara bangsa di dalam minda dan sahsiah setiap insan yang dididik dan diajar. Murid ataupun pelajar terutama yang masih mentah di dalam mengenal erti negara bangsa seharusnya dibimbing dan dipandu untuk memahami konsep negara bangsa dengan lebih jelas dan terperinci.

Apakah itu negara bangsa?

Istilah “negara bangsa” menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai. Contoh negara bangsa yang dapat dilihat wujud di dunia ialah negara Jepun yang mana walaupun Jepun mengandungi beberapa kumpulan etnik minoriti yang lain, tetapi amalan dan budaya yang dikongsi adalah sama antara setiap individu. Etnik dan keturunan tidak pernah membatasi jatidiri mereka sebagai rakyat Jepun, sebagai bangsa Jepun yang mempunyai bahasa mereka sendiri iatu Bahasa Jepun dan sentiasa bangga dengan adat dan budaya ketimuran mereka yang tidak pernah sekali pun alpa untuk dipegang dan diamalkan sehingga mampu menjadi contoh tauladan kepada rakyat di negara lain termasuklah Malaysia. Konsep inilah yang harus difahami oleh setiap murid atau pelajar yang lahir dan dibesarkan di Malaysia supaya mereka dapat melaksanakan peranan mereka sebagai perintis bangsa Malaysia. Tidak kira Cina, India,Melayu,Singh, Orang Asli atau Bumiputra Sabah Sarawak, selagi mereka dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia, mereka seharusnya bersatu sebagai satu bangsa Malaysia dan mengabaikan sebarang perbezaan yang ada. Budaya dan etika setiap kaum harus dihormati dan bagi yang positif, haruslah diterapkan sebagai budaya hidup bagi setiap individu berbangsa Malaysia, contohnya seperti bersalaman ketika berjumpa dan membuka kasut apabila masuk ke rumah.

Sekiranya aspirasi negara bangsa ini dapat difahami, lebih mudah bagi anak-anak muda kita untuk mendokong dan menjunjungnya. Sesungguhnya tiada apa yang lebih menguntungkan daripada melihat anak-anak muda kita bersatu hati tanpa mengira kaum berusaha membangunkan DAN menzahirkan tamadun bangsa Malaysia. Semoga amanah kita kepada mereka untuk sentiasa mengutamakan perpaduan bangsa Malaysia, menghindari persengketaan perkauman dan agama, serta memelihara kedamaian dan kemerdekaan bumi Malaysia yang sedia ada, akan dapat mereka pikul dengan sebaik-baiknya.  

Bagi semua guru yang berada di Malaysia, tidak kira la samaada anda digelar guru, dipanggil pengajar ataupun pensyarah, apa yang penting adalah tugas dan tanggungjawab kita adalah sama iaitu bagi memastikan setiap anak-anak yang berada di bawah asuhan, didikan dan bimbingan kita berjaya menggenggam ilmu yang kita sampaikan dan semoga ilmu yang digenggam itu mampu diaplikasi untuk mengukuhkan lagi tamadun negara dan seterusnya membawa negara kita ke peringkat yang lebih tinggi dan termasyhur di mata dunia.

Oleh itu di kesempatan ini, ingin sekali saya mengucapkan …
Selamat Hari Guru kepada semua dan semoga kita dapat terus komited dan berdedikasi di dalam melaksanakan tugas utama kita sebagai pendidik, pengasuh dan pembimbing anak-anak bangsa demi kepentingan negara di masa hadapan. Sesungguhnya tiada seorang doktor, jurutera, peguam, hakim mahupun Perdana Menteri yang dapat berdiri dengan gah pada hari ini tanpa pernah sekalipun mendapat asuhan dan didikan daripada seorang guru. Kerna itu, hargailah guru-guru anda, sampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih anda kepada mereka selagi mereka masih ada di dunia. 

Kerna..tanpa mereka, siapalah agaknya anda pada hari ini?

Balik Keje

Posted in Bitter Crunch, Daily Life, School on Februari 10, 2009 by mirid284

takde cerita best pun..cuma nak lepaskan geram je. aku baru balik keje dan rasa penat sangat. 1st time aku bawa balik beg berat tadi sebab diisi penuh dengan bermacam kertas, fail dan buku sebab nak prepare lessons untuk tomorrow dan compile report orientasi for submission.

penatnya ….tapi belum mula buat lesson plan and lesson materials lagi…bila la nak stat ni. esok takut tak sempat sebab nak iron baju lagi, pergi fotostat Buku Rekod lagi, susun report orientasi, binding, pergi sekolah awal untuk jumpa GPK pagi dan juga tak bole lupa kena pergi ambil Nurul sebelum sampai sekolah atau b4 pukul 1 petang…adoii…sakit kepala!!!

UTM Season 2

Posted in Daily Life dengan label on Ogos 29, 2008 by mirid284

bermula musim kedua kehidupan seorang pelajar yang bernama Umi Sarina di Universiti Teknologi Malaysia atau UTM atau juga name lainnya iaitu ‘a killer university’ hehe…quote kata-kata Prof. Azizi dari kelas Kajian dan Tindakan pagi Jumaat tadi.

al-maklumlah…kononnya ramai yang takut dan segan nak apply masuk ke UTM ni disebabkan oleh reputasinya sebagai Universiti yang mempunyai standard yang tinggi especially dari segi pemberian gred atau pointers kepada students.

apa pun itu tidak menjadi halangan kepada aku untuk meneruskan pengajian di sini….cuma yang menjadi halangan tu bila bertemu dengan orang-orang pengurusan Kolej yang sangat berlagak dan memandang enteng pada kewujudan aku di Kolej ________ …… dah la diberikan bilik yang ‘indah dinding luar dari dinding dalam’….pastu lansung tak diberi peluang untuk berhijrah ke bilik lain mahupun kolej lain yang lebih sempurna keadaan isi dalamannya….sedih terasa tapi apakan daya, teruskan jela perjuangan yang dah pun bermula, kerna nak menyesal.. nak terus bersedih dan kecewa pun tak ada gunenya….pasrah je la….

2 days before our trip to Port Dickson

Posted in Daily Life on Jun 4, 2008 by mirid284

dis friday, we’ll be spending time at PD….sonok ke?

i can’t imagine it yet…i mean thinking bout all my works dat haven’t been done yet, rase cam takde semangat nak pegi bercuti. to think dat bile abes je bercuti tu, bermakna cuti kaan berakhir….rase cam nak slow kan je the speed of time…lambat la skit mase berlalu, tak sanggup rasenya nak melepaskan nikmat berehat dan bersantai di rumah tapa perlu memikirkan apa-apa…tak perlu pikir nak bangun pagi, tak payah susah2 nak gosok baju keje, tak perlu penin2 pkir nak pakai baju ape, nak gune method ape tuk kelas tomorow, nak buat ABM ape, nak buat activity ape tuk bdk2 tu…takyah nak lenguh2 tangan tulis lesson plan…takyah nak tdo lambat semate2 nak wat ABM n lesson plan…takyah nak set alarm tuk bangun pagi….adoii….

 

banyaknye benda yang nak kena buat pasni….makin pening la kepala aku yang dah pun berat sarat nih…

 

2 weeks…

Posted in Daily Life on Jun 4, 2008 by mirid284

auww..wat have i done for dis 2 weeks of holidays??Nothing…

WHAT?? CUti dah nak berakhir …tapi even ROS pun aku belum siap, macam mane ni???

dalam masa 2 weeks ni aku bnyak travel…but mostly to KL. sebab melaksanakan duty sebagai family member yang supportive. tolong angkat2 barang (ironwoman)…

actually helping out my sister who’s moving from JB to KL. her new house is in Jalan Jelatek near Jln AMpang. dekat dgn LRT Setiawangsa.barang-barang die pun banyak tau..dengan level kudrat die,maybe dalam 2 days kot baru siap angkat sume..dah le uma die kena naik lif@tangga. even just 1st floor, tapi kena banyak tenaga jgk tau….thanx GOD la kitorang da biase keje2 mengangkat barang ni so bole gak la bertahan (ditambah lagi kitorang sempat lunch di PIzzaHut b4 dat, jadi tenaga and semangat kitorang pun jadi lebih sikitla..)

and ME..really work hard tau ..i even got scratch on my cheek sebab terkena penyangkut baju masa angkat barang tu (sakit woo…dahle takde upah..isyk3)

balik dari KL tu, banyak masa terbuang begitu saja …with me spending most of other time wit sleeping…(i cant help it…) rasa penat kan bile asik travel ni, rase mcm nak rest je all the time…

and Watching CD…oh MY goSh…sejak bile aku suke meanghabiskan masa lapang di rumah dengan menonton CD ni????

of course le since my Astro card tu tak bole guna. hampeh tol. request for new card from Astro tapi servis kurier die hampeh. ade ke patut da lebih seminggu pun tak dapat2 lagi…lepas tu Astro kate die akan hantar the 3rd card…WHAT???? FOR SURE it wil takes another week to arrive…then apa yang kitorang nak buat kat rumah tu? wit non-functional TV (without Astro it is considered unfunctioned), lots of free time at home, and laziness….wat am I to do? baru ingat nak tengok season premiere HOUSE last Monday tapi kempunan…even next week pun belum tentu dapat tengok HOUSE. teruk betulla keadaan ni..apa yang ASTRO BUAT NI????KENAPA DIORANG TAK KONTEK courier TU JE TO ASK ABOUT OUR CARD????MUNGKIN courier TU DA MAKAN KAD KITORANG…TAK GUNA!!! takde benda lain ke nak makan…

2 weeks wit no TV at all….unBelieVable!!!!!!!!