Saya Nak Kahwin?
20 Jan 2011 Tinggalkan Komen
in Bitter Crunch, Daily Life, Islamic, Personal, Sweet Candy
Ada beberapa kenalan yang bertanya ..
“Betul ke kau nak kahwin?”
“Siapa kata?”
“*****tanya.Sebab komen yang kau tulis kat status *****”
“Oh,itu main-main saja.”
Bila kita aktif sangat di laman rangkaian sosial (social network) dan selalu komen pada status orang, ayat gurauan pun orang akan fikir betul. Nasib baik belum jadi bahan gosip lagi,cuma disebut oleh seorang dua. Kalau dah 50 orang yang tanya,mahu juga aku buat satu laman web khas untuk beri penjelasan. (eh,ini pun dah kira macam satu entri khas untuk penjelasan kan?)
Tapi kalau ramai orang yang tanya,aku anggap itu satu doa. Amin! Semoga doa kalian akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Semoga saya cepat ketemu jodoh! (Oh ya,ini bukan ayat untuk promosi diri.Ini doa saya dan kalian okey!)
Kadang-kadang terfikir juga,bila selalu terima kiriman kad undangan orang lain..bila pula nama aku yang akan tertaip dalam kad undangan itu?
Urusan jodoh ini ialah urusan Allah. Manusia seperti saya dan kalian hanya mampu merancang. Kalau menjadi perancangan kita,alhamdulillah. Syukurlah sebab kita dijodohkan dengan kekasih pujaan hati yang sudah jadi pacaran (couple) kita sejak alam persekolahan lagi. Tapi kadangkala perancangan kita mungkin tidak menjadi, Sebaliknya kita dinikahkan dengan anak jiran sebelah rumah yang baru balik dari mengaji (belajar) di UIAM.
Aku pun boleh saja merancang untuk berkahwin pada bulan November. Tahun saja yang belum muktamad. Calonnya aku serahkan bulat-bulat pada ketentuan Allah. Siapa pun dia, aku pasti itulah yang terbaik dari Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya. Tapi, itu perancangan di pihak kita. Yang tentukan perancangan itu akan terlaksana atau tidak..hanyalah Dia. Jadi aku berserah sepenuhnya pada Dia.
Lepas ini kalau ada lagi yang tanya:
“Kau nak kahwin ke?”
“Ya.Semua orang nak kahwin.”
“Bila?Dengan siapa?”
“Tanya Allah.Dia Maha Mengetahui.”
Sekian.Terima Kasih.
Bisik: Jangan percaya pada gosip liar atau khabar angin.Tapi boleh saja bertanya untuk dapatkan kepastian.Lagipun pertanyaan itu ibarat doa.Jadi tanyalah lagi banyak-banyak bila saya nak kahwin ye. LOL (^^,)
Solat Tahajud
10 Ogo 2010 Tinggalkan Komen
in Daily Life, Islamic, Personal
Aku selalu ingin bertahajud di waktu malam…tapi selalu tidak berkesempatan..selalu tidak dapat menahan mata yang ingin selalu terpejam..
Ya Allah…bila lah agaknya aku dapat menahan rasa mengantuk dan bangun di waktu malam untuk bersujud kepadaMu?
Kurniakanlah kekuatan kepada ku Ya Allah…..sesungguhnya aku sedar akan kebaikan bertahajud di waktu malam tapi aku masih belum berkesempatan melakukannya..Semoga suatu hari nanti impian ini bukan hanya sekadar angan-angan kosong~
Salam Ramadhan 1431H
10 Ogo 2010 Tinggalkan Komen
in Daily Life, Islamic
Assalamualaikum….
Bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan..bulan Ramadhan Kareem….untuk tahun 1431 Hijrah ini…alhamdulillah!
Apakah perasaan kita bila bertemu lagi dengan si Ramadhan? Harap-harap perasaan gembira dan terharu serta semangat berkobar-kobar melangkaui segalanya. Gembira kerna dapat peluang untuk menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain dalam bulan yang penuh rahmat ini. Terharu kerna dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk bersua lagi. Dan semangat berkobar-kobar untuk mengejar pahala sepanjang bulan ini serta syafaat dan keampunan daripada malam yang lebih baik daripada malam seribu bulan..malam Lailatul Qadar.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa selama sebulan di bulan Ramadhan kepada sekalian Umat Islam di seluruh dunia. Semoga amalan dan ibadah kita dapat diperbaiki dan dipertingkatkan dalam bulan ini dan seterusnya memperoleh keberkatan daripada Allah SWT…amin ya rabbal alamin!
Jauhi diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa..mahupun perkara-perkara yang mampu mengurangkan pahala puasa kita…Tabahkan hati dan tenangkan diri sepanjang bulan ini. Semoga ada syafaat menanti di akhirat nanti…
~Wallahu’alam
Wahai Saya bin Ibu Saya..
06 Ogo 2010 Tinggalkan Komen
in Islamic
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
- Siapakah Tuhan kamu?
- Siapakah Nabi kamu?
- Apakah agama kamu?
- Apakah kiblat kamu?
- Siapakah saudara kamu?
- Apakah pegangan iktikad kamu?
- Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
- Allah Ta’ala Tuhanku.
- Muhammad Nabiku.
- Islam agamaku.
- Baitullah itu kiblatku.
- Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
- Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
- Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.
Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.
Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr
Nota: Selepas mati, seorang yang beragama Islam akan disebut namanya dan di’bin’kan kepada nama ibunya, yakni yang melahirkannya.


