
Barack Obama never had a thought that i would be there on his TV!
hehe…ko gelak ye Barack sebab tengok muka aku kat TV tu. terkezut la tu….

Barack Obama never had a thought that i would be there on his TV!
hehe…ko gelak ye Barack sebab tengok muka aku kat TV tu. terkezut la tu….
15 November yg lalu—> tamat sudah final exam utk DPLI 2008. walaupun aku sangat kecewa sebab tak dapat menjawab dengan baik, tapi sebab sume org pun dah buat lambaian kesedihan sambil menitiskan air mata sayu, aku pun terpakse la lupekan kekecewaan tu sekejap.
15 Nov tu juga merupakan hari terakhir berada di UTM. Hari terakhir bertemu dan bersama dengan rakan2 sperjuangan yang setia disisi sepanjang setahun perkenalan. Susah dan senang kami lalui, segala kepayahan assignment kami tempuhi, segala keseronokan menjelajah Johor Bahru kami harungi. yang penting, mereka adalah teman2 yang paling best sekali disebabkan mereka pun ada minat yang sama seperti aku iaitu MAKAN!!!!! dan kami memang suke berjalan2 sambil mencari tempat makan yang BEST untuk dicoba!!huhu..
selalunya kami jalan2 sambil cari makan di sekitar UTM, Taman U, dan juga JB. kalau dtg ke UTM tu dan nak merasa makan sedap, tanye jela kat aku ye. cuz aku memang bole provide satu list kedai2 makan yang memang boleh tahan sedapnya dan memang tak menyesal la makan kat situ. terutama kt Tungku Impian di Pulai Indah berdekatan dengan Giant Pulai.
Menu special ialah CharKuey Mayonis, menu ni memang special utk sesapa yg dtg situ setakat nak minum2 atau makan bnda2 ringan. cth mcm Aida, Jah n Madi aritu yg da kenyang tapi terpaksa temankan aku gak g makan kt Tungku Impian. tu psl le diorg try oder CharKuey Mayonis. tak sangka lak sedap hingga menjilat jari. siap tambah satu pinggan lagi…Selain tu menu favret aku di Tungku Impian ialah Kerabu Sotong. apa yang istimewa rentang Kerabu Sotong dia ialah sotong2 nye sentiasa nampak segar-bugar, bertambah2 selera nak menjamahnya.

yummy sotong
Selain tu, makanan2 die yg lain termasuklah yang bergoreng dan makanan berkuah cth mi sup, mi hongkong, sup cendawan dan sebagainya pun sangat la sedap. Senang crite aku gredkan restoran ni A sebab sume makanan die sedap2 termasuklah air die jugak. minuman paling special ialah milo, neslo dan nescafe blended, rasanya lebih kurang mcm kt restoran mahal tapi dgn harga yang sangat berpatutan iaitu RM 3 sahaja.
Kalau nak makan menu Ikan Pari Bakar yang sedap dan murah, sila la mampir ke Restoran Waidah di Pulai Perdana. amboi, aku da bole jadi promoter restoran nih…huhuhu… Boleh dikatakan murah la jugak ditambah dengan kelazatannya…kirenye berbaloi la makan kat situ. Kadar harga tu aku kata murah sebab nak dibandingkan dengan makan ikan bakar di The ZOn, Stulang n Ikan 3 Rasa kat Danga Bay, harganye boleh dikatakan sekali ganda lagi mahal. Dah le pegi jauh ke Stulang n Danga Bay, makanan pulak sedap ala-ala kadar je tapi harga mahal sungguh. (sebenarnya aku tak kisah mahal kalau makanan die memang tahap superb!!sebab aku ni memang suke berbelanje utk makan…huhuhuhu) tapi kalau setakat nak merasa kan Pari Bakar, tak perlu pegi jauh…Restoran Waidah pun dah cukup. cume kalau nak merasa ikan siakap atau ikan selain Pari mungkin terpakse jugala ke tempat lain sebab restoran tu cume ada ikan pari je.
Satu lagi tempat yag selalu direkemen oleh member sekelas aku ialah Restoran Tembaga di Jalan Tembaga, Tmn Sri Putri. dekat dgn tempat tunggu bas kt Sri Putri tu. tomyam dia boleh tahan sedap, cume aku tak berapa rekemen nasi goreg atau mi/mihun goreng ke…bagi aku rasenye biase je. Mungkin kat situ sesuai utk makan nasi putih, tomyam dan lauk2 je. lagi satu yang sedap kt Tembaga ialah Ikan Masak STim LImau….Bukan sahaja masam malah juga pedas. bagi aku sangat2 menyelerakan sebab rasanye seimbang antara masam dan pedas. sesuai bagi penggemar makanan yang masam2 pedas gitu…
Utk makan tengahari, tempat yg kakak aku rekemen sejak dari awal lagi aku masuk ke UTM, ialah di Tmn U. Restoran Pak Ali namanya…. Restoran Pak Ali ni sentiasa penuh waktu tengahari sebab lauk2 yang ditawarkan adalah pelbagai, sedap serta murah. Tak dapatlah aku nak gambarkan tahap murahnye tu sebab aku jarang makan tengahari di situ…hehe…tapi yang nyata, tanyelah sesapa yang pernah atau sedang blaja atau bekerja di UTM tu, sume mesti kenal Restoran Pak ALi. Daripada zaman kakak aku blaja lagi, die memang slalu ke situ sebab harga makanan nya yang murah dan berpadanan lah dengan bajet terhad pelajar2 yang tak bole nak makan mahal2 sangat. kang belum sampai ujung bulan, dah nak kena diet..(sbb duit dah abis…huhuhu)
Ada lagi tempat2 mkn lain yg aku boleh senaraikan tapi buat mase skrg cukuplah dengan senarai yang ada tu, lagi pun tempat2 yang aku senaraikan tu memang sesuai sangatlah utk panduan pelajar2 UTM sebab tempat2nye pun dekat juga dengan UTM. tak perlulah nak keluar sampai ke JB utk mkn sedap2….
kalau de sesapa yg rase cm nak tambah senarai pendek kt atas tu, sila2 lah add komen ye…TQ. n Selamat Mencuba!!!
SALAM SEMUA!!!
sorila dah lame sgt tak update blog ni. blum berjumpe kesempatan yg pnjang utk menulis kt sini. tp memandangkan hari ni hari terakhir berpuasa dan esok plak hari RAYA jadi, cube la juga cari masa utk menulis ni.
lagipun memang de cerita sadis nak dikongsikan nih…hu3…cerita psl raya tahun ni le..
Rasanya…seingat saya la….dan tak mungkin terlupe kot, inilah raya kami sekeluarga yang pertama tanpa kehadiran kakak dan abang sulong kami…sob sob sob (mana nak pau duit raye nih…)
Sebelum ni setiap tahun,setiap kali hari raya yang pertama.. mesti kakak dan abang akan ada beraya bersama2 kami..
dari zaman bujang single-mingle sampailah zaman dah kawin, dah ada anak…tiap2 tahun pun same. kalau tak dpt balik awal b4 raye pn, at least masa HARI RAYA PERTAMA mesti dah muncul kat pintu and buat aktiviti bersalam-salaman, bermaaf-maafan di pagi raye bersame2. pastu ada plak sesi bergambar kenangan seisi keluarga di pagi raye. setiap kali RAYA memang tak pernah miss ambil gambar satu KELUARGA FULL bersama kakak dan abang serta kakak dan abang ipar kami gak….dah jadi mcm tradisi plak
NAMPAKNYA KALI NI BERAYA ber-7 jela kami…
Mak, Ayah, aku, yana, nadiah, mahira dan huda….kali ni tak meriah sgt la raya kami. nak masak ketupat pn mcm tak brape best. sbb KAUM LELAKI yang biasa masak ketupat tu da tggal seorang je iaitu AYAH. lgpn masak bnyk2 pn nanti xde org nak mkn….sedihnye!!!
walau mcm mane pn, harap2 RAYA kali masih lagi bermakna walaupun tanpa kehadiran kak Tni dan Arip…kerna yg penting kami masih dpt berkumpul satu family di pagi raye….dapat bersalam dan bermaafan serta memohon ampun atas silap dan salah…dapat pakai baju baru dan makan masakan randang dan ketupat…dapat berkunjung2 ke rumah sanak saudara…dan dapat mengeratkan talian silaturrahim yang sedia ada..InsyaAllah….
so to all of u out there…pd sesapa yg membaca post ni…
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN!
berhati-hati dijalan raya, ingatlah pada yang tersayang dan sentiasalah sambut raya dgn hati yg ria…jgn sedey2. walaupun ada family meber yg tak dpt sambut raye bersame2 pn jgn la sedey sgt ye. yg penting, semangat kemenangan di hari raya tetap akan dirasa.
DAN jgn dilupe yg pada mereka yang tak berkemampuan.ada rezki lebih, bantu2lah mereka. jgn lupe gak byr zakat yer!
semuge HARI RAYA kali ni akan memberi makna sekali lagi buat kite sume…AMIN!
first of all….syukur ke hadrat Ilahi di atas peluang yang akhirnya tiba buat aku untuk membuka laman blog aku sndiri (cewah..padehal domain still under wordpress.com)
harapan aku utk blog ni ialah supaye ia dpt menjadi suatu laman untuk aku berdiskusi (ceh ceh ceh) berbicara dan menulis tentang apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian aku….especially yang berkaitan dengan education world yang dah menjadi sebahagian daripada diri aku kini…mungkin tidak sepenuhnya buat masa ini namun masa nya akan menjelang tiba…dan dah pasti aku kena bersedia menerima hakikat tu daripada sekarang …walau camne mencabar sekalipun dunia itu, aku tetap perlu memasukinya. sebab itulah pilihan aku….dan takde masa dah untuk menyesal atau cuba patah balik ke titik pertama ia bermula….so, just take dis challenge no matter how tough it is and prepare to fight fight fight! yeah…we can do dis!!!!!
ok la, dat’’s all for now. harap2 korang sume takkan boring dengan paparan cerita-cerita aku selepas ini dan continue to stay tune to dis blog yer…stay alive…gitu-gitu bersama Nabil “lu pikirla sendiri”….assalamualaikum dan selamat malam (aku assume korang baca blog ni waktu malam…sebab waktu siang korang sibuk buat keje ofis kan?kan?kan???)