Terima Kasih buat kamu ^_^

Assalamualaikum…

terima kasih buat kamu

siapa pun kamu

kamu ceriakan hariku

walaupun kamu bukan peminat aku

tapi kamu tetap gembirakan aku

aku tahu banyak kelemahanku

aku mahu yang terbaik juga untukmu

tapi inilah yang terbaik dariku

terimalah aku

sepertimana aku terima kamu

Wahai kamu..

secebis ucapan ini khas untukmu

aku berterima kasih pada mu

kerna telah menceriakan hariku

walaupun kau hanya tersenyum padaku

tapi senyuman itu penawar dukaku

penerang kelam hatiku

membuatkan ku tahu

yang aku tidak sendiri di situ

kamu selalu menemaniku

walau bukan selalu

cukuplah sedetik itu

kerna itu yang terbaik darimu

untukku…

terima kasih sekali lagi buat kamu ^_^

#siapa-siapa pun boleh rasa kot…setiap hari berjumpa dengan kamu…dan kamu…dan kamu..dan kamu…owh..ramainya kamu *_* pening jap…hehe

Cita-cita saya:Kisah dari darjah Satu

Kalau boleh di putar balik masa ke waktu semasa aku masih di sekolah rendah,aku akan imbas (scan) kad 001 aku (ala,kad yang warna biru dan ada tulis semua maklumat peribadi kita tu) pada waktu itu dan letakkan gambarnya di sini supaya semua orang boleh tengok cita-cita aku masa sekolah rendah.

Masa Darjah Satu cikgu tanya “Apa cita-cita awak?”

Aku pula laju saja menjawab seolah-olah ada skrip dalam minda..

“Ha..nombor satu…Peniaga”

“Lepas tu…saya nak jadi …Guru”

“Akhir sekali…apa ye?haa….cikgu letak saja ….Jururawat”

Itulah cita-cita yang kononnya telah aku angankan sejak berusia 7 tahun.

Kemudian, bila usia semakin meningkat, segalanya pun bertukar. Dari sekolah rendah,aku menginjakkan kaki ke sekolah menengah. Dari budak rendah,jadi budak sederhana rendah (tambah sikit 2cm kot?)

Cita-cita pun turut bertukar. Dari cita-cita sebagai guru, bertukar pula menjadi pakar pemakanan (eh,layak ke jadi pakar pemakanan?makan sendiri pun tak pernah ada pantang larang,macam mana nak nasihatkan orang lain?Heee….tolonglah sedar diri)

Kadang-kadang ada juga sebut cita-cita nak jadi usahawan.(Usahakan bilik sendiri untuk jadi cantik pun masih tak lepas…heee…sedarlah diri.ketuk sikit kepala.ting tong!!! adui..sakitlah)

Kemudian usia meningkat lagi.Ketinggian pun nasib baik turut meningkat  juga (tambah sikit lagi..5cm ada kot?) Dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA pula, jadi cita-cita pun turut berubah lagi. Bila ditanya cita-cita, jawapanku: Pegawai Sistem Maklumat. Pernah juga aku menjawab : Pensyarah (Lecturer). Dalam minda memang terbayang kerja lecturer, masuk dan keluar bila-bila masa saja.Kalau ada kelas pukul 10,datang pukul 9.Kelas habis pukul 2 petang,boleh terus balik. Masa itu minda tengah naif lagi,tak terfikir lansung hakikat dunia pekerjaan yang sebenar.

Dan..bila akhirnya tamat sudah pengajianku di IPTA, dari pelbagai cita-cita yang sibuk aku angan-angankan..yang sangatlah pelbagai itu…..yang asyik bertukar itu…akhirnya cita-cita masa sekolah rendah juga yang tercapai.

Aku ada terdengar orang tanya…..

“Yang mana satu??”

“Kalian sila jawab sendiri.”

Sekian.Terima Kasih.

Bisik: Seronok juga dengan kerja sekarang. Tidak bosan kerana walaupun rutin harian agak sama tapi cabaran dan kaedahnya setiap hari berbeza.

Adab Menuntut Ilmu

Antara adab-adab Berilmu / Berguru :

1. Menunjukkan tanda penghormatan pada guru dengan pertuturan, percakapan dan bahasa

Saya selalu berharap pelajar-pelajar dapat mempraktikkan adab yang pertama ini kerna ia menunjukkan budi    pekerti pelajar itu secara keseluruhannya. Kalau dia dapat menghormati gurunya, bermakna dia juga seorang yang  menghormati ibu bapa dan masih dapat dibentuk akhlak dan kelakuannya. Ada pelajar yang menunjukkan hormat  dengan cara memberi salam atau ucap selamat setiap kali bertembung dengan guru. Ada juga yang menundukkan  kepala tanda hormat. Satu lagi cara untuk menghormati guru atau pendidik anda ialah dengan mengucapkan terima  kasih atas ilmu dan bimbingan yang diberikan…..kerna setiap ilmu tersebut tak mungkin dapat kita kutip di tempat  lain dengan percuma seperti yang diberikan guru kepada kita. Buktinya? kalau kita nak mengetahui tentang sejarah  negara kita, kita perlu berkunjung ke muzium atau mencari maklumat dari Internet yang memerlukan kita untuk  mengeluarkan kos membayar yuran masuk ke muzium atau yuran langganan Internet. sebaliknya apabila mendengar  dari guru sendiri, kita tidak perlu membayar apa-apa, malahan kita dapat duduk bersandar dengan selesa sambil  ditiup angin sepoi-sepoi bahasa dari kipas siling…ditambah lagi kalau guru tersebut membuat aksi lakonan. dengan  percuma dapat menonton teater sejarah di dalam kelas.hmm…..alangkah mudahnya melihat dan mendengar  berbanding dengan  harus mencari dan membaca sendiri kisah sejarah tersebut…betul tak?
2. Bermuka manis dengan guru. Sabda Nabi SAW: “Senyuman itu suatu sadaqah”

Kita selalu mendengar lagu-lagu yang berkaitan dengan tuntutan atau galakan untuk sentiasa menghulurkan senyuman. Kenapa ya agaknya?

Kalau tengok iklan di TV, pakcik tua yang tiada gigi pun nampak comel bila tersenyum. Bila orang senyum pada kita,  lagi-lagi apabila senyuman tu ikhlas dari hati bukan paksaan, kita pun secara tidak lansung merasa tenang dan lega.  Iyelah, ingatkan orang tu sombong tapi bila dia senyum, hilang semua sangkaan2 dan persepsi buruk kita pada dia.  Dan kita sendiri pun rasa gembira sebab dengan senyuman tu menggambarkan diri kita dialu-alukan kehadirannya.  Bayangkanlah kalau kita pergi ke kedai runcit untuk membeli aiskrim, tiba-tiba pekedai itu menyambut dengan muka  masam tanpa senyuman. agaknya apa tindakan kita?? mungkin tak jadi membeli…mungkin beli juga tapi lepas tu  jangan haraplah nak jejak kaki ke situ lagi.

Kesimpulannya, senyuman itu menggambarkan kita seorang yang tidak sombong dan menghargai mereka yang  datang kepada kita. termasuklah guru kita. kita hargai apa yang mereka lakukan untuk menyampaikan secebis  pengetahuan berharga kepada kita. bayangkanlah kalau guru tak ajar kita, mungkin nak ambil wuduk sekarang pun  kita masih tak reti..
3. Berikan perhatian penuh pada guru (dalam mempelajari ilmu yang diajarkan)

Ada yang kata, “susahlah cikgu nak fokus. kawan saya ni asyik ganggu…” ada juga yang kata “ala boringlah cikgu  belajar benda ni..main game lagi best”..

Memanglah diakui, adakalanya dalam menuntut ilmu ni datang juga perasaan bosan dan susah nak beri tumpuan.  bukan apa..waktu ini lah yang syaitan rajin datang untuk bertenggek mengganggu anak Adam mendapat manfaat dari  ilmu yang disampaikan. jadi peranan kita seharusnya sentiasa ingat pada Allah, cuba melawan hasutan syaitan dan  niatkan menuntut ilmu demi mendapat keredhaan Allah dan demi masa depan keluarga kita. Bayangkanlah muka ibu dan  ayah yang tidak pernah lelah atau berhenti mencari rezki demi untuk menghantar kita ke sekolah, membelikan kita baju baru, kasut baru dan menyediakan pelbagai peralatan sekolah yang kita perlukan. Yang kita tahu..sebut sahaja nak apa, esok dah ada depan mata. Tak pernah terfikirkah kita berapa nilai harga barang-barang yang kita minta itu? Tak pernah terfikirkah kita berapa titik peluh yang harus jatuh dari pipi ayah dan ibu untuk mendapatkan nilai duit yang sama? Tak pernah terfikirkah kita  juga adakah sama nilai itu jika dibandingkan dengan hasil usaha kita di sekolah? Hargailah kesenangan sementara yang kita perolehi…gunakan dengan sebaiknya untuk membantu kita berjaya dalam pelajaran. Semoga dengan menumpukan perhatian kepada guru boleh membantu kita berjaya dalam pelajaran, walaupun kita bukanlah pandai sangat…tapi InsyaAllah berkat daripada ilmu dan keredhaan guru pada sikap kita yang menghormatinya, mungkin boleh membantu kita menjadi orang yang berjaya kelak.

Sekiranya datang rasa bosan, buatlah sesuatu untuk menghilangkan bosan tersebut seperti mencatit isi-isi penting daripada apa yang diajarkan guru,  melukis peta minda ringkas, menulis kata-kata hikmah atau lebih mudah, mengunyah gula-gula (tapi pastikan sampah pembalut tidak dibuang merata-rata..bertanggungjawab dengan sampah kita sendiri).

sewajarnya, janganlah lakukan aktiviti yang boleh mengganggu guru dan rakan-rakan lain yang sedang fokus di dalam kelas. Ingatlah..bukan kita seorang sahaja yang nak belajar, orang lain pun nak belajar juga. Kalau kita tak  boleh nak fokus, jangan kacau kawan kita yang tengah fokus…sekurang-kurangnya kalau kita tidak faham nanti, bolehlah kita bertanya atau minta tunjuk ajar daripada mereka.

4. Datang awal, sambil menunggu guru

Selalunya memang sengaja saya lambatkan perjalanan saya ke ICT Lab supaya dapat melihat pelajar-pelajar  menunggu saya di luar lab. Acapkali kedengaran mereka merungut, “cikgu ni lambatlah,kitorang dah sampai dulu”.

Saya hanya  tersenyum. Niat di hati cuma ingin menerapkan disiplin dalam diri mereka supaya datang awal dan menunggu di luar  sehingga guru datang dan jangan sekali-kali masuk selagi guru tidak memberi keizinan. alhamdulillah, mereka ini  mendengar kata juga. Harap disiplin ini dapat membantu mereka mengawal diri dalam kehidupan seharian…

Lagipun sebagai seorang yang ingin menuntut ilmu, memang wajar bagi si pelajar menunggu si guru dan bukan sebaliknya. kerna si pelajar yang ingin menimba ilmu…

seperti contoh apabila menadah air hujan, adakah kita  menunggu sehingga hujan turun, baru keluar untuk meletakkan tempayan….atau kita sudah menyediakan tempayan di luar dari awal sebelum kita tahu bila hujan nak turun.

Tentulah kita dah letak tempayan tu awal-awal lagi di luar kan…takkan nak tunggu hujan turun, baru nak dibawa tempayan ke luar. Silap-silap haribulan, tempayan baru sahaja diletakkan,hujan pula dah berhenti. Tak sempat nak tadah air…Jadi kesimpulannya, murid atau pelajar juga harus bersikap begitu. Menunggu guru bukan guru menunggu kita. Kemudian bila dah masuk ke kelas,pastikan dah bersedia dari mula untuk menadah ilmu dari guru (sediakan buku yang sesuai untuk catat apa yang perlu)…bukan menunggu guru sudah mencurahkan ilmu,sudah bercakap panjang.. baru kita pun tergesa-gesa keluarkan buku atau memasang telinga untuk mengaut input…kalau tak cukup pantas, mungkin akan tertinggal mendengar beberapa input berharga dari guru seperti hint atau klu untuk peperiksaan, atau mungkin juga  tips untuk membuat assignment/projek sekolah bertaraf gred A+.


5. Beri salam & bersalaman (jika boleh)

Ada antara pelajar-pelajar saya (yang perempuan) mengamalkan adab ini secara berterusan. namun ada juga yang  mengamalkannya sekali sekala. Bila ada mood,salam. Bila lupa atau marah pada guru, lansung tidak disalam malah  berpaling muka lagi ada. Alangkah indahnya kalau setiap kali berjumpa guru, kita memberi ucap salam dan  menyalam juga tangan guru serta menciumnya. Sejuk hati guru melihatnya, hilang terus amarah dalam hati..malah  untung-untung didoakan pula oleh guru tersebut akan kesejahteraan anak-anak muridnya.

Bukan susah pun untuk  memberi ucap salam..itu kan doa kita untuk orang lain dan bila salam dijawab, kita pula yang akan didoakan  kesejahteraannya. Tak mahukah kita mendapat doa daripada guru-guru kita? Manalah tahu berkat doa mereka, kita  bakal menjadi Menteri atau orang kaya di masa akan datang…siapa tahu?? dan bukan juga susah untuk menyalam  tangan guru..untung-untung dalam tangan guru ada duit RM10 sebagai duit raya, bolehlah dapat habuan sambil kita beramal+berbuat baik dengan guru (pastikan niat ikhlas,bukan sebab nak kejar RM10 tu)…

6. Tanya guru dengan Adab (bkn dengan niat menyindir)

Adab yang ini kadangkala susah sikit nak diamalkan. lagi-lagi oleh pelajar yang merasa diri mereka sudah hebat,  sudah bijak pandai…nak bertanya pada guru pun dengan nada yang agak sinis. seolah-olah cetek benar ilmu guru  tersebut. seolah-olah guru tersebut tidak pandai nak menjawab soalan mereka. Jika merasakan ilmu di dada itu sudah hebat sangat, tidak perlulah pergi berguru. pergilah cari ilmu sendiri dari kitab-kitab mahupun dari dasar lautan dan kemudian cuba amalkan sendiri. Nak tunjuk hebat, pergilah cari kawan-kawan sendiri. Usahlah nak berlagak hebat sehingga menghina dan memalukan guru kita yang mulia pula.

Ketahuilah bahawa memuliakan guru adalah sebahagian daripada memuliakan ilmu berdasarkan kepada kata-kata Saidina Ali r.a : “Aku adalah hamba abdi bagi orang yang mengajarkan aku satu huruf, maka terpulanglah kepada kehendaknya sama ada ingin menjual, memerdekakan atau mempergunakan aku sebagai hamba untuk berkhidmat kepadanya.

Ketua Hakim Fakhruddin Al-Irsabandi yang merupakan ketua ulama di Marwu, pernah berkata : “Sesungguhnya aku mampu mencapai kedudukan ini adalah kerana menghormati guru. Aku telah menjadi khadam kepada guruku Hakim Abu Yazid Ad-Dabusi. Aku telah melayaninya dan memasak makanan untuknya tetapi aku tidak pernah memakannya.”

Demikianlah tingginya martabat seorang guru kepada pelajarnya, menghormatinya adalah sebahagian dari menghormati ilmu. Malah orang yang sangat memuliakan gurunya, mereka sehingga sanggup menjadi khadam kerna terlalu kagum dan menghormati guru dan nilai ilmu yang akan diperoleh daripada guru tersebut. Jika kita sangat menghargai dan menghormati nilai ilmu, sewajarnya kita sedar dan akui bahawa guru adalah insan mulia yang telah menyampaikan ilmu-ilmu tersebut kepada kita. walau hatta sekecil zarah sekali pun..ada terletak sedikit titik peluh keringat guru pada ilmu yang disampaikan. Walaupun ilmu tersebut bisa kita peroleh dari tempat lain, tetapi ianya lebih bermakna dan memberi kesan apabila disampaikan oleh guru sendiri…malah berkat ilmu yang diterima daripada seorang guru berbeza..insyaAllah ilmu daripada seorang guru datang bersama doa daripada mereka yang sentiasa ingin melihat anak-anak murid mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Oleh itu anak-anak…dengan mengerti dan memahami kemuliaan seorang guru…serta mengetahui adab-adab untuk menuntut ilmu / memuliakan guru…apakah yang perlu anda lakukan?

Besar harapan cikgu supaya ilmu yang baru anda pelajari di atas ini dapat diamalkan..Cikgu juga berharap untuk diri sendiri..

INGATLAH…setiap ilmu yang kita dapat hendaklah kita amalkan supaya tidak serupa dengan orang-orang Yahudi. Sufyan bin ‘Uyainah –rahimahullah- mengatakan,

مَنْ فَسَدَ مِنْ عُلَمَائِنَا كَانَ فِيهِ شَبَهٌ مِنْ الْيَهُودِ وَمَنْ فَسَدَ مِنْ عِبَادِنَا كَانَ فِيهِ شَبَهٌ مِنْ النَّصَارَى

“Orang berilmu yang rusak (karena tidak mengamalkan apa yang dia ilmui) memiliki keserupaan dengan orang Yahudi. Sedangkan ahli ibadah yang rusak (karena beribadah tanpa dasar ilmu) memiliki keserupaan dengan orang Nashrani.” (Majmu’ Al Fatawa, 16/567)

Renung-renungkan dan selamat beramal~~

Cuti dan Aku~~

Hye hye dan Salam~~

Apa kabar kawan2 sumer?sihat ke? kalau tak sihat pergila klinik..consult doktor then amek ubat or just go the pharmacy and get some pills~~panadol eh..jgn amik pil lain yang bukan2 pula…kang lain  pula jadinye.

Cerita kali ni pasal cuti..Wah seronoknya budak2 sekolah and cikgu2…dapat cuti seminggu tau sempena Chinese New Year~~kan best dapat cuti rehatkan otak…relaks kan muscle2 nih…haha..macam lah sebelum ni buat kerja2 berat sangat..

Cuti sempena CNY utk bdk n cikgu skola ialah SATU MINGGU..wau..Best kan?? Cuti awam 2 hari je + cuti gantian 2 hari + cuti peristiwa 1 hari = 5 hari cuti tidak termasuk Sabtu dan Ahad…huhuhu…best2..(berapa kali nak sebut best nie..aper daa..)

Aku…termasuklah dalam kategori insan yang dapat bercuti SATU MINGGU ni…hihi…ada ke yang nak tanya WHY? WHY?? or dalam Japanese ‘Doshite??’

Kalau ada,senang je jawapannya…sebab aku kan murid sekolah juga (tak sedar diri…dah tue2 pun nak jadi budak sekolah lagi…uweeek..ups..hehe)..ada ke yang percaya??

Haa..korang tau tak? Time cuti macam ni apa yang best? yang paling best ….sebabnya…

1. tak payah nak bangun awal pagi sangat..bole la lajakkan sikit dari waktu biase..tapi takdela terlajak sampai kul 12..melampau tu..

2. tak payah nak sibuk2 gosok baju…(P/S ~baju2 sekalian..duduk diam2 dalam bekas tu ye..next week aku start gosok korg balik..hehe)

3. tak payah sibuk2 nak mandi pagi2 (sejuk wooo…i mmg x tahan sejuk..auww)..

4. tak payah nak kemas beg..susun buku la..cari bhn la (bhn utk Pen. Seni..kan kadang2 kena bawa batang pisangla..water colour la..)…

5. tak payah nak tido awal..(macamla selalu pun tdo awal..huhu)..

6. tak payah nak kusut kepala fikir  ”..esok ade kerja ape yang nak kena hanta ek?”…(hari2 kena fikir takut ter’miss’ apa-apa kerja..)

~~haa…banyak betul benda yang tak payah nak buat untuk tempoh seminggu ni…hehe…rileks sikit…

…isyk..tapi aku kusut gak ni…ada benda yang aku patut hantar sebelum cuti tapi aku tak hantar lagi. patutnya tadi aku pergi hanta sekejap..tapi terlupa plak..aper la aku ni.muda lagi da jadi pelupa.masalah betulla…

ada sape2 bole suggest supplement yg bagus utk minda? sbb sejak due tige menjak ni memang betul2 cepat lupe la…memory pun tak bole nak hold data lebih dari seminit..sekejap je dah ilang…berterabur semua yang orang pesan kat kite…

CARA NAK TERUS INGAT??…Menulis or mencatit le jawapnye…

tapi camne plak kalo masa tu xde paper n pen??ai…problem la…sebab nak kena 100% gune memori otak yang berfungsi dlm x sampai 40% kot…aiyoo..

apasal la cepat sangat lupe ni. Nak kata makan semut…ade la jugak..tp xdela sampai sekilo..isyk3..agaknye semut yang aku termakan tu semut mutan kot..tu yg baru makan sikit dah effect banyak…adooiiii…tolongla saya…camne nak bagi tak mudah lupe nih?? (lari tajuk plak…kan ni cerita psl cuti..apsal masuk citer memori plak ni…adoiyaii…tula..pelupe la katekan…)

Selamat Hari Guru 2009

Salam semua…

Hari ini bersamaan dengan 16 Mei 2009, semua guru di serata pelosok Malaysia akan diraikan. Segala jasa dan pengorbanan mereka akan dikenang dan dikalungkan penghargaan. Setiap pelajar yang menghargai dan menghormati guru-guru mereka akan sibuk membuat dan membalut kad ucapan serta hadiah buat guru sanjungan mereka. Guru-guru dapat merasai satu hari di dalam satu kalendar penuh tahunan di mana mereka datang ke sekolah hanya untuk dihiburkan dan dihargai oleh para pelajar mereka dan satu hari di mana mereka tidak perlu mengisi masa dengan merancang pengajaran dan pembelajaran sebaliknya hanya perlu duduk berehat dan berbual-bual dengan rakan sekerja tentang segala memori pahit manis dan suka duka yang ditempuh sepanjang berada di dalam profesion keguruan.

Bagaimana bermulanya sambutan perayaan hari guru dan mengapa tarikh 16 Mei yang terpilih?

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 telah diadakan pada 16 Mei 2009 iaitu hari ini di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu Darul Iman. Sambutan pada tahun ini disambut dengan tema baru iaitu ‘Guru Pembina Negara Bangsa’.

Tema yang cukup jelas harus difahami dan diselami oleh setiap warga pendidik yang berada di setiap peringkat institusi pendidikan dan pengajian yang mana ia termasuklah tadika, sekolah rendah , sekolah menengah, kolej matrikulasi, kolej komuniti dan politeknik serta universiti. Sebagai seorang pendidik, matlamat berasaskan tema utama ini harus dipegang setiap kali merancang P&P dan setiap kali sebelum melangkah masuk ke kelas. Guru harus berfungsi sebagai penggerak dan pembina jatidiri negara bangsa di dalam minda dan sahsiah setiap insan yang dididik dan diajar. Murid ataupun pelajar terutama yang masih mentah di dalam mengenal erti negara bangsa seharusnya dibimbing dan dipandu untuk memahami konsep negara bangsa dengan lebih jelas dan terperinci.

Apakah itu negara bangsa?

Istilah “negara bangsa” menandakan bahawa kedua-duanya (negara dan bangsa) sebagai sama. Jika berjaya dilaksanakan, ia menandakan bahawa rakyatnya berkongsi satu bahasa, budaya dan nilai. Contoh negara bangsa yang dapat dilihat wujud di dunia ialah negara Jepun yang mana walaupun Jepun mengandungi beberapa kumpulan etnik minoriti yang lain, tetapi amalan dan budaya yang dikongsi adalah sama antara setiap individu. Etnik dan keturunan tidak pernah membatasi jatidiri mereka sebagai rakyat Jepun, sebagai bangsa Jepun yang mempunyai bahasa mereka sendiri iatu Bahasa Jepun dan sentiasa bangga dengan adat dan budaya ketimuran mereka yang tidak pernah sekali pun alpa untuk dipegang dan diamalkan sehingga mampu menjadi contoh tauladan kepada rakyat di negara lain termasuklah Malaysia. Konsep inilah yang harus difahami oleh setiap murid atau pelajar yang lahir dan dibesarkan di Malaysia supaya mereka dapat melaksanakan peranan mereka sebagai perintis bangsa Malaysia. Tidak kira Cina, India,Melayu,Singh, Orang Asli atau Bumiputra Sabah Sarawak, selagi mereka dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia, mereka seharusnya bersatu sebagai satu bangsa Malaysia dan mengabaikan sebarang perbezaan yang ada. Budaya dan etika setiap kaum harus dihormati dan bagi yang positif, haruslah diterapkan sebagai budaya hidup bagi setiap individu berbangsa Malaysia, contohnya seperti bersalaman ketika berjumpa dan membuka kasut apabila masuk ke rumah.

Sekiranya aspirasi negara bangsa ini dapat difahami, lebih mudah bagi anak-anak muda kita untuk mendokong dan menjunjungnya. Sesungguhnya tiada apa yang lebih menguntungkan daripada melihat anak-anak muda kita bersatu hati tanpa mengira kaum berusaha membangunkan DAN menzahirkan tamadun bangsa Malaysia. Semoga amanah kita kepada mereka untuk sentiasa mengutamakan perpaduan bangsa Malaysia, menghindari persengketaan perkauman dan agama, serta memelihara kedamaian dan kemerdekaan bumi Malaysia yang sedia ada, akan dapat mereka pikul dengan sebaik-baiknya.  

Bagi semua guru yang berada di Malaysia, tidak kira la samaada anda digelar guru, dipanggil pengajar ataupun pensyarah, apa yang penting adalah tugas dan tanggungjawab kita adalah sama iaitu bagi memastikan setiap anak-anak yang berada di bawah asuhan, didikan dan bimbingan kita berjaya menggenggam ilmu yang kita sampaikan dan semoga ilmu yang digenggam itu mampu diaplikasi untuk mengukuhkan lagi tamadun negara dan seterusnya membawa negara kita ke peringkat yang lebih tinggi dan termasyhur di mata dunia.

Oleh itu di kesempatan ini, ingin sekali saya mengucapkan …
Selamat Hari Guru kepada semua dan semoga kita dapat terus komited dan berdedikasi di dalam melaksanakan tugas utama kita sebagai pendidik, pengasuh dan pembimbing anak-anak bangsa demi kepentingan negara di masa hadapan. Sesungguhnya tiada seorang doktor, jurutera, peguam, hakim mahupun Perdana Menteri yang dapat berdiri dengan gah pada hari ini tanpa pernah sekalipun mendapat asuhan dan didikan daripada seorang guru. Kerna itu, hargailah guru-guru anda, sampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih anda kepada mereka selagi mereka masih ada di dunia. 

Kerna..tanpa mereka, siapalah agaknya anda pada hari ini?

Balik Keje

takde cerita best pun..cuma nak lepaskan geram je. aku baru balik keje dan rasa penat sangat. 1st time aku bawa balik beg berat tadi sebab diisi penuh dengan bermacam kertas, fail dan buku sebab nak prepare lessons untuk tomorrow dan compile report orientasi for submission.

penatnya ….tapi belum mula buat lesson plan and lesson materials lagi…bila la nak stat ni. esok takut tak sempat sebab nak iron baju lagi, pergi fotostat Buku Rekod lagi, susun report orientasi, binding, pergi sekolah awal untuk jumpa GPK pagi dan juga tak bole lupa kena pergi ambil Nurul sebelum sampai sekolah atau b4 pukul 1 petang…adoii…sakit kepala!!!

jadual baru

jadual minggu hadapan sudah bertukar. dapat jadual baru yang efektif bermula minggu hadapan. jadual baru ni menyaksikan kepadatan waktu yang perlu aku lalui…macam cikgu betul pulak!! tapi seronok sikitla…sebab hari Isnin dan Jumaat dah takde kelas (hoorey!!). hari Rabu hanya satu kelas.cuma hari Selasa dan Khamis sangat la pack. yang seksa nanti masa lecturer datang observe la. sebab aku akan terkejar2 masa nak switch between classes.

tapi jadual baru aku ni ada pertindihan kelas. antara subjek ICTL untuk kelas 1B dan Sejarah untuk 1F. kata teman “korbankanlah kelas yang paling menyakitkan hati..” kata hatiku “…sudah ku tahu itu anna, memang pilihan pertamaku 1F..” tapi mindaku mula menyangkal “1F pun baik2 juga budak-budaknya…baik aku korbankan 1B. sebab kelas 1B pun nakal juga dan susah nak dikawal.lagipun aku lebih suka SEJARAH berbanding ICTL. susahnya. due-due kelas pun aku taknak korbankan sebenarnya! “

 

kelas 1F tidak lah begitu menyakitkan hati. sekiranya ada peluang untuk aku korbankan 1E, memang dah lama aku merebutnya!!! tapi apakan daya, kelas 1E masih terselamat kali ini (cis!!!) tapi nasib baik waktu kelas diorang dah bertukar. so lepas ni aku kena mengajar diorang dalam antara 2 waktu terakhir. sekurang-kurangnya bagus sikitla berbanding jadual asal…2 waktu pertama di hari Selasa (membuatkan aku jadi tak bersemangat setiap kali nak ke sekolah pada hari Selasa..huhu).

berbalik kepada 1F, mereka mungkin nakal dan malas belajar / salin nota tetapi mereka masih ada sedikit rasa hormat pada guru. masih menganggap aku sebagai seorang guru yang harus dihormati, dan aku masih boleh bergurau-senda dengan mereka. malah sekiranya kau guna pendekatan lembut untuk suruh diorang salin nota, aku nampak ada juga kesannya. budak si Lau tu yang sebelum ni tak pernah salin nota pun dah mula menyalinnya (perubahan positif…yeay!!) pastu ditambah lagi sekarang ni bilangan mereka hanya 22 orang,membuatkan keadaan jadi lebih mudah sedikit untuk dikawal.

 

kalau lah kelas 1E, adoiii….bilangan diorang ada 34, dengan bilangan pelajar Cina yang menguasai 50% kelas tu membuatkan aku rasa tak terdaya nak mengawal diorang (asik speaking bahasa dia 24 hours, buatkan aku rasa macam berada dalam kelas BC). budak2 Melayu pula nakal2. asik berlari tak henti2, degil dan tak nak dengar cakap. sakit betul hati ni setiap kali kena masuk mengajar diorang! budak2 tu lansung takde rasa respek kat guru mereka. aku bukannya pernah berlaku kejam pun kat mereka sampai kena akur dengan layanan sebegitu. malahan aku ni dah pun guna pendekatan ’mesra pelajar’ dengan melayan saja gaya dan kerenah mereka yang macam budak2 tu (sebab bagi aku, tak kisahla kalau pun ko ni nakal dan suka bermain, asalkan ko masih bole respek dan dengar arahan aku serta siapkan sume kerja/tugasan yang aku beri…tapi 1E ni memang hampeh!!roboh sudah kota kesabaran aku..)

 

Makin aku layan perangai diorang, makin galak mereka ber’aksi’..bila dah habis nilai kesabaran aku, memang terpaksa menjerit je lah untuk meluahkan rasa geram yang melampau ni! setiap kali hari Selasa atau sebenarnya untuk lebih jujur…..setiap hari yang ada ICTL, aku kena prepare mental n fizikal terutama dari segi anak tekak..sebab nak kena menjerit-jerit macam orang gila sepuas-puasnya (macam Tarzan pun iyer jugak…wawawawa)kena tunjuk sikit garang yang macam singa betina. kalau tidak, memang budak2 ni tak makan cakap. belasah sekor2 kang baru tau!!!

 

adoii…hari meng’kondem’ 1E…

ups, sorilah budak2 1E.. aku terpaksa mengumpat korang di medium ini…harap2 takde antara korang yang terjumpa nya…huhuhu

terjaga…

baru sahaja terjaga..sepatutnya tengah siapkan ROS tadi tapi terlampau mengantuk..jadi melelapkan mata dan kepala sebentar. tapi rasanya cuma mata saja yang tertutup. kepala otak masih ligat berfikir.

itu yang tidur jadi tidak berkualiti…itu yang walau selama mana pun tidur masih lagi rasa tidak puas, masih terasa tidak cukup. :(

tidur dan terjaga di waktu begini…lagi2 petang2 begini, memang menyakitkan kepala betul.adoii….

maaflah teman…lupa nak update lepas ke PD 2 minggu lepas. sepatutnya ada sedikit coretan berkenaan memori indah di PD (wah wah wah…. :P ) tapi tak teringat lansung. mungkin kerna terlalu sibuk memikirkan persediaan untuk menghadapi cuti yang akan berakhir. terlalu sibuk merancang pengajaran untuk minggu2 yang akan di’observe’ oleh pensyarah dan guru pembimbing. cik sarimah dah datang tempoh hari…minggu depan mungkin akan datang semula (itu janjinya..huhuhu), miss shariza pula kata nak observe minggu hadapan (itu janjinya juga…huhuhu)…

sampai ke saat ini aku masih kabut dan kabur…( sapa suruh ko tido lagi petang2..padan ler muke) huhuhu.. B-)

Mid-Year Exam

for these two weeks starting from last week, my school is having its mid-year examination…so at least bole la rest sekejap..pastu cuti sekolah dua minggu pula, jadi bole la REST lebih skit…hopefully!!! YESsss!!!

sambil2 tu kena siapkan juga ROS dan prepare ABM and lesson plans for the upcoming weeks after holiday tu…lecturer and teacher will be observing non-stop jadi nak kena prepare siap2 dari cuti so that bila da naik cuti kang takdela stress sangat. sebab selalunya nak buat ABM and lesson plan during school days sangat la susah dan stressful sikit sbb otak tengah jammed. balik sekolah da le penat, pastu tak cukup masa nak prepare macam2.

hopefully, i cud finish all these stuff and works during school breaks…chaiyo3!!!

Teacher’s Day

teacher’s day sudah berlalu beberapa hari….

ada kenangan indah?hohoho….sudah tentu tidak…

baru beberapa minggu di situ, dah tentu lah tiada yang terlalu indah bagi aku. kena tunggu beberapa minggu lagi ler…tapi happy jugak la for that day…i mean, the performances from students, aku enjoy sangat2…especially bile tengok student2 aku perform…most of them from 1st former…ada yang buat tarian india, ada yang siap nyanyi live lagi tuh…ade gak yang buat techno dance…terkezut aku tengok…macam da biase gi clubbing plak…hohoho…ade sorang mamat ni wat ala-ala rain bi punye dance…i guess that guy must be adoring dat ‘Rain Bi’ and all his dance steps very2 much…student ni punye dance steps sangat smooth (though not very seductive)…seolah-olah die dah lama practice benda tu…bukan benda sehari dua punye…and i also think that he must be very2 excited about performing on the stage in front of all teachers and students (..bcuz he can show off ler…u noe wat i mean rite??)

1) student performances? OK lar…

2) JAmuan Makan2….(makan time is my favorite)…BEST lar jugak..

3) Hadiah Teacher’s day….Wahlawei…bole tahan la…

i didnt expect to get anythin…beyond my surprise, i received a gift from one of the naughtiest boys in my class (alamak…wat shud i do after dis?treat him nicer??..no way man!!!)

student yang bagi prezen ari guru to me sumenye dari Form 1 which shows dat kids at 13 years old eventho sumtimes they still act like primary school students, but in one case dat cud bring benefits.. especially wen it comes to showing how they appreciate their teachers on teacher’s day (by giving lotz of prezens lor…cuz budak2 suke bagi prezen kat teacher die. teachers are like their parents…or at least like their nurses,doctors,judges,lawyers,sisters,brothers etc…bla bla bla..banyak lagi tugas2 tak rasmi guru sekolah rendah dalam list nih..)  huhu..if being compared to students from the other forms.

nak upload gamba prezen2 tu sume tapi tak sempat lagi…later on je la k..

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.