Sekiranya diberikan suatu skala Richter bagi mengukur tahap kepuasan kerjayaku, sudah tentu aku memilih 4 – puas hati. Mengapa tidak memilih 5 – sangat puas hati? Ini kerana aku masih ada kerjaya impian lain yang ingin ku kejar, impian yang sudah lama berlegar di minda, sejak mula tak pernah ku lupa, cuma sesekali tertanya bagaimana cara untuk mencapainya. Kerjaya impianku itu ada sangkut-paut dengan bidang kerjaya sekarang, cuma ia seperti mendongak lebih jauh ke atas, menaiki satu lagi anak tangga ke awan.
Bagaimana dengan kerjaya sekarang?
Aku bersyukur dengan apa yang sudah aku perolehi kini.Bukan mudah untuk mendapatkannya. Bukan sedikit usaha yang dicurahkan. Bukan karpet merah yang terbentang untuk aku lalui bagi memilikinya. Jalan yang aku tempuhi untuk mendapatkan kerjaya sekarang adalah jalan yang berliku dan harus ditempuhi dengan penuh tabah dan sabar. Dan ketabahan itu aku peroleh dari tekad untuk menjadi yang terbaik di dalam bidang kerjaya ini. Walaupun aku masih lagi belum menjadi antara yang terbaik, aku tidak jemu untuk berusaha. Pengalaman akan membantu kita memperbaiki diri , ia akan lebih mematangkan cara kita untuk berhadapan dengan masalah. Aku berharap agar prinsip yang ku pegang itu adalah tepat. Kerna aku tidak mahu terus dibelenggu dengan masalah kerja. Aku mahu lebih kepuasan dan keseronokan di dalam bekerja. Aku mahukan pencapaian diri yang terbaik. Aku mahu menggapai matlamat pertama (terbaik di dalam bidangku) sebelum melangkah lebih jauh ke arah mengejar kerjaya impianku.
Hakikat sebenar…walaupun aku berpuas hati dengan kerjaya sekarang tapi aku masih belum merasa seronok dengan tugas yang ku lakukan. Mungkin kerna aku masih belum cekap dan fasih untuk melakukannya, membuatkan keyakinan diri aku sedikit kurang dan ketakutan sentiasa menyelubungi hati. Takut dan bimbang sekiranya melakukan kesalahan, takut dan bimbang sekiranya pihak atasan tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang aku persembahkan.
Argh…lupakan semua itu. Keseronokan kadangkala ada juga datang mendekatiku, di saat-saat aku dan membe2 kerja lepak bersama dan berbicara topik yang lain daripada kerja. Di saat-saat kami bergelak-ketawa menceritakan kisah-kisah semasa, kisah-kisah kehidupan, kisah-kisah yang lebih penting untuk difokuskan daripada kerja. Saat itu keseronokan sentiasa menyelubungi kami. Yang penting keseronokan itu pernah juga hadir disisiku…bukannya tak pernah lansung singgah menjenguk khabar……
Waiting for dis movie to hit Malaysia’s cinema screen!