Galeri Gambar Ep1:Jejak Jepun 2016 (Tokyo dan Osaka)

Gambar-gambar ini merupakan rakaman daripada hari pertama kami berada di Tokyo. Kami mendarat di lapangan terbang Haneda, Tokyo pada jam lebih kurang 10:30 malam waktu Malaysia.

Lapangan terbang Haneda sangat cantik namun tak banyak yang dapat kami terokai kerana kami sibuk mencari ruang untuk tidur (dah malam .. ngantuk sangat).

 

Pengenalan: Jejak Jepun 2016 (Tokyo dan Osaka)

Assalamualaikum.

Baru sahaja semalam saya sampai di Lapangan Terbang KLIA 2 dari Kansai Airport (KIX) Osaka. Flight jam 10:30 malam dan kami tiba di Malaysia jam 5:40 pagi.

Saya dan rakan-rakan berada di bumi matahari terbit ini dari 30 Januari 2016 hingga 6 Februari 2016.

Saya akan ceritakan lebih lanjut percutian dan jejak perjalanan kami dalam entri seterusnya. Di dalam entri pengenalan ini saya hanya ingin berkongsi maklumat pantas dan ringkas berkaitan beberapa perkara penting bagi yang akan mengembara atau bercuti ke Jepun dalam masa yang terdekat ini.

  1. Sekarang merupakan musim sejuk di seluruh Jepun terutama Tokyo dan Osaka. Di sesetengah tempat di kawasan luar bandar Tokyo – Hakone dan Kawaguchiko, anda mungkin masih berpeluang untuk melihat timbunan salji. Sekiranya anda tidak dapat merasai salji sekalipun, anda tetap akan merasa suhu dan cuaca yang amat sejuk di seluruh Jepun.
  2. Oleh yang demikian, AMAT DISARANKAN agar anda membawa sarung tangan (gloves tebal), mafla, long john, long coat/winter coat dan beberapa helai baju untuk dipakai secara berlapis-lapis. Contohnya: Saya memakai long john di dalam dan dilapisi dengan 2 helai tshirt luar sebelum memakai winter coat. Di bahagian kaki juga, saya memakai long john/ thermal wear sebelum memakai jeans dan stokin panjang / stokin tebal. (saya memang tidak tahan sejuk!)
  3. Jangan risau. Anda tidak perlu menyediakan tshirt yang terlalu banyak untuk diganti selama beberapa hari. Anda boleh menukar2 urutan lapisan tshirt tersebut. Contoh: hari pertama, Tshirt 1 di luar dan Tshirt 2 & 3 di dalam. Hari kedua, anda keluarkan pula Tshirt 2 di luar dan Tshirt 1 & 3 di dalam…sehingga hari-hari seterusnya.  TETAPI AMAT PENTING untuk mempunyai Gloves dan Coat serta STOKIN TEBAL/PANJANG.
  4. Bawa losyen untuk kaki tangan dan badan serta MOISTURIZER untuk kulit muka dan LIP BALM untuk bibir anda. Dari hari pertama, jangan lupa pakai di seluruh badan terutama sekali kawasan yang banyak terdedah dengan hawa dingin seperti pergelangan kaki, pergelangan tangan dan kawasan-kawasan lain yang dirasakan sesuai / penting. Bibir anda juga akan mudah kering jadi sentiasa bawa LIP BALM/Vaseline untuk disapukan pada setiap masa. Moisturizer muka pula dipakai selepas anda mencuci muka dengan air. Oh ya, anda juga mungkin perlukan sunblock yang sesuai dengan kulit kering.
  5. Sekiranya anda akan banyak berjalan menaiki train dan anda tahu kemampuan kaki anda…bersedialah membawa minyak angin, minyak panas atau krim sejuk yang sesuai untuk kaki yang mudah bengkak, cramp dan lenguh. Kekuatan dan kondisi kaki anda sangat memberi kesan kepada perjalanan anda sepanjang hari sekiranya anda bukan berjalan dengan private van/bus kerana lokasi setiap tempat agak jauh ditambah pula anda perlu naik turun banyak tangga, berdiri di dalam train, keadaan cuaca sejuk dan membawa barang yang banyak / berat.
  6. SOUVENIR JAPAN! Anda pasti sukakan fridge magnet dan tshirt? Baiklah. Ini panduan harga sekiranya anda tidak pasti sama ada anda perlu membelinya atau mencari yang lebih murah apabila terserempak dengan souvenir tersebut ketika berjalan-jalan di sekitar Tokyo dan Osaka. Bagi Fridge Magnet, sekiranya anda jumpa FM yang berharga kurang dari 400 yen, harga tersebut di kira harga standard. Dianggap murah sekiranya anda jumpa di bawah harga 350 yen. Di Asakusa, ada kedai souvenir yang menjual 3 FM dengan harga 1000 yen.  Itu boleh dianggap murah. Malah ada juga FM yang dijual dengan harga 450 yen untuk 3 (fridge magnet biasa yang bukan seramik). Di Arashiyama, Kyoto saya jumpa fridge magnet dengan harga 380 yen. Ingatkan sampai di Namba Osaka lebih murah rupanya..jauh lebih mahal. Jadi belilah FM yang berharga bawah 380 yen tu ye kalau jumpa.
  7. Standard harga FM di Tokyo dan Osaka ialah 350-380 yen. Lebih daripada harga tersebut boleh dianggap mahal (terutamanya bagi FM biasa Jepun yang bukan mewakili tempat-tempat spesifik seperti Tokyo Tower, Skytree dan sebagainya). Oleh itu, sekiranya anda jumpa FM dengan harga tersebut satu unit = 350-380 yen dan ke bawah. Tak perlu fikir 100 kali. Boleh terus beli.
  8. Bagi tshirt pula, ada rakan yang beritahu dia pernah membeli sehelai tshirt dengan harga 900 yen. Oleh itu harga 900-1000 yen merupakan harga TERMURAH untuk tshirt (Tshirt Dewasa ya!) Susah nak jumpa yang lebih murah dari itu. Tetapi, sangat senang nak jumpa yang lebih mahal. Ada yang boleh mencecah sehingga 1900 yen – 3000 yen bergantung kepada jenis tshirt, tulisan/ lukisan yang terdapat pada tshirt tersebut. Tempat yang anda boleh beli tshirt murah biasanya ialah di Asakusa, ada juga yang kata di bawah Kyoto Tower, di TOKYO Tower dan mungkin juga ada di tempat-tempat lain, Yang dapat saya CONFIRM kan ialah di Asakusa (berhampiran Sensoji Temple) sebab saya sendiri dah pergi ke sana.
  9. Souvenir di Namba Osaka: boleh pergi ke Daiso berdekatan Dotombori Namba. Item paling menarik untuk dibeli sebagai souvenir ialah chopstick Made in Japan (ada corak perempuan dengan kimono dan ada juga corak samurai), train toys/models (ada 3 parts yang diasingkan) dan bermacam jenis dari Yamanote line sehinggalah ke Shinkansen. Harga setiap item di Daiso hanya 108 yen (kecuali ada dinyatakan harga lain di packaging item)
  10. Souvenir di Namba Osaka (di Shinsaibashi Street): Selain itu, di kedai 3 coins juga terdapat beg kecil (anggaran: muat isi 5 keping buku saiz A4) dengan 2 jenis gambar iaitu tempat2 menarik Tokyo dan tempat2 menarik Osaka. Satu beg berharga 300 yen (campur tax = 320 yen klu x silap). Ada juga chopstick 5 pasang = 300 yen dengan corak Gunung Fuji. Cantik sangat (tapi made in China).
  11. Sebelum pergi ke Jepun, sekiranya anda travel sendiri tanpa tour guide/ ejen/ sesiapa yang mahir Bahasa Jepun..saya sarankan anda study betul-betul map lokasi yang anda nak pergi dan juga jadual dan nama train line yang perlu dinaiki serta exit (north, south etc).
  12. Sediakan juga map untuk tempat makan halal / souvenir halal. Tandakan dan catatkan. Anda boleh dapatkan info ini dari internet dan Fb. Kalau di Fb, saya sarankan page Muslim Friendly Information in Japan / Halal Media Japan.

Sekian dulu tip ringkas saya berdasarkan pengalaman peribadi di Tokyo dan Osaka selama 7 hari. Harap dapat membantu anda sepanjang berada di Jepun kerana saya sendiri banyak mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan sebelum ke sana dan JUJURNYA ia sangat2 membantu.

Saya turut mengalu-alukan sebarang maklum balas, pertanyaan, penambah baikan dan komen murni daripada anda yang berkaitan dengan entri ini.

 

Sekian dahulu. Nantikan Bahagian Kedua tidak lama lagi ya!

Arigato Gozaimasu!

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015 – 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ini merupakan kesinambungan terhadap perkongsian sebelum ini berkaitan pengalaman menghadiri temuduga HLP KPM.

Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah sebaik-baik Perancang segala perkara dalam kehidupan kita.

Saya telah berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia 2015 bagi Program Sarjana. Surat tawaran di laman web turut menyatakan tarikh kursus yang perlu kami hadiri selama hampir satu bulan sebelum layak menerima surat tawaran rasmi.

Kursus Persediaan HLP telah diadakan di Pusat Latihan UiTM, Tanjung Tualang, Perak dari 24 November hingga 7 Disember 2014 (gambar tentatif kursus turut saya lampirkan di bawah). Kursus tersebut melengkapkan diri penerima HLP dan CBBPTB dengan segala pengetahuan awal yang sangat penting berkaitan penyelidikan, persediaan bergelar pelajar pascasiswazah tajaan KPM, serta segala proses dan prosedur berkaitan cuti belajar yang akan diambil bermula Februari atau September 2015.

Segala ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini sebenarnya sangat membantu apabila kita memulakan pengajian nanti, oleh itu saya SARANKAN agar kalian mengambil berat akan setiap input yang diberi dan dikongsikan oleh pensyarah-pensyarah dalam kursus tersebut.

Sepanjang kursus itu juga, peserta-peserta mengambil kesempatan untuk memohon kemasukan universiti bagi sesi Februari 2015 secara atas talian (online) kerana kebanyakan permohonan kemasukan ditutup pada bulan November atau Disember. Ada sesetengah universiti yang mempunyai tarikh tutup lebih awal — oleh itu sebaik sahaja menerima keputusan BERJAYA di laman web KPM, segeralah meninjau laman-laman web universiti awam di Malaysia bagi mengetahui bilakah permohonan kemasukan ke program Sarjana universiti tersebut mula dibuka dan bilakah tarikh ditutup.

Urusan permohonan kemasukan ke Universiti diuruskan sepenuhnya oleh pelajar, dan bukan pihak pengurusan Bahagian Tajaan KPM.

Saya telah menjalankan tinjauan terhadap beberapa universiti awam yang mempunyai program berkaitan bidang saya dan akhirnya memilih UKM.

Kepada anda yang telah dan sedang memohon HLP atau CBBPTB untuk tahun 2017 atau sedang menunggu panggilan temuduga dan keputusan akhir, semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu memberikan input awal yang diperlukan.

Akhir kalam, saya doakan semoga kalian berjaya!

 

IMG_7438

Tentatif Kursus Persediaan Penerima HLP dan CBBPTB (penuh siang dan malam)

IMG_7157

Pengalaman Temuduga Program HLP (Sarjana) 2015 –Soalan Umum dan Soalan Khusus — bidang Teknologi Maklumat/Multimedia/IT

Assalamualaikum..

Hai dan salam sejahtera..

Tanpa berceloteh panjang, intipati blog hari ini nak menceritakan serba sedikit pengalaman saya menghadiri temuduga bagi program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi peringkat Sarjana tahun 2015 terutama soalan-soalan yang ditanya dan keadaan di dalam bilik temuduga.

Keputusan temuduga telah dikeluarkan pada 26 Ogos 2014 dan tarikh temuduga yang saya peroleh ialah pada 26 September 2014.

semakan HLP 2015

Skrin Semakan Panggilan Temuduga HLP 2015

Semasa hari temuduga, saya hadir awal. Jam 7.30 sudah berada di perkarangan Bangunan Tajaan Pendidikan KPM, Cyberjaya. Hadir dan berada awal di lokasi temuduga sangat penting kerana ia boleh mengurangkan perasaan gementar dan pada masa yang sama memberi masa tambahan untuk mengulangkaji bahan bacaan dan kertas cadangan kajian.

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 8, dan pada masa yang sama saya lihat sudah ramai yang memasuki bangunan tersebut, saya pun turut mengikuti jejak langkah mereka dan melangkah masuk ke bangunan KPM. Giliran temuduga rupanya mengikut siapa yang datang dahulu mendaftar. Kebetulan saya merupakan orang kedua yang mendaftar bagi program dan bilik tersebut.

No. bilik boleh dilihat melalui surat panggilan temuduga pada bahagian alamat. Saya diberikan Bilik No. 1 yang tertulis pada alamat tempat temuduga dalam surat. Ada lebih kurang 8 program yang berbeza dipanggil temuduga pada hari tersebut. Oleh yang demikian juga, terdapat 8 bilik temuduga yang disediakan.

Pukul 8.30 pagi tepat, calon pertama dipanggil masuk. Masa itu, debaran makin terasa. Calon-calon lain menunggu di bilik menunggu yang disediakan di mana kita akan bertemu ramai calon lain dan berkenal-kenalan sesama sendiri sementara menunggu giliran.

Selepas calon pertama masuk, calon kedua akan dipanggil menunggu di luar bilik temuduga. Nasib baik saya dapat giliran kedua. Sempat lagi buat persediaan tambahan semasa menunggu di luar bilik temuduga.Masa berada di luar bilik temuduga seorang diri itu, barulah saya berpeluang membaca sedikit nota dan membuat sedikit ulangkaji terhadap beberapa perkara penting seperti PPPM, anjakan PPPM, teori dan strategi pembelajaran.

Terus kepada pengalaman dan soalan temuduga.

Saya huraikan secara isi ringkas.

1. Mula-mula panel minta kita ceritakan dan perkenalkan diri. saya perkenalkan diri dengan memberi fokus kepada kelayakan akademik dan ikhtisas saya, pengalaman berkhidmat dan tugas-tugas / sumbangan saya di sekolah. (Mungkin rakan-rakan lain ada idea lain bagaimana untuk perkenalkan diri, terpulang kepada anda. Pada waktu itu, hanya hal sedemikian yang terlintas di fikiran saya. Sebab saya memang keliru sedikit bila diminta ceritakan serba sedikit perihal diri ni)

2. Kenapa saya mencadangkan kajian sedemikian. Terangkan tentang kajian saya. Mengapa memilih untuk membuat kajian ini?

3. Kemudian panel kedua bertanya tentang sumbangan saya di sekolah.

3. Perisian yang saya pernah guna dan mahir gunakan. Perbandingan perisian. Pada saat ini, kami berdebat tentang perisian. saya perlu membela diri sekiranya saya tidak tahu menggunakan perisian tertentu. Contohnya Flash. Memang saya akui saya bukan pakar dalam flash. Oleh yang demikian, perlu tahu cara defend sekiranya panel mendesak kenapa tidak tahu? bukankah Flash perisian terbaik untuk multimedia? bagaimana nak buat multimedia dengan baik sekiranya tidak pandai guna Flash? kita taknak mereka yang baru nak belajar tetapi orang yang dah mahir, jadi macam mana?

Malah saya perlu defend diri juga bila saya katakan perisian Adobe Illustrator lebih baik dari In Design kerana calon pertama mengatakan in Design lebih bagus dari AI. Jadi saya perlu defend point saya dan sampai satu saat, saya merasakan seolah-olah panel mahu saya membuktikan yang saya benar-benar menggunakan perisian yang saya sebutkan itu. Bukan hanya setakat sebut! jadi bersedialaH!

Bersedialah untuk perdebatan ini! JIka anda menyebut nama perisian tersebut, pastikan anda memang tahu dan pernah guna. Bukan hanya memetik nama sahaja. Kerana panel ternyata berpengalaman dalam perisian dan juga bidang tersebut.

4. Bertanya sekiranya ada hasil produksi video, modul atau persembahan multimedia, boleh tak tunjukkan.

Di sini memang saya akui yang saya tidak tahu tetapi ada terfikir untuk membawa tablet atau laptop untuk menunjukkan bahan produksi saya dan murid. Tetapi tidak terbawa kerana beberapa kekangan. Jadi silap di sini. SILA BAWA SEKIRANYA ANDA ADA MODUL, VIDEO, BAHAN MULTIMEDIA… SEBAGAI BAHAN SOKONGAN ANDA!

Tips dari panel: Bawa apa-apa bahan bukti bagi menunjukkan hasil kerja kita. Kalau perlu bawa laptop, bawa. Tunjukkan apa yang kita ada. Calon yang dipanggil temuduga semuanya merupakan yang terbaik, tetapi mereka mahu memilih yang TERBAik dari terbaik, maka tunjukkan segala apa yang kita ada bagi memberikan merit kepada diri kita di dalam bilik temuduga itu.

5. Panel juga bertanyakan sumbangan saya di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan akhir sekali Internasional. Dari segi peringkat yang lain, dapat saya nyatakan sumbangan .

Tetapi peringkat internasional itu yang paling dicari oleh panel. dan saya tiada kelebihan di situ.

6. Panel sangat menekankan juga sumbangan dari segi penulisan.

Jika boleh, guru sebelum berkira-kira memohon HLP, bersedialah dengan bahan penulisan. Paling kurang pun ada modul sebagai bahan penulisan. Buatlah apa-apa modul yang boleh membantu pelajar dan proses PdP kita.

7. Sumbangan bidang / guru ICT dalam PPPM?

Anjakan ke 7 (Kena tahu sendiri). Huraikan bagaimana guru ICT boleh main peranan dalam menjayakan PPPM.

8.Soalan Bahasa Inggeris: Why we must give this scholarship to you?

Answer in English. Saya jawab dengan menjuruskan isi kepada keinginan saya untuk menyumbang kepada KPM, sekolah dan murid saya sendiri kerana saya nyatakan sekolah saya merupakan under achievers dan saya mahu pelajar saya mempelajari sesuatu dengan baik, mendapat pengalaman pembelajaran yang baik, walaupun jika mereka tidak mampu mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan awam sekalipun.

Sebelum keluar dari bilik temduga, panel sempat memberi tips yang dapat saya simpulkan sebagai berikut:

1. Bawa bahan sokongan seperti modul bahan penulisan, laptop untuk menunjukkan video, multimedia dan lain-lain

2. Utamakan bahan penulisan. Pastikan ada bahan penulisan sepanjang berkhidmat sebagai guru.

3. Sumbangan di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Internasional.

Sekian. Doakan semoga saya berjaya.

Dan semoga berjaya juga kepada kalian semua!!

Banyakkan berdoa dan berzikir. Allah sentiada ada untuk membantu kita🙂

Menunggu di ruang koridor

Menunggu giliran temuduga di Bahagian Tajaan KPM, Cyberjaya

Proposal penyelidikan untuk temuduga

Bersama proposal penyelidikan untuk dibawa masuk ke bilik temuduga

Terima Kasih buat kamu ^_^

Assalamualaikum…

terima kasih buat kamu

siapa pun kamu

kamu ceriakan hariku

walaupun kamu bukan peminat aku

tapi kamu tetap gembirakan aku

aku tahu banyak kelemahanku

aku mahu yang terbaik juga untukmu

tapi inilah yang terbaik dariku

terimalah aku

sepertimana aku terima kamu

Wahai kamu..

secebis ucapan ini khas untukmu

aku berterima kasih pada mu

kerna telah menceriakan hariku

walaupun kau hanya tersenyum padaku

tapi senyuman itu penawar dukaku

penerang kelam hatiku

membuatkan ku tahu

yang aku tidak sendiri di situ

kamu selalu menemaniku

walau bukan selalu

cukuplah sedetik itu

kerna itu yang terbaik darimu

untukku…

terima kasih sekali lagi buat kamu ^_^

#siapa-siapa pun boleh rasa kot…setiap hari berjumpa dengan kamu…dan kamu…dan kamu..dan kamu…owh..ramainya kamu *_* pening jap…hehe

#Mixed Up ^_^

assalamualaikum…

salam-salam to semua orang…owh hari ni sangat mixed up. post entri untuk blog hari ini pun ikut sama. mix Malay n English *_* huhu…pening tak???
tak kan???

ok..bagus…boleh start berceloteh…

tadi ada observation..kalau tak tahu apa tu?? tolong cari di google transalate..ahah…kalau tau baca blog, mesti tau tengok google translate. betul tak? kalau setuju,sep satu kali ^_^ (blaja sep dari puteri syakila)

selalu bila nak kena observe, aku akan buat preparation yang heavy…sampai tak tidur malam. so untuk hari ini, aku dah buat keputusan.like they said..” just go with the flow”… aku pun tak buat apa-apa preparation. semua aku biarkan steady sahaja. buku rekod pun tulis last minute. BBM pun last minute baru plan..semua last minute and spontaneous. aku taknak berlakon dalam kelas. last time being observed, aku cuba berlakon dan berlagak sempurna sampai tersasul masa bercakap di hadapan. masa tu aku rasa weird sangat. kenapa boleh terketar-ketar .. macam tak pernah bercakap kat depan. sedangkan aku dah biasa kan?

so this time,aku taknak lagi berlakon. aku cuba buat macam biasa dan tengok apa komen pemantau…adakah kebiasaan itu perlu diubah atau dah cukup bagus?? itu yang penting kan? learn from our mistakes… bukannya berlagak perfect.

so ada beberapa penambahbaikan (perkataan sopan yang Puan tersebut gunakan.. TQ so much Puan..aku perlu tabik dia sebab pandai guna perkataan yang tidak buat aku rasa demotivated..kalau dia tulis kelemahan,mungkin aku dah pengsan kat situ) yang perlu dilakukan…

TQ for the comments… aku akan cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. semua orang ada kelemahan kan? aku tak berapa expert tentang perasaan orang lain, tapi kalau perasaan aku sendiri…erm.. aku akan rasa sedih dan kecewa sangat kalau orang sebut kelemahan aku depan-depan. tak boleh terima kenyataan kot. lemah semangat rupanya aku ni… >_<

so, please jaga perasaan aku ye? hihi…

salah satu kelemahan/penambahbaikan yang disenaraikan ialah nada suara. Puan tulis kat situ kena lebih profesional sebagai seorang ______. so kena tukar sikit nada suara itu. mungkin nada suara aku macam budak2 kot..atau cara bercakap tu macam tengah bercakap dgn kawan2…pdhal kan tgh demonstrate kat __________. so be professional.

lepas ni kena lebih serius. ok kids?? ya, awak tak faham ye *dgn nada serius* saya akan cuba terangkan semula *dgn suara besar*

huhu…okla aku akan perbaiki diri. aku nak perbaiki diri dan aku mesti perbaiki diri…. untuk jadi lebih baik kita kena terima kelemahan kita dan tambah baik. aku taknak jadi orang biasa yang tak ada apa-apa. at least nak jadi orang biasa yang ada something awesome!!     ahah…apa itu awesome? cr google translate pliiiiiizzzzz~~

oh ya ada satu happy news…tak tahu happy news ke…tp happy la juga for me…so i want to share it with u readers ^_^

aku dapat email beritahu yang aku kena pergi written examination…mesti korang pelik exam apa lah aku kena pergi ni. bukan ke aku dah tua??exam apa lagi utk org mcm aku ni?? (Oii…aku belum tua lagi…matured je..still 20-an OK!!)

actually, tempoh hari aku apply for Japanese Scholarship …no need to explain further…korg Google jela nanti ye. long story cut short, aku dipanggil utk pergi exam bertulis for english and japanese (khas utk Scholarship tu). tak pasti dia nak test apa…test language skills kot. nanti aku review balik email contents tu and identify apa yang dia nak ye pastu aku tulis balik dalam ni.

aku kena study cepat sebab exam tu 20 May ni…adoii….takut sangat2…

Ya Allah,tolonglah bantu aku…permudahkanlah segala urusan bagiku. sekiranya ini yang terbaik untukku, permudahkanlah laluannya. sekiranya tidak, tunjukkanlah kebenarannya. namun gantikanlah dengan sesuatu yang dapat mengubat jiwaku..sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. amin.

ok. terima kasih korang sebab sudi baca. lain kali aku sambung lagi.

k.tata…~~ LuV u 2345678 ^_^

Sabar itu lebih baik

Salam

Lama juga saya tidak menjengah blog ini. Maaf, saya bukan penulis tegar. Lebih biasa bermain fikiran daripada bermain dengan tulisan.

Namun apabila fikiran berkecamuk, emosi kabut, segalanya serabut…di sinilah tempatnya untuk saya meluahkan segala.

Ya, di sini mungkin medium yang sesuai.

Sesuai seperti tajuk, saya sedang menahan sabar. Dalam hati tadi penuh dengan rasa marah..rasa geram..rasa kecewa. Namun kini saya cuba kembali ke dunia ketenangan. Mungkin ada sesuatu yang saya terlepas pandang. Mungkin Allah ingin menguji saya. Mungkin saya patut lebih kerap menemuiNya.

Seperti yang saya selalu kata pada diri sendiri..saya hanya Manusia Biasa. Ya, saya bukan Robot mahupun Android. Saya bukan SuperMak. Bukan juga CicakGirl. Saya tidak punya kuasa istimewa. Malah mungkin saya sendiri bukan insan yang istimewa. Hanya seorang manusia lemah sama seperti yang lainnya.

Kerna itu, saya cuba menahan sabar. Cuba berlagak tabah. Cuba mengawal emosi yang hendak membakar ini. Jika tidak dikawal, apinya bakal memusnahkan seluruh ketenangan dan keseimbangan saya.

Mungkin soalan ini belum saya jawab lagi..mengapa emosi saya bergelodak? Ya, mengapa amarah saya tiba-tiba ingin menyerang diri ini?

Kerna saya baru saja dimarah seseorang yang seolah-olah menyalahkan saya untuk segalanya. Oh, saya bukan insan istimewa kan. Kenapa saya yang bertanggungjawab ke atas segalanya?? Itu kan lebih kepada orang besar? Dan sebaliknya kalau saya orang besar, kenapa saya pula yang dimarah oleh orang kecil?

Saya tidak mengerti mengapa dalam dunia yang penuh dengan kemajuan teknologi ini, masih ada orang yang tiada Internet?? Kemudahan Internet pada hari ini lebih mudah diperoleh berbanding dua atau tiga tahun lepas. Harga untuk alatan dan langganan juga semakin murah. Malah ada juga pek prepaid sekiranya cuma ingin membayar penggunaan apabila memerlukan sahaja. Mengapa masih ada manusia yang tidak mahu berubah??????

Apabila dirinya tiada Internet, saya pula yang harus dimarah kerna meminta dia menyiapkan tugasan pada waktu yang singkat??? Saya hanya menjalankan tugas saya, bukan sengaja ingin mendesak dia. Adakah saya yang bersalah atas segalanya?? Kalau tak boleh memberi bantuan kepada orang lain, jangan harap satu hari nanti ada orang ingin membantu kita. Bantuan yang saya minta hanya sekecil hama.

Sedarlah..kita di dunia ini bukan sebatang kara. Semua orang di sisi kita sangat berharga. Hari ini masa dia, esok lusa mungkin hari kita. Takkan nak tunggu tiba hari kita baru nak buat muka bersalah?

Ya, sabar itu lebih baik..terutama apabila kita sedar dengan sabar sahaja kita mampu menghadapinya.

Previous Older Entries