jadual baru

jadual minggu hadapan sudah bertukar. dapat jadual baru yang efektif bermula minggu hadapan. jadual baru ni menyaksikan kepadatan waktu yang perlu aku lalui…macam cikgu betul pulak!! tapi seronok sikitla…sebab hari Isnin dan Jumaat dah takde kelas (hoorey!!). hari Rabu hanya satu kelas.cuma hari Selasa dan Khamis sangat la pack. yang seksa nanti masa lecturer datang observe la. sebab aku akan terkejar2 masa nak switch between classes.

tapi jadual baru aku ni ada pertindihan kelas. antara subjek ICTL untuk kelas 1B dan Sejarah untuk 1F. kata teman “korbankanlah kelas yang paling menyakitkan hati..” kata hatiku “…sudah ku tahu itu anna, memang pilihan pertamaku 1F..” tapi mindaku mula menyangkal “1F pun baik2 juga budak-budaknya…baik aku korbankan 1B. sebab kelas 1B pun nakal juga dan susah nak dikawal.lagipun aku lebih suka SEJARAH berbanding ICTL. susahnya. due-due kelas pun aku taknak korbankan sebenarnya! ”

 

kelas 1F tidak lah begitu menyakitkan hati. sekiranya ada peluang untuk aku korbankan 1E, memang dah lama aku merebutnya!!! tapi apakan daya, kelas 1E masih terselamat kali ini (cis!!!) tapi nasib baik waktu kelas diorang dah bertukar. so lepas ni aku kena mengajar diorang dalam antara 2 waktu terakhir. sekurang-kurangnya bagus sikitla berbanding jadual asal…2 waktu pertama di hari Selasa (membuatkan aku jadi tak bersemangat setiap kali nak ke sekolah pada hari Selasa..huhu).

berbalik kepada 1F, mereka mungkin nakal dan malas belajar / salin nota tetapi mereka masih ada sedikit rasa hormat pada guru. masih menganggap aku sebagai seorang guru yang harus dihormati, dan aku masih boleh bergurau-senda dengan mereka. malah sekiranya kau guna pendekatan lembut untuk suruh diorang salin nota, aku nampak ada juga kesannya. budak si Lau tu yang sebelum ni tak pernah salin nota pun dah mula menyalinnya (perubahan positif…yeay!!) pastu ditambah lagi sekarang ni bilangan mereka hanya 22 orang,membuatkan keadaan jadi lebih mudah sedikit untuk dikawal.

 

kalau lah kelas 1E, adoiii….bilangan diorang ada 34, dengan bilangan pelajar Cina yang menguasai 50% kelas tu membuatkan aku rasa tak terdaya nak mengawal diorang (asik speaking bahasa dia 24 hours, buatkan aku rasa macam berada dalam kelas BC). budak2 Melayu pula nakal2. asik berlari tak henti2, degil dan tak nak dengar cakap. sakit betul hati ni setiap kali kena masuk mengajar diorang! budak2 tu lansung takde rasa respek kat guru mereka. aku bukannya pernah berlaku kejam pun kat mereka sampai kena akur dengan layanan sebegitu. malahan aku ni dah pun guna pendekatan ‘mesra pelajar’ dengan melayan saja gaya dan kerenah mereka yang macam budak2 tu (sebab bagi aku, tak kisahla kalau pun ko ni nakal dan suka bermain, asalkan ko masih bole respek dan dengar arahan aku serta siapkan sume kerja/tugasan yang aku beri…tapi 1E ni memang hampeh!!roboh sudah kota kesabaran aku..)

 

Makin aku layan perangai diorang, makin galak mereka ber’aksi’..bila dah habis nilai kesabaran aku, memang terpaksa menjerit je lah untuk meluahkan rasa geram yang melampau ni! setiap kali hari Selasa atau sebenarnya untuk lebih jujur…..setiap hari yang ada ICTL, aku kena prepare mental n fizikal terutama dari segi anak tekak..sebab nak kena menjerit-jerit macam orang gila sepuas-puasnya (macam Tarzan pun iyer jugak…wawawawa)kena tunjuk sikit garang yang macam singa betina. kalau tidak, memang budak2 ni tak makan cakap. belasah sekor2 kang baru tau!!!

 

adoii…hari meng’kondem’ 1E…

ups, sorilah budak2 1E.. aku terpaksa mengumpat korang di medium ini…harap2 takde antara korang yang terjumpa nya…huhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: