Aktiviti Ko-Q (ep. 1)

bermula dari 26hb Ogos, hari-hariku mula dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang berfaedah. kalau sebelum ini masa terluang banyak dihabiskan dengan berehat di atas katil, bersantai di bilik yang nyaman serta menonton filem-filem dan drama bersiri terbaru di layar notebook ku….kini selama 3 hari berturut-turut aktiviti tersebut terpaksa diberhentikan buat sementara waktu.

kerna selama 3 hari itu lah, masa-masa terluang ku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti Ko-Q yang dianjurkan oleh rakan-rakan kelas bagi memenuhi keperluan pemarkahan subjek ‘Pengurusan Kokurikulum’ dibawah seliaan Dr Mohad Anizu.

hari pertama 26hb Ogos 2008 (10.30 pagi):

aktiviti Ko-Q dimulakan dengan acara Pertandingan Scrabble yang dianjurkan team Neurolite Inc. pada jam 10.30 pagi.

semua orang dibahagikan kedalam beberapa team….termasuklah aku. so lepas dah register, aku pun terselit la dlm grup no 4. dan partner aku ialah Hasni (konfem korang memang tak kenal kan??huhu) mula-mula masa stat permainan tu otak aku memang blank giler. agaknya dah lame sangat tak exercise otak ni dengan pelbagai words dalam English menyebabkan dia lambat sikit nak berfungsi pada hari tersebut….huhu. lucky 4 me, Hasni dapat memulakan permainan dengan pantas. mcm2 words yang die suggest daripada kiub-kiub huruf yang kami dapat. memandangkan aku pun tengah blank otak dan tak tau nak bagi words ape…aku pun ikut jela sume yang die cadangkan. janji kami tak kalah…tak kesahlah word panjang ke pendek ke. berkat usaha gigih kami (cewah..) berjaya juga melangkahkan kaki dan punggung ke peringkat SemiFinal (walaupun Arina jeles melihat kejayaan kami, tapi aku tak peduli…aku BANGGA sangat dpt masuk SEMI…hahahahha…..mesej ini ditujukan khas buat ARiNa yer!!)

di peringkat SEMI barulah otak aku dah mula menunjukkan fungsi sebenarnya (hehe…lembap jugak aku ni) macam2 words dapat aku pikirkan termasuklah strategi2 yang sesuai untuk memastikan words kami tu dpt collects marks yang tinggi (poyo jek ayat ni…hahahaha). sekali lagi, berkat kegigihan kami (cewah lagi..) hampir-hampir aku dan hasni berjaya ke peringkat FINAL, namun …kami hanya mampu berusaha, selebihnya adalah ketentuan dari Yang Esa. perbezaan hanya 1 markah dengan team yang berjaya melayakkan diri ke FINAL. takpelah…memang bukan rezekiku….

hari pertama 26 Ogos 2008 (2.30 petang)

hari yang sama…tapi di waktu petang pula, berlansungnya sau lagi aktiviti kukurikulum. kali ni anjuran team The Champ yang diketuai oleh Pokcik Din…huhu

Badminton memang favret aku….cume problemnya ialah selama ni aku tak pernah main ikut rules. selalunya main ikut sukehati jiwa dan raga aku je. tapi kali ni kena main ikut rules…agak terketar-ketar jugak lutut ni. lagipun dah lama sangat tak main badminton. last main mase Form 3 kot. secara unofficial la kat rumah…memang lansung tak ikut rules dan standard mcm yang sume pemain handalan badminton termasuk Datuk Lee Chong Wei guna tu. ikut rules sendiri je, asalkan dpt lepas net n opponent tak boleh balas maknenye dah kire point ler tu…huhu

tak payahla aku crite panjang sgt psl permainan badminton ptg tu…crite banyak pun tak gune sebab aku kalah…huhuhu…sian Gee dapat partner cam aku ni….dah le lemau pastu selalu terlepas nak tangkis bulu tangkis (erk…tangkis bulu tangkis???) agaknya dah kena wat contact lens  ni sebab bulu tangkis depan mata pun bley terlepas…tapi takperlah kite main pun untuk suke2. jadi takdelah nak rasa stress sangat kan….

yang paling penting tu, lepas jer balik dan berehat…esok paginya aku bangun dengan segala urat sendi dan otot aku bengkak dan sengal….adoiiiiii….cume Tuhan je yang tau camne susahnye aku nak berjalan, nak duduk…nak pakai kain, seluar dan baju pun sangat ler payah…rase cam nak kena angkat kaki tu gune due tangan….inilah bahananya kalau orang yang tak pernah bersenam selama beberapa tahun pergi bersukan untuk pertama kalinya…. huhuhuhu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: