Jalan2 Cari Makan di UTM

15 November yg lalu—> tamat sudah final exam utk DPLI 2008. walaupun aku sangat kecewa sebab tak dapat menjawab dengan baik, tapi sebab sume org pun dah buat lambaian kesedihan sambil menitiskan air mata sayu, aku pun terpakse la lupekan kekecewaan tu sekejap.

15 Nov tu juga merupakan hari terakhir berada di UTM. Hari terakhir bertemu dan bersama dengan rakan2 sperjuangan yang setia disisi sepanjang setahun perkenalan. Susah dan senang kami lalui, segala kepayahan assignment kami tempuhi, segala keseronokan menjelajah Johor Bahru kami harungi. yang penting, mereka adalah teman2 yang paling best sekali disebabkan mereka pun ada minat yang sama seperti aku iaitu MAKAN!!!!! dan kami memang suke berjalan2 sambil mencari tempat makan yang BEST untuk dicoba!!huhu..

selalunya kami jalan2 sambil cari makan di sekitar UTM, Taman U, dan juga JB. kalau dtg ke UTM tu dan nak merasa makan sedap, tanye jela kat aku ye. cuz aku memang bole provide satu list kedai2 makan yang memang boleh tahan sedapnya dan memang tak menyesal la makan kat situ. terutama kt Tungku Impian di Pulai Indah berdekatan dengan Giant Pulai.

Menu special ialah CharKuey Mayonis, menu ni memang special utk sesapa yg dtg situ setakat nak minum2 atau makan bnda2 ringan. cth mcm Aida, Jah n Madi aritu yg da kenyang tapi terpaksa temankan aku gak g makan kt Tungku Impian. tu psl le diorg try oder CharKuey Mayonis. tak sangka lak sedap hingga menjilat jari. siap tambah satu pinggan lagi…Selain tu menu favret aku di Tungku Impian ialah Kerabu Sotong. apa yang istimewa rentang Kerabu Sotong dia ialah sotong2 nye sentiasa nampak segar-bugar, bertambah2 selera nak menjamahnya.

yummy kerabu sotong

yummy sotong

Selain tu, makanan2 die yg lain termasuklah yang bergoreng dan makanan berkuah cth mi sup, mi hongkong, sup cendawan dan sebagainya pun sangat la sedap. Senang crite aku gredkan restoran ni A sebab sume makanan die sedap2 termasuklah air die jugak. minuman paling special ialah milo, neslo dan nescafe blended, rasanya lebih kurang mcm kt restoran mahal tapi dgn harga yang sangat berpatutan iaitu RM 3 sahaja.

Kalau nak makan menu Ikan Pari Bakar yang sedap dan murah, sila la mampir ke Restoran Waidah di Pulai Perdana. amboi, aku da bole jadi promoter restoran nih…huhuhu… Boleh dikatakan murah la jugak ditambah dengan kelazatannya…kirenye berbaloi la makan kat situ. Kadar harga tu aku kata murah sebab nak dibandingkan dengan makan ikan bakar di The ZOn, Stulang n Ikan 3 Rasa kat Danga Bay, harganye boleh dikatakan sekali ganda lagi mahal. Dah le pegi jauh ke Stulang n Danga Bay, makanan pulak sedap ala-ala kadar je tapi harga mahal sungguh. (sebenarnya aku tak kisah mahal kalau makanan die memang tahap superb!!sebab aku ni memang suke berbelanje utk makan…huhuhuhu) tapi kalau setakat nak merasa kan Pari Bakar, tak perlu pegi jauh…Restoran Waidah pun dah cukup. cume kalau nak merasa ikan siakap atau ikan selain Pari mungkin terpakse jugala ke tempat lain sebab restoran tu cume ada ikan pari je.

Satu lagi tempat yag selalu direkemen oleh member sekelas aku ialah Restoran Tembaga di Jalan Tembaga, Tmn Sri Putri. dekat dgn tempat tunggu bas kt Sri Putri tu. tomyam dia boleh tahan sedap, cume aku tak berapa rekemen nasi goreg atau mi/mihun goreng ke…bagi aku rasenye biase je. Mungkin kat situ sesuai utk makan nasi putih, tomyam dan lauk2 je. lagi satu yang sedap kt Tembaga ialah Ikan Masak STim LImau….Bukan sahaja masam malah juga pedas. bagi aku sangat2 menyelerakan sebab rasanye seimbang antara masam dan pedas. sesuai bagi penggemar makanan yang masam2 pedas gitu…

Utk makan tengahari, tempat yg kakak aku rekemen sejak dari awal lagi aku masuk ke UTM, ialah di Tmn U. Restoran Pak Ali namanya…. Restoran Pak Ali ni sentiasa penuh waktu tengahari sebab lauk2 yang ditawarkan adalah pelbagai, sedap serta murah. Tak dapatlah aku nak gambarkan tahap murahnye tu sebab aku jarang makan tengahari di situ…hehe…tapi yang nyata, tanyelah sesapa yang pernah atau sedang blaja atau bekerja di UTM tu, sume mesti kenal Restoran Pak ALi. Daripada zaman kakak aku blaja lagi, die memang slalu ke situ sebab harga makanan nya yang murah dan berpadanan lah dengan bajet terhad pelajar2 yang tak bole nak makan mahal2 sangat. kang belum sampai ujung bulan, dah nak kena diet..(sbb duit dah abis…huhuhu)

Ada lagi tempat2 mkn lain yg aku boleh senaraikan tapi buat mase skrg cukuplah dengan senarai yang ada tu, lagi pun tempat2 yang aku senaraikan tu memang sesuai sangatlah utk panduan pelajar2 UTM sebab tempat2nye pun dekat juga dengan UTM. tak perlulah nak keluar sampai ke JB utk mkn sedap2….

kalau de sesapa yg rase cm nak tambah senarai pendek kt atas tu, sila2 lah add komen ye…TQ. n Selamat Mencuba!!!

5 Komen (+add yours?)

  1. fadli
    Sep 08, 2009 @ 10:02:34

    *pembetulan..tungku impian tu kat taman pulai utama bukan pulai indah..n nak promote kedai member aku…kat ds corner taman sri pulai..ada bubur nasi special..boleh try..tokey dia anak Dr norila..Klinik Norila.

    Lagi tempat mkn best kat zorro, cawangan tmn pelangi,..air buah sedap eg blended nangka with kelapa laut..kedai tu kalau nak cari..ermm..kena lalu stulang then proceed trafficlight nak ke tmn pasir pelangi..then belok kanan..n jumpa simpang belok kiri..so melalui kawasan perumahan jenis teres 2 tingkat..then cari la sampai jumpa..restoren tu in between kawasan rumah..mmg xsangka leh ada restoren plak kat situ..aman damai..boleh duduk bersila..

    Balas

  2. Jon
    Dec 24, 2009 @ 18:15:11

    Tungku Impian Pulai Flora tu tauke dia Cina, order ayam tak sembelih dari supplier Cina. Bela hantu raya lagi, ape la korang

    Balas

  3. admin
    Dec 24, 2009 @ 18:27:45

    thank u fadli untuk pembetulan tu. almaklumla bukan org JB jadi kadang2 konfius dengan nama taman ni.

    – ada org yg mula memberi komen negatif tentang restoran tungku impian. adakah ianya benar?sekiranya anda ada sebarang komen, sila catatkan di sini.

    Balas

  4. Anna
    Dec 28, 2009 @ 13:31:29

    saya pun dapat komen camtu.
    nama je lain.
    bila saya search ‘tungku impian’ di google.
    hampir semua entry tentang tungku impian di komen sebegitu.
    sejauh mana kebenarannya saya tidak pasti.
    tapi yang memusykilkan, kenapa orang yang sebarkan berita ni tak ada sebarang link untuk dirujuk.
    perkara yang tentu betul ni kalau disebarkan, silap2 kita yang bisa dapat dosa menyebar fitnah.

    wallahualam.

    Balas

  5. mirid284
    Dec 29, 2009 @ 13:24:10

    salam ..

    tq anna utk komen anda. saya pun ada terfikir juga tentang rasionaliti dan akauntabiliti dakwaan2 negatif sebegitu yang tidak berlandaskan sumber mahupun sebarang bukti yang kukuh serta sahih. sekiranya ada bukti, bolehlah papar atau kongsi2 kan di sini.

    sekiranya ada syak wasangka, siasat dulu dengan teliti sebelum membuat tuduhan melulu. utk menghilangkan rasa was was kita pada makanan tersebut, eloklah kita sebagai pelanggan sendiri cuba dapatkan kepastian supaya rasa syak itu hilang dan kita pun lebih yakin dengan apa yang kita makan….kerna makanan tersebut pun nanti akan menjadi sebahagian dari darah daging kite…..pastikan ianya sesuatu yang halal dan diberkati..

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: