Imported Calendars at Borders

Semalam keluar sekejap…niat asal nak menonton wayang. tapi The Curious Case of Benjamin Button belum keluar lagi..so..tak tau nak tengok cerita apa lagi. Jadi bila dah takde plan best dan kebetulan pula dah berada berdekatan Pavilion, kaki pun laju jela menuju ke kedai buku a.k.a public library terbesar di Times Square (hehe..)apa lagi kalau bukan kedai buku Borders. lagipun sebelum keluar tadi pun Nadia memang dah pesan suruh singgah Borders untuk cari buku rujukan dia. so singgah jela….

Buku Nadia tu tajuk die: Dictionary of Anatomy and Therapy (kot?)

tak ingat sangat tajuk dia padahal baru je beli semalam. mahal sungguh buku tu. mentang2 imported books. tebalnya tak seberapa. kecil pula tu macam kertas A4 yang dilipat empat. harganya RM95.90…MAHAL GILER KAN????

oleh kerana Nadia kata nak guna sangat, aku pun dengan baik hati belikan jugalah..walhal poket aku pun dah kering sebenarnya. tapi rela ku seluk juga demi untuk kepentingan pendidikan Nadia…(wahaha…gelinya dengar..) mesti korang tertanya2 sape Nadia kan?? Nadia adik aku lah.sape lagi…takkan kucing peliharaan aku pulak..huhu!

Memang sakit jiwa gak masa nak membayar tapi agak terubat juga la sedikit bila cashier tu cakap Borders tengah buat promotion bagi purchases above RM50, bole beli imported calendars dengan harga cuma RM5. Nasib baik ada juga hikmahnya aku membeli buku MAHAL tuh!!

Banyak pilihan calendars yang disediakan. Rambang mata nak memilih..apa taknya calendar Desperate Housewives yang Season 4 pun ada, calendar Grey’s Anatomy, SpongeBob, Garfield, Hannah Montana, Simpsons, Flinstones, Dancing with the Stars dan bermacam-macam lagi termasuklah calendar yang menyerupai koleksi piring hitam Elvis Presley. Harga asal die dalam RM50-60. bayangkanlah dalam promotion boleh beli calendars tu dengan harga RM5 je, mestilah aku excited giler.

Collections of Imported Calendars at Borders

Collections of Imported Calendars at Borders

Aku beli dalam 5 calendars. Satu untuk aku sendiri dan lagi 4 tu untuk Yana, Nadia, Meyra dan Huda (my luvly sisters)..hopefully they’ll love it juz as much as I do!!

Calendars for My Sisters

Calendars for My Sisters

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: