Worth Your Money!

confessions_of_a_shopaholic_movie_posterWaiting for dis movie to hit Malaysia’s cinema screen!

 

Just recently, i went to Sogo to catch up with my monthly routine (…which is SHOP SHOP SHOP till U DROP!!). there’s a big sale over there (better go now cuz next month there’ll be no sale, so evrything will be in their normal price back..don’t be sorry later!)

Barang yang dibeli?

Mengikut perancangan awal, barang yang perlu dibeli ialah kasut dan handbag….dan luckily, aku tidak tersasar lansung dari sasaran awal. BAGUSNYA!!!

Tetapi yang tak berapa best di dengar tu, walaupun aku hanya membeli 2 items pada masa tersebit, tapi wang yang habis dibelanjakan mencecah RM396. WOW!!! Banyak juga tu…boleh sewa hotel 2 malam bercuti di PD.

Barang yang aku beli serta harganya:

Handbag Giamax  (Black) Pure Leather = before less RM 400 after less = RM 327

Sandal Sachs (Comfort Sandal) = RM69

Total = RM396

Rasanya bagi sesetengah orang, mungkin menganggap ianya suatu perbelanjaan yang tidak berbaloi kerana dengan amaun tersebut sepatutnya seseorang bleh mendapat lebih dari 2 item.

Berbicara tentang soal berbaloi atau tidak, siapakah yang sebenarnya berhak menentukan samaada berbaloi atau tidak sesuatu perbelanjaan atau pembelian yang kita lakukan?

Adakah diri kita sendiri? atau ibu bapa kita? atau teman-teman rapat? atau mungkinkah juga orang-orang dan masyarakat di sekeliling?

Sebenarnya ia terpulang pada diri kita sendiri. Apabila kita ingin membeli sesuatu, sudah seharusnya kita mengambil sedikit masa untuk berfikir dahulu dan menentukan kepentingan barang yang ingin dibeli serta berbaloi atau tidak barang yang diperolehi denga harga yang ditawarkan.

Kadangkala kita memerlukan pendapat kedua atau 2nd opinion di dalam menentukan kewajaran pembelian sesuatu barangan. Biasanya ia berlaku apabila kita merasakan perlunya pandangan atau komen daripada mereka yang lebih berpengalaman atau lebih arif dengan barang yang ingin kita beli itu. Atau kita merasakan perlunya pandangan daripada seseorang yang boleh mewakili tanggapan orang ramai terhadap imej yang kita bawa melalui barangan yang dibeli. Apabila kita merasakan bahawa kita masih belum arif untuk membeli barang tersebut sendirian, amatlah wajar dan bersesuaian untuk meminta pandangan orang lain terutama pandangan daripada teman-teman yang rapat dengan kita atau orang-orang yang lebih mahir berkaitan hal tersebut. Ianya dapat membantu seseorang mengelakkan pembaziran wang dengan membeli barangan yang digemari tetapi akhirnya tidak digunakan.

Akan tetapi, sekiranya kita merasakan pandangan dan pemikiran kita sendiri sudah mencukupi di dalam menentukan  kewajaran sesuatu pembelian tersebut, dan kita dapat memberikan alasan-alasan yang kukuh kenapa kita nak sangat beli benda tu walaupun orang lain sibuk nak membantah dan ada juga yang siap nak perli2 lagi…rasanya tak perlu nak memandang ke sisi atau mencari-cari pandangan kedua…Kerana yang pasti, kita sendiri sudah arif dan yakin dengan apa yang kita nak beli. Kita sendiri ada alasan yang kukuh untuk membeli. Lagipun yang akan guna nanti pun kita juga, bukannya orang lain. Jadi apa salahnya kita yang membuat keputusan sendiri. Bayar pun pakai duit sendiri, takde nak nyusahkan sape-sape. jadi sendiri pikir, sendiri beli dan sendiri tanggung la nanti.huhu…

Yang penting, kita ada kuasa memilih dan kuasa membeli, Tentukanlah sendiri apa yang wajar dibeli dan apa yang tidak. Yang penting, barang yang nak dibeli tidak melampaui daripada keupayaan kita untuk membayar dan paling utama, it is “Worth Your Money!!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: