Cuti Sekolah Datang Lagi!

Salam!!♥

Rasa macam agak terlambat untuk menulis tentang pengalamanku sepanjang cuti sekolah akhir penggal 2009 yang sudah pun bermula sejak penghujung bulan November yang lalu.

Tapi lebih baik menulis daripada lansung tidak menulis , betul tak? Sepanjang cuti akhir penggal ini, seperti biasa aku mengambil sedikit peluang dan ruang untuk berehat dan menenangkan minda daripada berfikir tentang tanggungjawab kerja.

Aku cuba melupakan seketika tentang segala tekanan kerja yang pernah dihadapi sebelum ini. Lupakan tentang tekanan yang pernah membuat aku serabut dan kelam-kabut. Lupakan untuk seketika saja. Bila sesi persekolahan 2010 bermula awal Januari nanti, segala macam perkara yang cuba aku lupakan itu akan datang semula dalam fikiran.

Pada permulaan cuti, aku habiskan beberapa hari bercuti di Terengganu dan Kelantan. Dah lama tidak berkunjung ke negeri Pantai Timur ini, jadi peluang yang ada tidak disiakan. Kebetulan ayah berkursus di sana, jadi kami pun turut serta untuk bercuti di sana. Cuaca pada ketika itu hujan sepanjang waktu. Hanya kadang-kadang hujan berhenti, kemudian ia datang semula dan terus turun dengan lebatnya. Cuaca ini menyukarkan kami untuk berjalan-jalan menikmati pemandangan dan bergambar di tempat-tempat menarik di Terengganu contohnya seperti di Masjid Kristal. Kesudahannya, kami lansung tiada gambar di Masjid Kristal kerana lansung tidak boleh turun untuk bergambar. Malah hujan juga terlalu lebat sehingga kami tidak berani untuk meredahnya, takut basah-kuyup dan terkena demam selesema pula.

Aktiviti seterusnya bermula di kawasan hangat membeli-belah iaitu Pasar Payang. Aku sempat membeli sepasang kain sutera batik dengan harga yang agak berpatutan dan murah berbanding di KL serta beberapa helai tudung yang dipesan oleh rakan kerja. Harga tudung di KT tidak banyak beza dengan harga tudung di Jalan TAR, K.Lumpur. Mungkin juga kerana aku membeli di kawasan yang tidak sesuai. Terdapat sebuah lagi kedai tudung yang dikatakan menjual tudung dengan harga yang sangat murah, lupa pula namanya. Kedai itu agak popular juga di Terengganu  dan Kelantan kerana iklannya boleh dilihat dengan jelas berdekatan bulatan menuju ke Kelantan. Tapi aku tak sempat nak singgah kerana mengejar masa untuk sampai ke Negeri Kelantan Darul Naim pula.

Cerita percutian di Kelantan akan disambung dalam post yang seterusnya…Tunggu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: