Cuti Sekolah Datang Lagi! 2nd Ed.

Seperti yang telah aku janjikan sebelum ini, aku nak bercerita tentang percutian ke negeri Kelantan pula.

Biasalah sebagai orang perempuan kan, kalau bercuti ke Kelantan tu memang tak ada aktiviti lain yang lebih seronok dilakukan selain membeli-belah atau shopping sakan.

Antara tempat shopping yang sempat aku pergi termasuklah Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah (cuma lalu dari luar je). Wakaf Che Yeh merupakan pasar yang dibuka pada waktu malam dan menjual pelbagai barangan termasuklah tudung, makanan, baju dan hasil2 kraftangan kreatif seperti beg yang diperbuat daripada tali plastik. Tali plastik ini biasa digunakan oleh pengilang buku untuk mengikat buku-buku yang sudah dicetak dan hendak dihantar ke kedai-kedai buku dalam kuantiti yang banyak. Apabila digunakan untuk dijadikan beg, ianya menjadi sangat menarik kerana dihiasi dengan pelbagai warna dan corak.

Aku sudah membeli beg tersebut di Terengganu, jadi aku cuma tengok-tengok saja lah beg yang ada itu. Tapi kalau nak murah, better beli di Wakaf Che Yeh, harganya jauh lebih murah dari di Terengganu. Walaupun kat Terengganu tu aku cume membeli dari penjual jalanan, tapi ternyata harganya lebih mahal sedikit dari di Wakaf Che Yeh. Beg ini boleh digunakan sebagai bakul makanan, dan beg untuk mengisi alatan solek. Juga terdapat dalam bentuk bakul besar yang boleh digunakan untuk mengisi mainan dan baju.

Selain itu, tudung-tudung yang ada dijual juga boleh didapati dengan harga yang sangat murah, tapi pastikan anda survey terlebih dahulu dan kukuhkan skill menawar tu. Jangan kalah pada penjual, kalau tidak anda yang rugi kerana harga tdung sepatutnya boleh dikurangkan sehingga hampir 50% dari harga pasaran biasa.

Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di Jeli kerana kami balik melalui jalan Grik. Di Jeli, antara yang seronok dibeli ialah bantal-bantal bercorak Upin Ipin. Terlalu comel gambar mereka sampai kami membeli beberapa biji bantal. Ditambah lagi dengan harganya yang jauh lebih murah daripada di KL. Jadi beli sakan lah kami.

Kami hanya sempat berada di Jeli selama setengah jam sahaja kerna mengejarkan masa untuk sampai di Grik sebelum malam , dek kerna khabar yang gajah selalu melintas di jalan tersebut jadi demi mengelakkan terserempak dengan gajah,  kami kena lah melintasi jalan tu sebelum senja menjelang.

Secara keseluruhannya, seronok juga bercuti ke Terengganu dan Kelantan walaupun cuaca hujan sepanjang masa dan kebanyakan kawasan di Kelantan sudah dilanda banjir. Namun satu pesanan  yang paling utama, kalau nak bershopping tu jangan lupa hafalkan loghat orang sana, nak senang angkut je kawan2 yang memang orang Kelantan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: