Dunia Baru

hye2 n salam…

wow..lama sangat tak selak blog nih…rasa macam dah berhabuk. ada dekat 2 inci tebal habuknye..hehe…kalo x pakai mask,konfem bley kena asma.

tetibe hari ni baru terlintas di ingatan nak jenguk blog2 yang dah lama ku biarkan sepi…kesian sangat ar kat diorang ni.padahal diorang ni dah macam sahabat karib aku bile kebosanan dulu..ok la sahabat karib, aku janji lepas ni akan selalu melawat ko…okay?? Diam tanda setuju!Okay la tu…..huhu

hari ini..rasa macam nak bercakap pasal satu dunia baru yang aku kenali beberapa bulan yang lalu..

aku tak pasti aku dah buat keputusan yang betul atau tidak.

adakah aku buat keputusan tu sebab…aku nak ubah kehidupan aku?? apa yang aku nak ubah…semuanya dah cukup sempurna..segala2nya cukup bagi aku.

atau sebab aku nak hidup aku jadi lebih baik? sekarang ni pun kehidupan aku dah baik2 saja…ada family yang close, ada rakan2 yang giler2…rakan2 kerja yang supportive…ada tempat tinggal…kereta…paling penting ada kerja!

atau sebab aku nak capai impian besar aku?? mungkin tu salah satu faktor kenapa aku ambil keputusan untuk melangkah ke dunia baru itu. impian besar aku ialah untuk membalas segala jasa dan bakti kedua ibu bapa ku yang tersayang. hidup aku dah cukup sempurna. aku mampu beri mereka belanja setiap bulan. tapi adakah itu cukup untuk mereka?

memang di hati mereka mengatakan cukup. tetapi di hati kita?? aku rasa terkilan sekiranya tak mampu memberikan mereka hadiah paling besar yang seharusnya mereka perolehi setimpal dengan segala pengorbanan mereka pada ku selama ini…aku ingin hadiahkan mereka tempat tinggal yang selesa dan dekat dengan anak2. nak hadiahkan mereka kesenangan hidup di kala usia senja. nak hadiahkan mereka percutian ke tanah suci. nak hadiahkan mereka kegembiraan yang tiada hentinya. nak hadiahkan mereka ketenangan hidup dan kelegaan hati. macam2 nak bagi pada mereka tapi macam mana caranya??

sebab tu aku pilih dunia baru ini….nak tahu dunia apakah itu??? tunggguuu….

jadi kesimpulannya, adakah keputusan yang aku ambil ni betul atau tidak? aku yakin ianya memang betul! sebab kalau aku tak buat macam ni, macam mana lagi caranya nak berbakti kepada kedua ibu bapa aku. demi mereka lah aku buat semua ini…harap2 Allah akan permudahkan jalan dunia baru ini untuk aku! amin..

aku akan mulakan langkah pertama pada hujung minggu ini. langkah pertama dah lama bermula sebenarnya..tapi nampak macam masih belum stabil. jadi cara nak stabilkan ialah dengan mengukuhkan ilmu di dada…jadi aku anggap jela macam langkah pertama juga sebab sebelum ni belum pernah lagi pergi menuntut ilmu, tau2 je dah pergi terkam dunia luar,belum ada xperience dan knowledge,dah terus nak xperiment. patut pun tak berapa menjadi..

so aku akan anggap aktiviti hujung minggu ini sebagai first step aku melangkah ke dunia baru yang lebih gemilang..semoga xperimen selepas ini akan lebih menjadi dengan penuhnya ilmu di dada.wish me luck evryone!!

jumpe lagi in my next post!! aku akan update lagi lepas aku dah pergi kutip ilmu2 berharga tu…dah tentu aku akan share dengan semua. dont worry k! dan kalau ada yang teringin sangat nak tahu pasal dunia baru aku tu…rajin2 lah tinggalkan komen kt bawah…huhu..

ok evryone…bye2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: