Transformasi

Salam~~

Lama juga tak update blog ni. mungkin sebab agak busy dengan kerja dan mungkin juga sebab tak ada topik best nak di karang.

Kadang-kadang baca blog orang lain,seronok juga sebab macam-macam topik jadi bahan karangan mereka. kadang-kadang yang berkaitan dengan kehidupan seharian pun boleh diselitkan. yang penting diceritakan dengan sepenuh hati. barulah memberi kesan sikit kat hati pembaca. aku harap post aku hari ni pun akan memberi kesan juga kat korang as readers.hopefully lar…

transformasi??

memang betul…itu lah topik yang aku pilih kat atas ni. bila baca je tajuk transformasi apa yang korang bayangkan??

transformasi AF? transformasi Syahir? transformers??? ke transformasi macam dalam cerita extreme makeover tu..dari penampilan biasa menjadi luar biasa??

owh…semua itu hanyalah bayangan korang sahaja. hakikatnya cerita aku ni takde kaitan lansung dengan semua di atas. apa pun, terima kasih sebab sudi membayangkannya…huhu…banyak tenaga yang digunakan masa nak membayang tu…

sebenarnya transformasi ni sama maksud dia macam perubahan.tapi bila guna perkataan canggih, nampak lah macam pandai dan cool sikit kan??!!

sejak 2-3 jam ni, aku mula rasa macam nak buat transformasi. tiba-tiba saja datang suatu perasaan dalam diri (bukan perasaan nak tido…) no…bukan perasaan cinta ye. tapi perasaan ingin berubah ke arah yang lebih baik. tiba-tiba datang keinsafan dalam diri ini. betapa dengkelnya kolam pengetahuan aku…betapa ceteknya ilmu akhirat aku…betapa lama sudah aku tinggalkan zaman ke’alim’an aku…aku ingin berubah! aku ingin mendekatkan diri dengan Sang Pencipta…dengan Dia yang saban hari mendengar permohonanku…yang saban hari menurunkan rahmat dan rezeki kepadaku…yang sentiasa memerhatikan gerak langkahku…yang Mengetahui segala yang terselit di dasar hatiku…Dia Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, termasuklah gerak hati dan naluriku ini dan gerakan tanganku yang menaip ini. mungkin Dia sudah mengirimkan cahaya hidayahNya kepadaku….alhamdulillah!

sempena ketibaan Ramadan yang mulia ini, aku ingin benar untuk memperuntukkan lebih waktu bagi mengkaji semula ilmu-ilmu agama…membaca kitab-kitab motivasi dan dakwah….mendalami isi-isi kalam suci Allah…mempraktikkan segala amalan yang berfaedah dan bermanfaat…mengubah diriku luar dan dalam. bukan untuk bermegah-megah pada sesiapa. tetapi hanya mahu menjadi muslimah yang sentiasa dekat denganNya..yang tidak mengharapkan dari selainNya. yang satu hari nanti semoga dapat mencium bau FirdausNya…

bila kita berharap pada manusia, kita sering merasa kecewa…manusia tidak sempurna. adakalanya kita tidak puas hati dengan mereka..mereka kadang-kadang lupa…kadang-kadang tidak memberikan apa yang kita mahukan…termasuklah dalam hubungan cinta sekalipun. kadang-kadang hati disakiti,dilukai dan didustai…

tapi dengan Allah…Dia Maha Agung. Maha Mulia.Maha Terpuji….Dia tidak akan pernah mengeciwakan hamba-hambaNya…apatah lagi hamba-hambaNya yang sentiasa berada di sisiNya…yang sentiasa bermohon kepadaNya…Dia Maha Pemberi Kurnia…pintalah apa sahaja dariNya..insyaAllah tidak akan rasa keciwa…ataupun hampa. Jika tidak dikirimkan kemahuan kita,pasti diberikan yang lebih baik dari itu…Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Hati tidak akan terluka.hati tidak akan sakit…apatah lagi merasa tertipu. malah hati akan merasa lebih tenang dan gembira bila sentiasa dekat dan mengingatiNya.

Ya Allah…semoga hajat ku ini untuk mengubah diriku akan diberkati, dirahmati dan dikabulkan olehmu Ya Allah. dan semoga dipermudahkan segala laluan menuju ke arahnya. andai ada dugaan datang melanda,tabahkanlah hatiku Ya Allah. kerna sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala yang akan berlaku di masa hadapan dan sesungguhnya  aku ini  hanyalah hambaMu yang lemah…sentiasa berharap pada bantuanMu Ya Allah! bantulah hambaMu ini ke arah mendapat keredhaan mu Ya Allah! amin ya robbal alamin….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: