Sabar itu lebih baik

Salam

Lama juga saya tidak menjengah blog ini. Maaf, saya bukan penulis tegar. Lebih biasa bermain fikiran daripada bermain dengan tulisan.

Namun apabila fikiran berkecamuk, emosi kabut, segalanya serabut…di sinilah tempatnya untuk saya meluahkan segala.

Ya, di sini mungkin medium yang sesuai.

Sesuai seperti tajuk, saya sedang menahan sabar. Dalam hati tadi penuh dengan rasa marah..rasa geram..rasa kecewa. Namun kini saya cuba kembali ke dunia ketenangan. Mungkin ada sesuatu yang saya terlepas pandang. Mungkin Allah ingin menguji saya. Mungkin saya patut lebih kerap menemuiNya.

Seperti yang saya selalu kata pada diri sendiri..saya hanya Manusia Biasa. Ya, saya bukan Robot mahupun Android. Saya bukan SuperMak. Bukan juga CicakGirl. Saya tidak punya kuasa istimewa. Malah mungkin saya sendiri bukan insan yang istimewa. Hanya seorang manusia lemah sama seperti yang lainnya.

Kerna itu, saya cuba menahan sabar. Cuba berlagak tabah. Cuba mengawal emosi yang hendak membakar ini. Jika tidak dikawal, apinya bakal memusnahkan seluruh ketenangan dan keseimbangan saya.

Mungkin soalan ini belum saya jawab lagi..mengapa emosi saya bergelodak? Ya, mengapa amarah saya tiba-tiba ingin menyerang diri ini?

Kerna saya baru saja dimarah seseorang yang seolah-olah menyalahkan saya untuk segalanya. Oh, saya bukan insan istimewa kan. Kenapa saya yang bertanggungjawab ke atas segalanya?? Itu kan lebih kepada orang besar? Dan sebaliknya kalau saya orang besar, kenapa saya pula yang dimarah oleh orang kecil?

Saya tidak mengerti mengapa dalam dunia yang penuh dengan kemajuan teknologi ini, masih ada orang yang tiada Internet?? Kemudahan Internet pada hari ini lebih mudah diperoleh berbanding dua atau tiga tahun lepas. Harga untuk alatan dan langganan juga semakin murah. Malah ada juga pek prepaid sekiranya cuma ingin membayar penggunaan apabila memerlukan sahaja. Mengapa masih ada manusia yang tidak mahu berubah??????

Apabila dirinya tiada Internet, saya pula yang harus dimarah kerna meminta dia menyiapkan tugasan pada waktu yang singkat??? Saya hanya menjalankan tugas saya, bukan sengaja ingin mendesak dia. Adakah saya yang bersalah atas segalanya?? Kalau tak boleh memberi bantuan kepada orang lain, jangan harap satu hari nanti ada orang ingin membantu kita. Bantuan yang saya minta hanya sekecil hama.

Sedarlah..kita di dunia ini bukan sebatang kara. Semua orang di sisi kita sangat berharga. Hari ini masa dia, esok lusa mungkin hari kita. Takkan nak tunggu tiba hari kita baru nak buat muka bersalah?

Ya, sabar itu lebih baik..terutama apabila kita sedar dengan sabar sahaja kita mampu menghadapinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: