Pengalaman Temuduga Program HLP (Sarjana) 2015 –Soalan Umum dan Soalan Khusus — bidang Teknologi Maklumat/Multimedia/IT

Assalamualaikum..

Hai dan salam sejahtera..

Tanpa berceloteh panjang, intipati blog hari ini nak menceritakan serba sedikit pengalaman saya menghadiri temuduga bagi program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi peringkat Sarjana tahun 2015 terutama soalan-soalan yang ditanya dan keadaan di dalam bilik temuduga.

Keputusan temuduga telah dikeluarkan pada 26 Ogos 2014 dan tarikh temuduga yang saya peroleh ialah pada 26 September 2014.

semakan HLP 2015

Skrin Semakan Panggilan Temuduga HLP 2015

Semasa hari temuduga, saya hadir awal. Jam 7.30 sudah berada di perkarangan Bangunan Tajaan Pendidikan KPM, Cyberjaya. Hadir dan berada awal di lokasi temuduga sangat penting kerana ia boleh mengurangkan perasaan gementar dan pada masa yang sama memberi masa tambahan untuk mengulangkaji bahan bacaan dan kertas cadangan kajian.

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 8, dan pada masa yang sama saya lihat sudah ramai yang memasuki bangunan tersebut, saya pun turut mengikuti jejak langkah mereka dan melangkah masuk ke bangunan KPM. Giliran temuduga rupanya mengikut siapa yang datang dahulu mendaftar. Kebetulan saya merupakan orang kedua yang mendaftar bagi program dan bilik tersebut.

No. bilik boleh dilihat melalui surat panggilan temuduga pada bahagian alamat. Saya diberikan Bilik No. 1 yang tertulis pada alamat tempat temuduga dalam surat. Ada lebih kurang 8 program yang berbeza dipanggil temuduga pada hari tersebut. Oleh yang demikian juga, terdapat 8 bilik temuduga yang disediakan.

Pukul 8.30 pagi tepat, calon pertama dipanggil masuk. Masa itu, debaran makin terasa. Calon-calon lain menunggu di bilik menunggu yang disediakan di mana kita akan bertemu ramai calon lain dan berkenal-kenalan sesama sendiri sementara menunggu giliran.

Selepas calon pertama masuk, calon kedua akan dipanggil menunggu di luar bilik temuduga. Nasib baik saya dapat giliran kedua. Sempat lagi buat persediaan tambahan semasa menunggu di luar bilik temuduga.Masa berada di luar bilik temuduga seorang diri itu, barulah saya berpeluang membaca sedikit nota dan membuat sedikit ulangkaji terhadap beberapa perkara penting seperti PPPM, anjakan PPPM, teori dan strategi pembelajaran.

Terus kepada pengalaman dan soalan temuduga.

Saya huraikan secara isi ringkas.

1. Mula-mula panel minta kita ceritakan dan perkenalkan diri. saya perkenalkan diri dengan memberi fokus kepada kelayakan akademik dan ikhtisas saya, pengalaman berkhidmat dan tugas-tugas / sumbangan saya di sekolah. (Mungkin rakan-rakan lain ada idea lain bagaimana untuk perkenalkan diri, terpulang kepada anda. Pada waktu itu, hanya hal sedemikian yang terlintas di fikiran saya. Sebab saya memang keliru sedikit bila diminta ceritakan serba sedikit perihal diri ni)

2. Kenapa saya mencadangkan kajian sedemikian. Terangkan tentang kajian saya. Mengapa memilih untuk membuat kajian ini?

3. Kemudian panel kedua bertanya tentang sumbangan saya di sekolah.

3. Perisian yang saya pernah guna dan mahir gunakan. Perbandingan perisian. Pada saat ini, kami berdebat tentang perisian. saya perlu membela diri sekiranya saya tidak tahu menggunakan perisian tertentu. Contohnya Flash. Memang saya akui saya bukan pakar dalam flash. Oleh yang demikian, perlu tahu cara defend sekiranya panel mendesak kenapa tidak tahu? bukankah Flash perisian terbaik untuk multimedia? bagaimana nak buat multimedia dengan baik sekiranya tidak pandai guna Flash? kita taknak mereka yang baru nak belajar tetapi orang yang dah mahir, jadi macam mana?

Malah saya perlu defend diri juga bila saya katakan perisian Adobe Illustrator lebih baik dari In Design kerana calon pertama mengatakan in Design lebih bagus dari AI. Jadi saya perlu defend point saya dan sampai satu saat, saya merasakan seolah-olah panel mahu saya membuktikan yang saya benar-benar menggunakan perisian yang saya sebutkan itu. Bukan hanya setakat sebut! jadi bersedialaH!

Bersedialah untuk perdebatan ini! JIka anda menyebut nama perisian tersebut, pastikan anda memang tahu dan pernah guna. Bukan hanya memetik nama sahaja. Kerana panel ternyata berpengalaman dalam perisian dan juga bidang tersebut.

4. Bertanya sekiranya ada hasil produksi video, modul atau persembahan multimedia, boleh tak tunjukkan.

Di sini memang saya akui yang saya tidak tahu tetapi ada terfikir untuk membawa tablet atau laptop untuk menunjukkan bahan produksi saya dan murid. Tetapi tidak terbawa kerana beberapa kekangan. Jadi silap di sini. SILA BAWA SEKIRANYA ANDA ADA MODUL, VIDEO, BAHAN MULTIMEDIA… SEBAGAI BAHAN SOKONGAN ANDA!

Tips dari panel: Bawa apa-apa bahan bukti bagi menunjukkan hasil kerja kita. Kalau perlu bawa laptop, bawa. Tunjukkan apa yang kita ada. Calon yang dipanggil temuduga semuanya merupakan yang terbaik, tetapi mereka mahu memilih yang TERBAik dari terbaik, maka tunjukkan segala apa yang kita ada bagi memberikan merit kepada diri kita di dalam bilik temuduga itu.

5. Panel juga bertanyakan sumbangan saya di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan akhir sekali Internasional. Dari segi peringkat yang lain, dapat saya nyatakan sumbangan .

Tetapi peringkat internasional itu yang paling dicari oleh panel. dan saya tiada kelebihan di situ.

6. Panel sangat menekankan juga sumbangan dari segi penulisan.

Jika boleh, guru sebelum berkira-kira memohon HLP, bersedialah dengan bahan penulisan. Paling kurang pun ada modul sebagai bahan penulisan. Buatlah apa-apa modul yang boleh membantu pelajar dan proses PdP kita.

7. Sumbangan bidang / guru ICT dalam PPPM?

Anjakan ke 7 (Kena tahu sendiri). Huraikan bagaimana guru ICT boleh main peranan dalam menjayakan PPPM.

8.Soalan Bahasa Inggeris: Why we must give this scholarship to you?

Answer in English. Saya jawab dengan menjuruskan isi kepada keinginan saya untuk menyumbang kepada KPM, sekolah dan murid saya sendiri kerana saya nyatakan sekolah saya merupakan under achievers dan saya mahu pelajar saya mempelajari sesuatu dengan baik, mendapat pengalaman pembelajaran yang baik, walaupun jika mereka tidak mampu mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan awam sekalipun.

Sebelum keluar dari bilik temduga, panel sempat memberi tips yang dapat saya simpulkan sebagai berikut:

1. Bawa bahan sokongan seperti modul bahan penulisan, laptop untuk menunjukkan video, multimedia dan lain-lain

2. Utamakan bahan penulisan. Pastikan ada bahan penulisan sepanjang berkhidmat sebagai guru.

3. Sumbangan di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Internasional.

Sekian. Doakan semoga saya berjaya.

Dan semoga berjaya juga kepada kalian semua!!

Banyakkan berdoa dan berzikir. Allah sentiada ada untuk membantu kita🙂

Menunggu di ruang koridor

Menunggu giliran temuduga di Bahagian Tajaan KPM, Cyberjaya

Proposal penyelidikan untuk temuduga

Bersama proposal penyelidikan untuk dibawa masuk ke bilik temuduga

7 Komen (+add yours?)

  1. Badrol
    Jul 08, 2015 @ 14:08:48

    So, did you get the hlp?

    Balas

  2. Wan
    Nov 07, 2015 @ 09:58:04

    Tahniah kerana berjaya HLp, cuma nak Tanya Kali pertama ker minta terus dapat temuduga Dan berjaya

    Balas

    • mirid284
      Nov 20, 2015 @ 13:01:39

      Ya. Alhamdulillah🙂
      Kali pertama saya cuba mohon pada 2012 tetapi tidak menepati syarat jadi saya tidak menghantar borang.
      Ini merupakan kali pertama saya betul-betul menghantar borang dan rezeki terus dapat panggilan temuduga dan berjaya.

      Balas

  3. hidayah
    Nov 20, 2015 @ 03:41:00

    Assalamualaikum,
    Tahniah! kerana dapat sambung belajar. I really interested with HLP, but saya baru berkhidmat selama 30 bulan. Macam mana nak tau offer ni ditawarkan? Adakah HLP ditawarkan setiap tahun? Please, kindly help me.😀

    Balas

    • mirid284
      Nov 20, 2015 @ 13:11:38

      Wsalam hidayah.

      Terima kasih.
      Kebiasaannya syarat untuk memohon HLP ialah telah berkhidmat selama genap 3 tahun pada 1.1.tahun permohonan. Contoh: genap 3 tahun pada 1.1.2015. Saya kira saudari posting pada bulan Jun 2014? Jadi saya rasa Jun 2017 baru saudari genap 3 tahun dan layak untuk memohon. Tapi saudari boleh cuba semak iklan setiap tahun, mana tahu sekiranya syarat berubah🙂
      HLP memang dibuka setiap tahun dan saudari perlu sentiasa alert dengan iklan dan pengumuman di laman web rasmi KPM atau melalui perkongsian di media sosial kerana jarang sekali ia diumumkan di sekolah😉

      Saudari juga ada pilihan untuk menyambung pengajian secara separuh masa. Ada juga HLP yang ditawarkan untuk pengajian separuh masa iaitu dipanggil HLPS, namun begitu saya tidak pasti akan syarat-syarat permohonannya kerana tidak pernah memohon. Saudari boleh cuba cari info lanjut berkaitan HLPS.
      Harap jawapan ini bermanfaat kepada saudari. Have a nice day🙂

      Balas

  4. dah
    Apr 11, 2016 @ 06:12:41

    Assalamualaikum..terima kasih krn sudi berkongsi tips n pengalaman saudari. saya mohon saudari share atau emel proposal yg saudari pernah buat semasa memohon hlp tu…setinggi tinggi pnghargaan terima kasih jika saudari boleh emel kpd sy.

    Balas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: