KURSUS PERSEDIAAN Penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015 – 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ini merupakan kesinambungan terhadap perkongsian sebelum ini berkaitan pengalaman menghadiri temuduga HLP KPM.

Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah sebaik-baik Perancang segala perkara dalam kehidupan kita. Bagi yang telah berjaya mendapat tawaran HLP dan CBBPTB, tahniah saya ucapkan. Anda perlu menunggu surat untuk pergi berkursus pula sebagai persediaan sebelum melanjutkan pengajian dan menandatangani borang perjanjian tawaran.

Untuk sesi pengajian 2015, kursus persediaan HLP & CBBPTB telah diadakan di Pusat Latihan UiTM, Tanjung Tualang, Perak dari 24 November hingga 7 Disember 2014 (gambar tentatif kursus turut saya lampirkan di bawah). Kursus tersebut melengkapkan diri penerima HLP dan CBBPTB dengan segala pengetahuan awal yang sangat penting berkaitan penyelidikan, persediaan bergelar pelajar pascasiswazah tajaan KPM, serta segala proses dan prosedur berkaitan cuti belajar yang akan diambil bermula Februari atau September 2015.

Segala ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini sebenarnya sangat membantu apabila kita memulakan pengajian nanti, oleh itu saya SARANKAN agar kalian mengambil berat akan setiap input yang diberi dan dikongsikan oleh pensyarah-pensyarah dalam kursus tersebut. Persiapkan diri sebelum pergi dengan ilmu asas berkaitan penyelidikan, agar bila berada di sana, anda boleh mengukuhkan lagi kefahaman melalui penerangan lanjut dan bertanya terus kepada pengajar/pensyarah tersebut sekiranya tidak jelas dan sebagainya.

Malah sekiranya anda mempunyai gambaran/draf awal dan kertas cadangan (proposal) tentang penyelidikan yang akan anda jalankan,  saya nasihatkan agar bawa bersama kerana anda boleh bertanya banyak perkara kepada pengajar dan pensyarah yang hadir berkongsi ilmu sepanjang kursus tersebut. Mereka sudi membantu menyemak dan memberi ulasan kepada kertas cadangan anda, pernyataan masalah kajian, dan sebagainya. Jangan risau sekiranya draf anda masih tidak lengkap, yang penting bawa bersama sebagai bahan rujukan/semakan. Bawa laptop sekiranya boleh, (kemungkinan ada slot perkongsian ilmu berkaitan perisian SPSS – analisis data kuantitatif, dan NVIVO/Atlas.ti – analisis data kualitatif).

Sepanjang kursus itu juga, peserta-peserta mengambil kesempatan untuk memohon kemasukan universiti bagi sesi Februari 2015 secara atas talian (online) kerana kebanyakan permohonan kemasukan ditutup pada bulan November atau Disember 2014. Ada sesetengah universiti yang mempunyai tarikh tutup lebih awal — oleh itu sebaik sahaja menerima keputusan BERJAYA di laman web KPM, segeralah meninjau laman-laman web universiti awam di Malaysia bagi mengetahui bilakah permohonan kemasukan ke program Sarjana universiti tersebut mula dibuka dan bilakah tarikh ditutup.

Urusan permohonan kemasukan ke Universiti diuruskan sepenuhnya oleh pelajar, dan bukan pihak pengurusan Bahagian Tajaan KPM. Saya telah menjalankan tinjauan terhadap beberapa universiti awam yang mempunyai program berkaitan bidang saya dan akhirnya memilih UKM.

Kepada anda yang telah dan sedang memohon HLP atau CBBPTB untuk tahun 2017 dan tahun-tahun seterusnya, atau sedang menunggu panggilan temuduga dan keputusan akhir, semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu memberikan input awal yang diperlukan.

Akhir kalam, saya doakan semoga kalian berjaya!

IMG_7438
Tentatif Kursus Persediaan Penerima HLP dan CBBPTB (penuh siang dan malam)

 

Advertisements

23 Replies to “KURSUS PERSEDIAAN Penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015 – 2017”

  1. Assalam.. saya sharida… saya br sahaja selesai temuduga br2 ney.. saya ada pertanyaan.. dr tempoh pn interview.. bapa lama ye br dpt tahu keputusan?

    1. Wsalam sharida.

      Tahniah kerana terpilih untuk sesi temuduga.
      Mengikut pengalaman saya tempohari, keputusan diumumkan dalam tempoh sebulan atau lebih. Temuduga saya bulan 9. Keputusan saya terima dalam bulan 10.

      1. Keputusan berjaya temuduga hlp 2016 memang lambatkan? Dupdap dah hati ini….gundah gulana…bila agaknya akan keluar keputusan….hurmmm sy ditemuduga 4.11.2015…skrang dah 5.01.2016 😦

      2. Sabar ye semua. Keputusan HLP 2016 memang agak lambat berbanding biasa. Mungkin kerana terdapat beberapa perubahan yang dilaksanakan oleh Bahagian Tajaan KPM dan mungkin juga berkait rapat dengan isu bajet yang sebelum ini hangat diperkatakan.

  2. Bagaimana jika keputusan hlp 2016 belum keluar tapi tarikh tutup permohonan ke luar negara (PHD program 2016)telah tutup pada Disember 2015.Jika pohon 2016.kemadukan adslah 2017.sedangkan hlp 2016.mohon beri penerangan.

    1. Saya harap tuan/puan sudah mendapat jawapan yang diharapkan.
      Pada pendapat saya, tuan/puan boleh mohon dahulu. Atau pun menunggu sehingga keputusan hlp keluar.

      1. Assalammualaikum Cikgu Sarina. Thanks for the advice! On Mon, 8 Feb 2016 at 2:52 PM, Sarinas Spiderblog wrote:

        > mirid284 commented: “Saya harap tuan/puan sudah mendapat jawapan yang > diharapkan. Pada pendapat saya, tuan/puan boleh mohon dahulu. Atau pun > menunggu sehingga keputusan hlp keluar.” >

    2. saya difahamkan keputusan temuduga hlp sesi 2016 ditangguhkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak

      1. dgr cerita keputusan keluar bulan 5. entahlah macam2 khabar angin. hihi. jika ada rezeki untuk kalian, InshaaAllah akan dibukakan jalan..

      1. Ya, perasan d laman web kpm. Tak sangka cuti belajar tanpa gaji tanpa biasiswa pun ada keluar iklan juga rupanya..

  3. Keputusan HLP 2016 ditangguhkan sehingga pengumuman yang akan dibuat dari semasa ke semasa di laman web kpm.harap maklum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s