Pengenalan: Jejak Jepun 2016 (Tokyo dan Osaka)

Assalamualaikum.

Baru sahaja semalam saya sampai di Lapangan Terbang KLIA 2 dari Kansai Airport (KIX) Osaka. Flight jam 10:30 malam dan kami tiba di Malaysia jam 5:40 pagi.

Saya dan rakan-rakan berada di bumi matahari terbit ini dari 30 Januari 2016 hingga 6 Februari 2016.

Saya akan ceritakan lebih lanjut percutian dan jejak perjalanan kami dalam entri seterusnya. Di dalam entri pengenalan ini saya hanya ingin berkongsi maklumat pantas dan ringkas berkaitan beberapa perkara penting bagi yang akan mengembara atau bercuti ke Jepun dalam masa yang terdekat ini.

  1. Sekarang merupakan musim sejuk di seluruh Jepun terutama Tokyo dan Osaka. Di sesetengah tempat di kawasan luar bandar Tokyo – Hakone dan Kawaguchiko, anda mungkin masih berpeluang untuk melihat timbunan salji. Sekiranya anda tidak dapat merasai salji sekalipun, anda tetap akan merasa suhu dan cuaca yang amat sejuk di seluruh Jepun.
  2. Oleh yang demikian, AMAT DISARANKAN agar anda membawa sarung tangan (gloves tebal), mafla, long john, long coat/winter coat dan beberapa helai baju untuk dipakai secara berlapis-lapis. Contohnya: Saya memakai long john di dalam dan dilapisi dengan 2 helai tshirt luar sebelum memakai winter coat. Di bahagian kaki juga, saya memakai long john/ thermal wear sebelum memakai jeans dan stokin panjang / stokin tebal. (saya memang tidak tahan sejuk!)
  3. Jangan risau. Anda tidak perlu menyediakan tshirt yang terlalu banyak untuk diganti selama beberapa hari. Anda boleh menukar2 urutan lapisan tshirt tersebut. Contoh: hari pertama, Tshirt 1 di luar dan Tshirt 2 & 3 di dalam. Hari kedua, anda keluarkan pula Tshirt 2 di luar dan Tshirt 1 & 3 di dalam…sehingga hari-hari seterusnya.  TETAPI AMAT PENTING untuk mempunyai Gloves dan Coat serta STOKIN TEBAL/PANJANG.
  4. Bawa losyen untuk kaki tangan dan badan serta MOISTURIZER untuk kulit muka dan LIP BALM untuk bibir anda. Dari hari pertama, jangan lupa pakai di seluruh badan terutama sekali kawasan yang banyak terdedah dengan hawa dingin seperti pergelangan kaki, pergelangan tangan dan kawasan-kawasan lain yang dirasakan sesuai / penting. Bibir anda juga akan mudah kering jadi sentiasa bawa LIP BALM/Vaseline untuk disapukan pada setiap masa. Moisturizer muka pula dipakai selepas anda mencuci muka dengan air. Oh ya, anda juga mungkin perlukan sunblock yang sesuai dengan kulit kering.
  5. Sekiranya anda akan banyak berjalan menaiki train dan anda tahu kemampuan kaki anda…bersedialah membawa minyak angin, minyak panas atau krim sejuk yang sesuai untuk kaki yang mudah bengkak, cramp dan lenguh. Kekuatan dan kondisi kaki anda sangat memberi kesan kepada perjalanan anda sepanjang hari sekiranya anda bukan berjalan dengan private van/bus kerana lokasi setiap tempat agak jauh ditambah pula anda perlu naik turun banyak tangga, berdiri di dalam train, keadaan cuaca sejuk dan membawa barang yang banyak / berat.
  6. SOUVENIR JAPAN! Anda pasti sukakan fridge magnet dan tshirt? Baiklah. Ini panduan harga sekiranya anda tidak pasti sama ada anda perlu membelinya atau mencari yang lebih murah apabila terserempak dengan souvenir tersebut ketika berjalan-jalan di sekitar Tokyo dan Osaka. Bagi Fridge Magnet, sekiranya anda jumpa FM yang berharga kurang dari 400 yen, harga tersebut di kira harga standard. Dianggap murah sekiranya anda jumpa di bawah harga 350 yen. Di Asakusa, ada kedai souvenir yang menjual 3 FM dengan harga 1000 yen.  Itu boleh dianggap murah. Malah ada juga FM yang dijual dengan harga 450 yen untuk 3 (fridge magnet biasa yang bukan seramik). Di Arashiyama, Kyoto saya jumpa fridge magnet dengan harga 380 yen. Ingatkan sampai di Namba Osaka lebih murah, rupanya..jauh lebih mahal. Jadi belilah FM yang berharga bawah 380 yen kalau jumpa.
  7. Standard harga FM di Tokyo dan Osaka ialah 350-380 yen. Lebih daripada harga tersebut boleh dianggap mahal (terutamanya bagi FM biasa Jepun yang bukan mewakili tempat-tempat spesifik seperti Tokyo Tower, Skytree dan sebagainya). Oleh itu, sekiranya anda jumpa FM dengan harga tersebut satu unit = 350-380 yen dan ke bawah. Tak perlu fikir 100 kali. Boleh terus beli.
  8. Bagi tshirt pula, ada rakan yang beritahu dia pernah membeli sehelai tshirt dengan harga 900 yen. Oleh itu harga 900-1000 yen merupakan harga TERMURAH untuk tshirt (Tshirt Dewasa ya!) Susah nak jumpa yang lebih murah dari itu. Tetapi, sangat senang nak jumpa yang lebih mahal. Ada yang boleh mencecah sehingga 1900 yen – 3000 yen bergantung kepada jenis tshirt, tulisan/ lukisan yang terdapat pada tshirt tersebut. Tempat yang anda boleh beli tshirt murah biasanya ialah di Asakusa, ada juga yang kata di bawah Kyoto Tower, di TOKYO Tower dan mungkin juga ada di tempat-tempat lain, Yang dapat saya CONFIRM kan ialah di Asakusa (berhampiran Sensoji Temple) sebab saya sendiri dah pergi ke sana.
  9. Souvenir di Namba Osaka: boleh pergi ke Daiso berdekatan Dotombori Namba. Item paling menarik untuk dibeli sebagai souvenir ialah chopstick Made in Japan (ada corak perempuan dengan kimono dan ada juga corak samurai), train toys/models (ada 3 parts yang diasingkan) dan bermacam jenis dari Yamanote line sehinggalah ke Shinkansen. Harga setiap item di Daiso hanya 108 yen (kecuali ada dinyatakan harga lain di packaging item)
  10. Souvenir di Namba Osaka (di Shinsaibashi Street): Selain itu, di kedai 3 coins juga terdapat beg kecil (anggaran: muat isi 5 keping buku saiz A4) dengan 2 jenis gambar iaitu tempat2 menarik Tokyo dan tempat2 menarik Osaka. Satu beg berharga 300 yen (campur tax = 320 yen klu x silap). Ada juga chopstick 5 pasang = 300 yen dengan corak Gunung Fuji. Cantik sangat (tapi made in China).
  11. Sebelum pergi ke Jepun, sekiranya anda travel sendiri tanpa tour guide/ ejen/ sesiapa yang mahir Bahasa Jepun..saya sarankan anda study betul-betul map lokasi yang anda nak pergi dan juga jadual dan nama train line yang perlu dinaiki serta exit (north, south etc).
  12. Sediakan juga map untuk tempat makan halal / souvenir halal. Tandakan dan catatkan. Anda boleh dapatkan info ini dari internet dan Fb. Kalau di Fb, saya sarankan page Muslim Friendly Information in Japan / Halal Media Japan.

Sekian dulu tip ringkas saya berdasarkan pengalaman peribadi di Tokyo dan Osaka selama 7 hari. Harap dapat membantu anda sepanjang berada di Jepun kerana saya sendiri banyak mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan sebelum ke sana dan JUJURNYA ia sangat membantu.

Sebarang maklum balas, pertanyaan, dan komen daripada anda yang berkaitan dengan entri ini amat saya alu-alukan.

Selamat merancang pengembaraan ke negara matahari terbit!

 

Arigato Gozaimasu!