Galeri Gambar Ep1:Jejak Jepun 2016 (Tokyo dan Osaka)

Assalamualaikum.

Baru sahaja semalam saya sampai di Lapangan Terbang KLIA 2 dari Kansai Airport (KIX) Osaka. Flight jam 10:30 malam dan kami tiba di Malaysia jam 5:40 pagi.

Saya dan rakan-rakan berada di bumi matahari terbit ini dari 30 Januari 2016 hingga 6 Februari 2016.

Saya akan ceritakan lebih lanjut percutian dan jejak perjalanan kami dalam entri seterusnya. Di dalam entri pengenalan ini saya hanya ingin berkongsi maklumat pantas dan ringkas berkaitan beberapa perkara penting bagi yang akan mengembara atau bercuti ke Jepun dalam masa yang terdekat ini.

  1. Sekarang merupakan musim sejuk di seluruh Jepun terutama Tokyo dan Osaka. Di sesetengah tempat di kawasan luar bandar Tokyo – Hakone dan Kawaguchiko, anda mungkin masih berpeluang untuk melihat timbunan salji. Sekiranya anda tidak dapat merasai salji sekalipun, anda tetap akan merasa suhu dan cuaca yang amat sejuk di seluruh Jepun.
  2. Oleh yang demikian, AMAT DISARANKAN agar anda membawa sarung tangan (gloves tebal), mafla, long john, long coat/winter coat dan beberapa helai baju untuk dipakai secara berlapis-lapis. Contohnya: Saya memakai long john di dalam dan dilapisi dengan 2 helai tshirt luar sebelum memakai winter coat. Di bahagian kaki juga, saya memakai long john/ thermal wear sebelum memakai jeans dan stokin panjang / stokin tebal. (saya memang tidak tahan sejuk!)
  3. Jangan risau. Anda tidak perlu menyediakan tshirt yang terlalu banyak untuk diganti selama beberapa hari. Anda boleh tukar-tukar urutan lapisan tshirt tersebut. Contoh: hari pertama, Tshirt 1 di luar dan Tshirt 2 & 3 di dalam. Hari kedua, anda keluarkan pula Tshirt 2 di luar dan Tshirt 1 & 3 di dalam…sehingga hari-hari seterusnya.  TETAPI AMAT PENTING untuk mempunyai Gloves dan Coat serta STOKIN TEBAL/PANJANG.
  4. Bawa losyen untuk kaki tangan dan badan serta MOISTURIZER untuk kulit muka dan LIP BALM untuk bibir anda. Dari hari pertama, jangan lupa pakai di seluruh badan terutama sekali kawasan yang banyak terdedah dengan hawa dingin seperti pergelangan kaki, pergelangan tangan dan kawasan-kawasan lain yang dirasakan sesuai / penting. Bibir anda juga akan mudah kering jadi sentiasa bawa LIP BALM/Vaseline untuk disapukan pada setiap masa. Moisturizer muka pula dipakai selepas anda mencuci muka dengan air. Oh ya, anda juga mungkin perlukan sunblock yang sesuai dengan kulit kering.
  5. Sekiranya anda akan banyak berjalan menaiki train dan anda tahu kemampuan kaki anda…bersedialah membawa minyak angin, minyak panas atau krim sejuk yang sesuai untuk kaki yang mudah bengkak, cramp dan lenguh. Kekuatan dan kondisi kaki anda sangat memberi kesan kepada perjalanan anda sepanjang hari sekiranya anda bukan berjalan dengan private van/bus kerana lokasi setiap tempat agak jauh ditambah pula anda perlu naik turun banyak tangga, berdiri di dalam train, keadaan cuaca sejuk dan membawa barang yang banyak / berat.
  6. SOUVENIR JAPAN! Anda pasti sukakan fridge magnet dan tshirt? Baiklah. Ini panduan harga sekiranya anda tidak pasti sama ada anda perlu membelinya atau mencari yang lebih murah apabila terserempak dengan souvenir tersebut ketika berjalan-jalan di sekitar Tokyo dan Osaka. Bagi Fridge Magnet, sekiranya anda jumpa FM yang berharga kurang dari 400 yen, harga tersebut di kira harga standard. Dianggap murah sekiranya anda jumpa di bawah harga 350 yen. Di Asakusa, ada kedai souvenir yang menjual 3 FM dengan harga 1000 yen.  Itu boleh dianggap murah. Malah ada juga FM yang dijual dengan harga 450 yen untuk 3 (fridge magnet biasa yang bukan seramik). Di Arashiyama, Kyoto saya jumpa fridge magnet dengan harga 380 yen. Ingatkan sampai di Namba Osaka lebih murah, rupanya..jauh lebih mahal. Jadi belilah FM yang berharga bawah 380 yen kalau jumpa.
  7. Standard harga FM di Tokyo dan Osaka ialah 350-380 yen. Lebih daripada harga tersebut boleh dianggap mahal (terutamanya bagi FM biasa Jepun yang bukan mewakili tempat-tempat spesifik seperti Tokyo Tower, Skytree dan sebagainya). Oleh itu, sekiranya anda jumpa FM dengan harga tersebut satu unit = 350-380 yen dan ke bawah. Tak perlu fikir 100 kali. Boleh terus beli.
  8. Bagi tshirt pula, ada rakan yang beritahu dia pernah membeli sehelai tshirt dengan harga 900 yen. Oleh itu harga 900-1000 yen merupakan harga TERMURAH untuk tshirt (Tshirt Dewasa ya!) Susah nak jumpa yang lebih murah dari itu. Tetapi, sangat senang nak jumpa yang lebih mahal. Ada yang boleh mencecah sehingga 1900 yen – 3000 yen bergantung kepada jenis tshirt, tulisan/ lukisan yang terdapat pada tshirt tersebut. Tempat yang anda boleh beli tshirt murah biasanya ialah di Asakusa, ada juga yang kata di bawah Kyoto Tower, di TOKYO Tower dan mungkin juga ada di tempat-tempat lain, Yang dapat saya CONFIRM kan ialah di Asakusa (berhampiran Sensoji Temple) sebab saya sendiri dah pergi ke sana.
  9. Souvenir di Namba Osaka: boleh pergi ke Daiso berdekatan Dotombori Namba. Item paling menarik untuk dibeli sebagai souvenir ialah chopstick Made in Japan (ada corak perempuan dengan kimono dan ada juga corak samurai), train toys/models (ada 3 parts yang diasingkan) dan bermacam jenis dari Yamanote line sehinggalah ke Shinkansen. Harga setiap item di Daiso hanya 108 yen (kecuali ada dinyatakan harga lain di packaging item)
  10. Souvenir di Namba Osaka (di Shinsaibashi Street): Selain itu, di kedai 3 coins juga terdapat beg kecil (anggaran: muat isi 5 keping buku saiz A4) dengan 2 jenis gambar iaitu tempat2 menarik Tokyo dan tempat2 menarik Osaka. Satu beg berharga 300 yen (campur tax = 320 yen klu x silap). Ada juga chopstick 5 pasang = 300 yen dengan corak Gunung Fuji. Cantik sangat (tapi made in China).
  11. Sebelum pergi ke Jepun, sekiranya anda travel sendiri tanpa tour guide/ ejen/ sesiapa yang mahir Bahasa Jepun..saya sarankan anda study betul-betul map lokasi yang anda nak pergi dan juga jadual dan nama train line yang perlu dinaiki serta exit (north, south etc).
  12. Sediakan juga map untuk tempat makan halal / souvenir halal. Tandakan dan catatkan. Anda boleh dapatkan info ini dari internet dan Fb. Kalau di Fb, saya sarankan page Muslim Friendly Information in Japan / Halal Media Japan.

Sekian dulu tip ringkas saya berdasarkan pengalaman peribadi di Tokyo dan Osaka selama 7 hari. Harap dapat membantu anda sepanjang berada di Jepun kerana saya sendiri banyak mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan sebelum ke sana dan JUJURNYA ia sangat membantu.

Sebarang maklum balas, pertanyaan, dan komen daripada anda yang berkaitan dengan entri ini amat saya alu-alukan.

Akhir kata, selamat merancang pengembaraan ke negara matahari terbit!

 

 

Arigato Gozaimasu!

Pengenalan: Jejak Jepun 2016 (Tokyo dan Osaka)

Assalamualaikum.

Baru sahaja semalam saya sampai di Lapangan Terbang KLIA 2 dari Kansai Airport (KIX) Osaka. Flight jam 10:30 malam dan kami tiba di Malaysia jam 5:40 pagi.

Saya dan rakan-rakan berada di bumi matahari terbit ini dari 30 Januari 2016 hingga 6 Februari 2016.

Saya akan ceritakan lebih lanjut percutian dan jejak perjalanan kami dalam entri seterusnya. Di dalam entri pengenalan ini saya hanya ingin berkongsi maklumat pantas dan ringkas berkaitan beberapa perkara penting bagi yang akan mengembara atau bercuti ke Jepun dalam masa yang terdekat ini.

  1. Sekarang merupakan musim sejuk di seluruh Jepun terutama Tokyo dan Osaka. Di sesetengah tempat di kawasan luar bandar Tokyo – Hakone dan Kawaguchiko, anda mungkin masih berpeluang untuk melihat timbunan salji. Sekiranya anda tidak dapat merasai salji sekalipun, anda tetap akan merasa suhu dan cuaca yang amat sejuk di seluruh Jepun.
  2. Oleh yang demikian, AMAT DISARANKAN agar anda membawa sarung tangan (gloves tebal), mafla, long john, long coat/winter coat dan beberapa helai baju untuk dipakai secara berlapis-lapis. Contohnya: Saya memakai long john di dalam dan dilapisi dengan 2 helai tshirt luar sebelum memakai winter coat. Di bahagian kaki juga, saya memakai long john/ thermal wear sebelum memakai jeans dan stokin panjang / stokin tebal. (saya memang tidak tahan sejuk!)
  3. Jangan risau. Anda tidak perlu menyediakan tshirt yang terlalu banyak untuk diganti selama beberapa hari. Anda boleh menukar2 urutan lapisan tshirt tersebut. Contoh: hari pertama, Tshirt 1 di luar dan Tshirt 2 & 3 di dalam. Hari kedua, anda keluarkan pula Tshirt 2 di luar dan Tshirt 1 & 3 di dalam…sehingga hari-hari seterusnya.  TETAPI AMAT PENTING untuk mempunyai Gloves dan Coat serta STOKIN TEBAL/PANJANG.
  4. Bawa losyen untuk kaki tangan dan badan serta MOISTURIZER untuk kulit muka dan LIP BALM untuk bibir anda. Dari hari pertama, jangan lupa pakai di seluruh badan terutama sekali kawasan yang banyak terdedah dengan hawa dingin seperti pergelangan kaki, pergelangan tangan dan kawasan-kawasan lain yang dirasakan sesuai / penting. Bibir anda juga akan mudah kering jadi sentiasa bawa LIP BALM/Vaseline untuk disapukan pada setiap masa. Moisturizer muka pula dipakai selepas anda mencuci muka dengan air. Oh ya, anda juga mungkin perlukan sunblock yang sesuai dengan kulit kering.
  5. Sekiranya anda akan banyak berjalan menaiki train dan anda tahu kemampuan kaki anda…bersedialah membawa minyak angin, minyak panas atau krim sejuk yang sesuai untuk kaki yang mudah bengkak, cramp dan lenguh. Kekuatan dan kondisi kaki anda sangat memberi kesan kepada perjalanan anda sepanjang hari sekiranya anda bukan berjalan dengan private van/bus kerana lokasi setiap tempat agak jauh ditambah pula anda perlu naik turun banyak tangga, berdiri di dalam train, keadaan cuaca sejuk dan membawa barang yang banyak / berat.
  6. SOUVENIR JAPAN! Anda pasti sukakan fridge magnet dan tshirt? Baiklah. Ini panduan harga sekiranya anda tidak pasti sama ada anda perlu membelinya atau mencari yang lebih murah apabila terserempak dengan souvenir tersebut ketika berjalan-jalan di sekitar Tokyo dan Osaka. Bagi Fridge Magnet, sekiranya anda jumpa FM yang berharga kurang dari 400 yen, harga tersebut di kira harga standard. Dianggap murah sekiranya anda jumpa di bawah harga 350 yen. Di Asakusa, ada kedai souvenir yang menjual 3 FM dengan harga 1000 yen.  Itu boleh dianggap murah. Malah ada juga FM yang dijual dengan harga 450 yen untuk 3 (fridge magnet biasa yang bukan seramik). Di Arashiyama, Kyoto saya jumpa fridge magnet dengan harga 380 yen. Ingatkan sampai di Namba Osaka lebih murah, rupanya..jauh lebih mahal. Jadi belilah FM yang berharga bawah 380 yen kalau jumpa.
  7. Standard harga FM di Tokyo dan Osaka ialah 350-380 yen. Lebih daripada harga tersebut boleh dianggap mahal (terutamanya bagi FM biasa Jepun yang bukan mewakili tempat-tempat spesifik seperti Tokyo Tower, Skytree dan sebagainya). Oleh itu, sekiranya anda jumpa FM dengan harga tersebut satu unit = 350-380 yen dan ke bawah. Tak perlu fikir 100 kali. Boleh terus beli.
  8. Bagi tshirt pula, ada rakan yang beritahu dia pernah membeli sehelai tshirt dengan harga 900 yen. Oleh itu harga 900-1000 yen merupakan harga TERMURAH untuk tshirt (Tshirt Dewasa ya!) Susah nak jumpa yang lebih murah dari itu. Tetapi, sangat senang nak jumpa yang lebih mahal. Ada yang boleh mencecah sehingga 1900 yen – 3000 yen bergantung kepada jenis tshirt, tulisan/ lukisan yang terdapat pada tshirt tersebut. Tempat yang anda boleh beli tshirt murah biasanya ialah di Asakusa, ada juga yang kata di bawah Kyoto Tower, di TOKYO Tower dan mungkin juga ada di tempat-tempat lain, Yang dapat saya CONFIRM kan ialah di Asakusa (berhampiran Sensoji Temple) sebab saya sendiri dah pergi ke sana.
  9. Souvenir di Namba Osaka: boleh pergi ke Daiso berdekatan Dotombori Namba. Item paling menarik untuk dibeli sebagai souvenir ialah chopstick Made in Japan (ada corak perempuan dengan kimono dan ada juga corak samurai), train toys/models (ada 3 parts yang diasingkan) dan bermacam jenis dari Yamanote line sehinggalah ke Shinkansen. Harga setiap item di Daiso hanya 108 yen (kecuali ada dinyatakan harga lain di packaging item)
  10. Souvenir di Namba Osaka (di Shinsaibashi Street): Selain itu, di kedai 3 coins juga terdapat beg kecil (anggaran: muat isi 5 keping buku saiz A4) dengan 2 jenis gambar iaitu tempat2 menarik Tokyo dan tempat2 menarik Osaka. Satu beg berharga 300 yen (campur tax = 320 yen klu x silap). Ada juga chopstick 5 pasang = 300 yen dengan corak Gunung Fuji. Cantik sangat (tapi made in China).
  11. Sebelum pergi ke Jepun, sekiranya anda travel sendiri tanpa tour guide/ ejen/ sesiapa yang mahir Bahasa Jepun..saya sarankan anda study betul-betul map lokasi yang anda nak pergi dan juga jadual dan nama train line yang perlu dinaiki serta exit (north, south etc).
  12. Sediakan juga map untuk tempat makan halal / souvenir halal. Tandakan dan catatkan. Anda boleh dapatkan info ini dari internet dan Fb. Kalau di Fb, saya sarankan page Muslim Friendly Information in Japan / Halal Media Japan.

Sekian dulu tip ringkas saya berdasarkan pengalaman peribadi di Tokyo dan Osaka selama 7 hari. Harap dapat membantu anda sepanjang berada di Jepun kerana saya sendiri banyak mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan sebelum ke sana dan JUJURNYA ia sangat membantu.

Sebarang maklum balas, pertanyaan, dan komen daripada anda yang berkaitan dengan entri ini amat saya alu-alukan.

Selamat merancang pengembaraan ke negara matahari terbit!

 

Arigato Gozaimasu!

KURSUS PERSEDIAAN Penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015 – 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ini merupakan kesinambungan terhadap perkongsian sebelum ini berkaitan pengalaman menghadiri temuduga HLP KPM.

Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah sebaik-baik Perancang segala perkara dalam kehidupan kita. Bagi yang telah berjaya mendapat tawaran HLP dan CBBPTB, tahniah saya ucapkan. Anda perlu menunggu surat untuk pergi berkursus pula sebagai persediaan sebelum melanjutkan pengajian dan menandatangani borang perjanjian tawaran.

Untuk sesi pengajian 2015, kursus persediaan HLP & CBBPTB telah diadakan di Pusat Latihan UiTM, Tanjung Tualang, Perak dari 24 November hingga 7 Disember 2014 (gambar tentatif kursus turut saya lampirkan di bawah). Kursus tersebut melengkapkan diri penerima HLP dan CBBPTB dengan segala pengetahuan awal yang sangat penting berkaitan penyelidikan, persediaan bergelar pelajar pascasiswazah tajaan KPM, serta segala proses dan prosedur berkaitan cuti belajar yang akan diambil bermula Februari atau September 2015.

Segala ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini sebenarnya sangat membantu apabila kita memulakan pengajian nanti, oleh itu saya SARANKAN agar kalian mengambil berat akan setiap input yang diberi dan dikongsikan oleh pensyarah-pensyarah dalam kursus tersebut. Persiapkan diri sebelum pergi dengan ilmu asas berkaitan penyelidikan, agar bila berada di sana, anda boleh mengukuhkan lagi kefahaman melalui penerangan lanjut dan bertanya terus kepada pengajar/pensyarah tersebut sekiranya tidak jelas dan sebagainya.

Malah sekiranya anda mempunyai gambaran/draf awal dan kertas cadangan (proposal) tentang penyelidikan yang akan anda jalankan,  saya nasihatkan agar bawa bersama kerana anda boleh bertanya banyak perkara kepada pengajar dan pensyarah yang hadir berkongsi ilmu sepanjang kursus tersebut. Mereka sudi membantu menyemak dan memberi ulasan kepada kertas cadangan anda, pernyataan masalah kajian, dan sebagainya. Jangan risau sekiranya draf anda masih tidak lengkap, yang penting bawa bersama sebagai bahan rujukan/semakan. Bawa laptop sekiranya boleh, (kemungkinan ada slot perkongsian ilmu berkaitan perisian SPSS – analisis data kuantitatif, dan NVIVO/Atlas.ti – analisis data kualitatif).

Sepanjang kursus itu juga, peserta-peserta mengambil kesempatan untuk memohon kemasukan universiti bagi sesi Februari 2015 secara atas talian (online) kerana kebanyakan permohonan kemasukan ditutup pada bulan November atau Disember 2014. Ada sesetengah universiti yang mempunyai tarikh tutup lebih awal — oleh itu sebaik sahaja menerima keputusan BERJAYA di laman web KPM, segeralah meninjau laman-laman web universiti awam di Malaysia bagi mengetahui bilakah permohonan kemasukan ke program Sarjana universiti tersebut mula dibuka dan bilakah tarikh ditutup.

Urusan permohonan kemasukan ke Universiti diuruskan sepenuhnya oleh pelajar, dan bukan pihak pengurusan Bahagian Tajaan KPM. Saya telah menjalankan tinjauan terhadap beberapa universiti awam yang mempunyai program berkaitan bidang saya dan akhirnya memilih UKM.

Kepada anda yang telah dan sedang memohon HLP atau CBBPTB untuk tahun 2017 dan tahun-tahun seterusnya, atau sedang menunggu panggilan temuduga dan keputusan akhir, semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu memberikan input awal yang diperlukan.

Akhir kalam, saya doakan semoga kalian berjaya!

IMG_7438
Tentatif Kursus Persediaan Penerima HLP dan CBBPTB (penuh siang dan malam)

 

Pengalaman Temuduga Program HLP (Sarjana) 2015 –Soalan Umum dan Soalan Khusus — bidang Teknologi Maklumat/Multimedia/IT

Assalamualaikum..

Hai dan salam sejahtera..

Tanpa berceloteh panjang, intipati blog hari ini nak menceritakan serba sedikit pengalaman saya menghadiri temuduga bagi program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi peringkat Sarjana tahun 2015 terutama soalan-soalan yang ditanya dan keadaan di dalam bilik temuduga.

Keputusan temuduga telah dikeluarkan pada 26 Ogos 2014 dan tarikh temuduga yang saya peroleh ialah pada 26 September 2014.

semakan HLP 2015
Skrin Semakan Panggilan Temuduga HLP 2015

Semasa hari temuduga, saya hadir awal. Jam 7.30 sudah berada di perkarangan Bangunan Tajaan Pendidikan KPM, Cyberjaya. Hadir dan berada awal di lokasi temuduga sangat penting kerana ia boleh mengurangkan perasaan gementar dan pada masa yang sama memberi masa tambahan untuk mengulangkaji bahan bacaan dan kertas cadangan kajian.

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 8, dan pada masa yang sama saya lihat sudah ramai yang memasuki bangunan tersebut, saya pun turut mengikuti jejak langkah mereka dan melangkah masuk ke bangunan KPM. Giliran temuduga rupanya mengikut siapa yang datang dahulu mendaftar. Kebetulan saya merupakan orang kedua yang mendaftar bagi program dan bilik tersebut.

No. bilik boleh dilihat melalui surat panggilan temuduga pada bahagian alamat. Saya diberikan Bilik No. 1 yang tertulis pada alamat tempat temuduga dalam surat. Ada lebih kurang 8 program yang berbeza dipanggil temuduga pada hari tersebut. Oleh yang demikian juga, terdapat 8 bilik temuduga yang disediakan.

Pukul 8.30 pagi tepat, calon pertama dipanggil masuk. Masa itu, debaran makin terasa. Calon-calon lain menunggu di bilik menunggu yang disediakan di mana kita akan bertemu ramai calon lain dan berkenal-kenalan sesama sendiri sementara menunggu giliran.

Selepas calon pertama masuk, calon kedua akan dipanggil menunggu di luar bilik temuduga. Nasib baik saya dapat giliran kedua. Sempat lagi buat persediaan tambahan semasa menunggu di luar bilik temuduga.Masa berada di luar bilik temuduga seorang diri itu, barulah saya berpeluang membaca sedikit nota dan membuat sedikit ulangkaji terhadap beberapa perkara penting seperti PPPM, anjakan PPPM, teori dan strategi pembelajaran.

Terus kepada pengalaman dan soalan temuduga.

Saya huraikan secara ringkas.

1. Mula-mula panel minta kita ceritakan dan perkenalkan diri. Saya perkenalkan diri dengan memberi fokus kepada kelayakan akademik dan ikhtisas saya, pengalaman berkhidmat dan tugas-tugas / sumbangan saya di sekolah (mungkin rakan-rakan lain ada idea tersendiri bagaimana untuk perkenalkan diri, terpulang kepada kreativiti anda).

2. Kenapa saya mencadangkan kajian sedemikian. Terangkan tentang kajian saya. Mengapa memilih untuk membuat kajian ini?

3. Kemudian panel kedua bertanya tentang sumbangan saya di sekolah.

3. Perisian yang saya pernah guna dan mahir gunakan. Perbandingan perisian. Saya perlu membela diri sekiranya saya tidak tahu menggunakan perisian tertentu. Mereka akan bertanyakan soalan secara bertubi-tubi (bergantung kepada panel penemuduga).

Anda perlu tahu cara pertahankan diri (defend your argument) sekiranya panel mendesak secara berterusan.   “Kenapa tidak tahu? Bukankah Flash perisian terbaik untuk multimedia? Bagaimana nak buat multimedia dengan baik sekiranya tidak pandai guna Flash? Kita tidak mahu mereka yang baru nak belajar tetapi orang yang dah mahir, jadi macam mana?”

Malah saya perlu memberi justifikasi kukuh apabila memberi pendapat peribadi bahawa perisian Adobe Illustrator lebih baik dari In Design kerana calon pertama mengatakan perisian In Design lebih bagus dari AI. Saya perlu sentiasa defend point yang saya nyatakan dan sehingga satu ketika, saya rasa seolah-olah panel mahu saya membuktikan yang saya benar-benar menggunakan perisian yang disebutkan itu. Bukan hanya setakat sebut, jadi bersedialah!

Bersedialah untuk perdebatan ini! Jika anda menyebut nama perisian tersebut, pastikan anda memang tahu dan pernah guna. Bukan hanya memetik nama sahaja. Kerana panel ternyata berpengalaman dalam perisian dan juga bidang tersebut.

4. Bertanya sekiranya ada hasil produksi video, modul atau persembahan multimedia, boleh tak tunjukkan?

Di sini memang saya akui yang saya tidak tahu tetapi ada terfikir untuk membawa tablet atau laptop untuk menunjukkan bahan produksi saya dan murid. Tetapi tidak membawanya kerana beberapa kekangan. Saya ditegur oleh panel di bahagian ini. SILA BAWA SEKIRANYA ANDA ADA MODUL, VIDEO, BAHAN MULTIMEDIA dan sebagainya, SEBAGAI BAHAN SOKONGAN ANDA!

Tips dari panel: Bawa apa-apa bahan bukti bagi menunjukkan hasil kerja kita. Kalau perlu bawa laptop, bawa. Tunjukkan apa yang kita ada. Calon yang dipanggil temuduga semuanya merupakan yang terbaik, tetapi mereka mahu memilih yang TERBAIK dari terbaik, maka tunjukkan segala apa yang kita ada bagi memberikan merit kepada diri kita di dalam bilik temuduga itu.

5. Panel juga bertanyakan sumbangan saya di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Dari segi peringkat yang lain, dapat saya nyatakan sumbangan. Sebut sahaja apa-apa penglibatan atau sumbangan kalian. Berperanan sebagai AJK untuk majlis/acara peringkat negeri seperti MSSS juga merupakan satu sumbangan.

Peringkat antarabangsa antara yang paling dicari oleh panel. Dan saya tiada kelebihan di situ. Tetapi kalian jangan risau. Teruskan positif dan highlight pencapaian yang lain. Mana tahu sekiranya panel tetap tertarik dengan penyampaian kita, termasuklah pencapaian sedia ada? Yang penting yakin, jujur dan ceria.

6. Panel sangat menekankan juga sumbangan dari segi penulisan.

Jika boleh, guru sebelum berkira-kira memohon HLP, bersedialah dengan bahan penulisan. Paling kurang pun ada modul sebagai bahan penulisan. Buatlah apa-apa modul yang boleh membantu pelajar dan proses PdPc kita. Yang ini juga saya tiada. Cuma sumbangan saya ialah menghasilkan majalah sekolah selama 3 tahun.

7. Sumbangan bidang / guru ICT dalam PPPM?

Anjakan ke 7 (Kena tahu sendiri). Huraikan bagaimana guru ICT boleh main peranan dalam menjayakan PPPM.

8. Soalan Bahasa Inggeris: Why we must give this scholarship to you?

Answer in English. Saya jawab dengan menjuruskan isi kepada keinginan saya untuk menyumbang kepada KPM, sekolah dan murid saya sendiri kerana saya nyatakan sekolah saya merupakan under achievers dan saya mahu pelajar saya mempelajari sesuatu dengan sebaik mungkin, mendapat pengalaman pembelajaran terbaik, walaupun jika mereka tidak mampu mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan awam sekalipun.

Sebelum keluar dari bilik temuduga, panel sempat memberi tips yang dapat saya simpulkan sebagai berikut:

1. Bawa bahan sokongan seperti modul bahan penulisan, laptop untuk menunjukkan video, multimedia dan lain-lain

2. Utamakan bahan penulisan. Pastikan ada bahan penulisan sepanjang berkhidmat sebagai guru.

3. Sumbangan di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa

Sekian. Doakan semoga saya berjaya.

Dan semoga berjaya juga kepada kalian semua!!

Banyakkan berdoa dan berzikir. Allah akan sentiasa membantu kita 🙂

Menunggu di ruang koridor
Menunggu giliran temuduga di Bahagian Tajaan KPM, Cyberjaya

Seharian di rumah…umpama berada di sauna

Salam

beberapa hari…mungkin beberapa minggu juga tiada entri terkini di sini. kesuntukan masa, kesesakan ruang dan timbunan tugasan adalah antara alasan popular yang boleh aku senaraikan untuk menyatakan kenapa aku tidak mengemaskini blog kesayangan aku ni sekian lamanya…

abaikan alasan-alasan itu…yang penting aku sudah menaip di sini sekali lagi pada waktu ini…mengetengahkan satu topik hangit..ya,hangit..sekali lagi…

topik seharian di rumah…(rumah aku) bagaikan berada di sauna atau mandi wap. kepanasan yang terlalu hebat, sehingga kalau tidak berpeluh sampai basah lencun baju memang tidak sah. aku pun tak tahu kenapa panas berbahang sangat dalam rumah aku ni. barangkali kurang pokok di kiri kanan rumah dan matahari memancar tepat ke rumah di waktu tengahari menjadi antara faktor penyumbang utama.

kerna itu lah juga, hari minggu memang sangat ditunggu-tunggu di rumah aku…sebab kami boleh berpeluh tanpa perlu berjalan kaki ke KFC..atau berjoging di tasik Putrajaya…atau berjalan mundar-mandir ke kelas…atau bercucuk tanam di tepi rumah. kami hanya perlu duduk di rumah, tidur ayam di waktu tengahari atau tak perlu tidur pun tak apa, pasti peluh akan menitik-nitik dari seluruh muka. kalau tidur, lagi banyak berpeluh…terasa macam baru lepas mandi kalau baru bangun tidur tu…

aku tak pasti berapa liter peluh tu kalau dikumpul dalam satu bekas, tapi peluh yang menitik cukupla untuk buat aku terasa macam baru lepas berlari turun naik Menara KL 10 kali (yeke??) dan aku pun tidak pasti berapa agaknya lemak yang terbakar bila berpeluh sebanyak itu. Dengar kata..

“Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.” ini dari sumber Internet. tidak dapat aku nak pastikan kesahihannya. tapi kalau betul, tidak perlu lah aku pergi mandi wap di sauna, cukuplah berada di rumah ini pun sudah boleh membakar kalori…

isyh…berpeluh buat aku rasa tidak selesa. untunglah berada di rumah. bila tidak selesa, boleh terus capai tuala dan mandi. tapi kalau di tempat kerja? sangat-sangat rimas!

okla cukup sampai di sini sahaja…aku sudah mula rimas…kena capai tuala dan mandi…

kalian dah mandi ke? macam terbau hangit je…barangkali bau kari yang dipanaskan tadi masih tak ditutup apinya…atau mungkin ke bau __________ mandi?
hehe

sekian.terima kasih.

Bisik: kalau hari minggu ni,aku kena tukar ganti baju 2-3 kali. tak selesa baju basah dengan peluh.

Muafakat membawa berkat: Jangan gaduh-gaduh!

Semua orang sudah tahu dan faham dengan pernyataan muafakat membawa berkat.Yakin. Tidak perlu dijelaskan dengan terperinci.

Tapi kenapa lebih mudah untuk menyebut dan memahami berbanding dengan melakukannya? Kenapa sangat susah untuk mendapatkan muafakat dan kesepakatan antara semua pihak atau semua orang?? Takkan nak dapatkan muafakat dari haiwan pula?

Manusia yang sukar untuk bersepakat atau bersatu dalam sesuatu perkara/tindakan seolah-olah haiwan pula. Hendak makan pun berebut-rebut dan bergaduh. Tidak tahu hendak berkongsi atau bertolak-ansur. Adakah manusia mahu disamakan seperti itu?

Kalau kita sudi bekerjasama dan bertolak-ansur dengan keputusan/tindakan orang lain pada hari ini,manalah tahu esok lusa orang lain pula yang akan memberikan kerjasama dan bersepakat dengan keputusan/tindakan kita. Sekiranya tindakan yang hendak/telah diambil itu merupakan suatu tindakan yang baik,mengapa kita hendak membangkang atau membantah dengan beriya-iya? Dan yang lebih menyedihkan, ibarat anjing,hanya lantang menyalak namun tidak memberi hasil apa-apa pun sama ada idea, pendapat, pandangan mahupun kerjasama untuk memantapkan atau menambah-baik tindakan/keputusan tersebut.

Apa sudah jadi dengan perbincangan terbuka? Apa sudah jadi dengan kerjasama? Apa sudah jadi dengan muafakat? Apa sudah jadi dengan toleransi? Apa sudah jadi dengan hati kita?

Kena bagi mereka dengar lagu Kekanda Adinda-Atilia barulah boleh bertoleransi agaknya.

Sedih.Tapi itulah hakikatnya bila semua manusia hanya tahu mementingkan diri sendiri dan tiada lansung sifat perikemanusiaan dan belas kasihan sesama manusia lain. Kejam!

Sekian.Sila renungkan.

Bisik: Jangan sampai suatu hari nanti orang memandang hina dan tidak mahu bekerjasama dengan kita kerana kekejaman kita itu.

Pengganti Guru Tuisyen: Seronok juga ajar murid sekolah rendah!

Jumaat yang lalu, terlupa pula aku nak kemaskini cerita hangat di sini. (Hangat ke?Tak hangat sangat tapi ada rasa macam hangit)

Cikgu Lady Gaga tanya aku..

“Akak nak gantikan cikgu tuisyen kat tempat saya tak?Hari ni dia tak dapat datang.”

“Eh memang nak ganti sangat-sangat.Akak kan guru dedikasi yang cemerlang lagi terbilang.Semua kelas tusiyen akak nak ajar tak cukup dengan kelas kat sekolah.” —>>> percaya ke ini jawapan aku?Jangan mimpilah aku nak jawab macam ini. Boleh pengsan semua orang dengar. Mungkin aku sudah hilang kewarasan kata mereka kalau terdengar jawapan sebegini. Aduh!

Jawapan yang sebenar —> “Boleh juga. Pukul berapa?”

“Pukul 8. Kita terus pergi lah.Naik satu kereta”

“Ok.”

Sampai saja di pusat tuisyen,hati rasa berdebar juga. Walaupun sudah berpengalaman mengajar berpuluh-puluh pelajar di kelas,tapi yang ini ada sedikit berbeza. Kenapa?

1)Kena mengajar murid/pelajar sekolah rendah. Tidak pernah ada pengalaman dengan murid sekolah rendah.Adik aku yang masih bersekolah pun pelajar Tingkatan 5. Masa praktikal dulu pun mengajar pelajar Tingkatan 1. Dengar kata murid sekolah rendah ini nakal dan banyak ragam. (Betulkah?)

2)Kena ganti mengajar Sains. Aku sangat tidak berkeyakinan untuk mengajar subjek Sains,kali terakhir aku beramah mesra dengan subjek Sains ialah semasa di Tingkatan 5. Itu pun aku cuma berjaya skor subjek Biologi dengan cemerlang. Fizik dan Kimia..hmm boleh lah juga (sila faham-faham maksud bolehlah juga.OK!)

3)Tidak pernah bertemu dengan mereka sebelum ini. Tidak pasti macam mana lah agaknya persepsi pertama mereka melihat aku. (Persepsi pertama sangat penting! Aku kena pakai baju manik-manik dan labuci yang sangat bergemerlapan supaya mata mereka berpinar-pinar dan tidak nampak muka berkilat aku ini.Hahaha…gelak jahat)       –> ok..ini hanyalah rekaan semata-mata.lansung tidak berlaku di dunia nyata saya.terima kasih sudi membaca!

4)Lepas sekolah petang terus pergi..tidak bersedia lansung dengan baju tambahan. Rasa macam rimas juga sebab badan melekit. Nasib baik pusat tuisyen ada kemudahan hawa dingin (aircond). Sangatlah sejuk hati dan badan ini.Terima kasih tuan punya pusat tuisyen. (i love u lah!)

Ternyata segala persepsi dan telahan yang bermain-main dalam minda aku jauh berbeda dengan keadaan sebenar.

1)Murid-murid sekolah rendah yang pergi tuisyen ini rupanya budak-budak pandai.Tugas aku hanyalah memantau latihan mereka dan berbincang jawapan sambil memberi penerangan yang  lebih terperinci.

2)Mereka lansung tidak banyak ragam.Dapat asuhan yang betul agaknya. Syabas ibu bapa kalian!

3)Sains sekolah rendah sangatlah senang rupanya.Sangat berkait-rapat dengan kehidupan seharian. Cuma kena pandai cari contoh yang tepat sahaja untuk lebih faham konsep-konsepnya.Contohnya konsep geseran (friction) dan pergerakan (movement). Konsep geseran itu seperti brek kereta. Makin dibrek,makin perlahan kereta. Makin kuat bergeser (brek kena pada tayar), makin kurang kelajuan sesuatu objek.

4)Lansung tidak terasa seperti tidak mandi seharian kerana terlalu seronok mengajar mereka.

Terima kasih Cikgu Lady Gaga yang telah memberi peluang untuk aku menggantikan guru tuisyen yang tidak hadir di pusat tuisyen tempat dia mengajar dan menyebabkan aku telah memperoleh secebis pengalaman berharga pada malam itu. Terima kasih juga pada kalian yang datang pada malam itu, kalian juga telah mengajar cikgu beberapa perkara penting dalam kehidupan dan juga dalam pendidikan.

P/s Setiap pengalaman baharu, merupakan suatu langkah untuk kita mara lebih jauh ke hadapan. Oleh itu, raikan peluang tersebut dengan hati terbuka dan fikiran yang positif. Semoga kita semua berjaya mendapat pengalaman yang berharga melalui setiap peluang baharu dan lama. Teruskan usaha cikgu-cikgu semua!

 

Cita-cita saya:Kisah dari darjah Satu

Kalau boleh di putar balik masa ke waktu semasa aku masih di sekolah rendah,aku akan imbas (scan) kad 001 aku (ala,kad yang warna biru dan ada tulis semua maklumat peribadi kita tu) pada waktu itu dan letakkan gambarnya di sini supaya semua orang boleh tengok cita-cita aku masa sekolah rendah.

Masa Darjah Satu cikgu tanya “Apa cita-cita awak?”

Aku pula laju saja menjawab seolah-olah ada skrip dalam minda..

“Ha..nombor satu…Peniaga”

“Lepas tu…saya nak jadi …Guru”

“Akhir sekali…apa ye?haa….cikgu letak saja ….Jururawat”

Itulah cita-cita yang kononnya telah aku angankan sejak berusia 7 tahun.

Kemudian, bila usia semakin meningkat, segalanya pun bertukar. Dari sekolah rendah,aku menginjakkan kaki ke sekolah menengah. Dari budak rendah,jadi budak sederhana rendah (tambah sikit 2cm kot?)

Cita-cita pun turut bertukar. Dari cita-cita sebagai guru, bertukar pula menjadi pakar pemakanan (eh,layak ke jadi pakar pemakanan?makan sendiri pun tak pernah ada pantang larang,macam mana nak nasihatkan orang lain?Heee….tolonglah sedar diri)

Kadang-kadang ada juga sebut cita-cita nak jadi usahawan.(Usahakan bilik sendiri untuk jadi cantik pun masih tak lepas…heee…sedarlah diri.ketuk sikit kepala.ting tong!!! adui..sakitlah)

Kemudian usia meningkat lagi.Ketinggian pun nasib baik turut meningkat  juga (tambah sikit lagi..5cm ada kot?) Dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA pula, jadi cita-cita pun turut berubah lagi. Bila ditanya cita-cita, jawapanku: Pegawai Sistem Maklumat. Pernah juga aku menjawab : Pensyarah (Lecturer). Dalam minda memang terbayang kerja lecturer, masuk dan keluar bila-bila masa saja.Kalau ada kelas pukul 10,datang pukul 9.Kelas habis pukul 2 petang,boleh terus balik. Masa itu minda tengah naif lagi,tak terfikir lansung hakikat dunia pekerjaan yang sebenar.

Dan..bila akhirnya tamat sudah pengajianku di IPTA, dari pelbagai cita-cita yang sibuk aku angan-angankan..yang sangatlah pelbagai itu…..yang asyik bertukar itu…akhirnya cita-cita masa sekolah rendah juga yang tercapai.

Aku ada terdengar orang tanya…..

“Yang mana satu??”

“Kalian sila jawab sendiri.”

Sekian.Terima Kasih.

Bisik: Seronok juga dengan kerja sekarang. Tidak bosan kerana walaupun rutin harian agak sama tapi cabaran dan kaedahnya setiap hari berbeza.

Solat Tahajud

Aku selalu ingin bertahajud di waktu malam…tapi selalu tidak berkesempatan..selalu tidak dapat menahan mata yang ingin selalu terpejam..

Ya Allah…bila lah agaknya aku dapat menahan rasa mengantuk dan bangun di waktu malam untuk bersujud kepadaMu?

Kurniakanlah kekuatan kepada ku Ya Allah…..sesungguhnya aku sedar akan kebaikan bertahajud di waktu malam tapi aku masih belum berkesempatan melakukannya..Semoga suatu hari nanti impian ini bukan hanya sekadar angan-angan kosong~